Tuesday, September 29, 2009

Breastfeeding.. the reality...

Assalamualaikum.....

Kali ni aku nak cerita pengalaman aku sendiri selepas berbulan aku dok dengar pengalaman orang lain jek.

Aku dapat rasa pengalaman menyusukan anak aku sebaik saja dia dilahirkan.. Alhamdulillah... aku rasa amat bernasib baik sebab bersalin di hospital Kota Tinggi ni. Sebagai sebuah hospital rakan bayi, aku boleh bagi 5 bintang kat hospital ni. Sesiapa yang nak breastfeeding, bersalin kat sini recommended. End story psl hospital, lain topik citer lg.

Lepas jek dijahit episiotomi aku terus susukan Aiman. Puting tenggelam walaupun selalu ditarik sebelum bersalin... apa aku buat? tarik, suap dan pegang breast kat areola masa susukan.. baby tengah lapar dia akan hisap sekuat hati dia dan puting akan terbentuk. masa tu senang lagi sbb susu belum byk. kes breast sebelah lg susah sikit sbb mula-mula cuma bagi sebelah jek masa kat bilik bersalin. pagi pukul 8 baru naik wad dan boleh duduk dan riba baby untuk susukan. Lagi sakali aku bernasib baik sebab akak yg satu wad dgn aku tolong ajar pegang dan susukan baby aku. Aku x dapat jumpa dia sebelum aku discharge sbb pas tu aku tkr wad lain lak.. ralat... apa-apa pun semoga segala kebaikannya dibalas kelak.

Dari hari pertama sampai hari aku discharge, nurse kat HKT lah yang guide masa nursing... hari bila susu x kuar2.. kadang2 aku picit sendiri bagi kat baby aku jilat dan minum.. nak tadah mcm sikit sangat. Aku pakai jari... kelakar bila ingat.. citer kat orang, muka semua macam x caya. tapi tulah yang aku buat... picit kuar kolostrum dan suap selain direct feeding dr breast kanan.

Balik dari hospital, bermulalah cabaran sebenar bila orang lain x paham yang aku nak full breastfeed... sibuk disuruh bagi air masak... aku tak bagi, ada org lain pulak tukang suap. tension.. geram.. segala2 ada... esoknya bila nurse dtg check, dia tgk ada jaundice, pi klinik check darah confirm. d whole family kena sekolah by nurse psl bagi baby air masak..(aku ngadu.. hihi.. berjaya...) sejak hari tu, xde air masak dlm menu baby aku sampai hari nie. kalau bagi gak dia luah sbb tawar... dah pandai... aku pun apa lagi, berbekalkan pam yang ada, aku pam susu aku sbb puting tenggelam. bagi susu perahan...

Ada yang suruh mandikan dgn air rebusan badam dan bagi minum airnya.. aku bagi mandi jek. tp ada gak tgn yg gatal pi bagi minum.. mcm lah aku nie buta dia nak sorok dari aku. mujur jek aku tak sound. kat kampung orang.. redha jek lah.. hasilnya.. masa pagi sebelum mandi dah elok aku tengok x kuning sgt.. lps mandi aku tengok kunig balik lagi teruk.. aku dah x sedap hati..

Nurse datang check lagi.. pi klinik lagi, naik sampai 16.. kena pi hospital. kat hospital naik ke 21. terus warded.. masa tu aku betul2 bengang.. sempat gak masam muka dgn laki aku. Nasib gak warded, leh aku jauhkan anak aku dari benda karut-marut kat kampung.. aku lagi penat dok hospital, tapi aku tak rasa stress macam kat rumah tu.

Duduk hospital, masalah lain pulak.. laki aku buat perangai. dia sibuk suruh aku balik tido kat rumah instead of staying jaga anak aku. Apa dia nak risau sangat. Kalau malas nak dtg x payah datang. aku x mati kalau dia x datang. kat hospital apa... ramai nak tolong kalau aku sakit pun. geram tul masa tu... tension lagi.. aku rasa nurse kat situ tengok aku nangis ntah berapa kali... tuhan jek yang tau.. nasib mak aku dari JB ada datang. Kurang sikit stress aku. Dapatlah ngadu kat mak. Frankly, bila dah kawen baru aku sedar yang family n sedara aku satu-satunya tempat aku boleh harap bila aku susah.

Bila dah discharge kena harung lagi gelora kat rumah tu.. tobat aku x pantang dgn in-law lagi pas nie. derang pun xnak dah bela aku agaknya. Degil bebenoo... mcm pandai sgt jaga anak dia... Well, aku dah consult dgn orang pandai sebelum buat keputusan untuk anak aku. Bukan macam orang tu aku yang semua nak tunggu dah ada depan mata baru nak buat persediaan. Susahnya aku jugak yang kena tanggung. Allah jek yang akan membalas perbuatan manusia-manusia tak guna tu. Hidup tak pernah menyenangkan aku.. menyusahkan jek lebih.

Aku tak dapat buat stok EBM masa kat sana. Nak balik awal, mcm2 alasan laki aku bagi. Bila mak aku datang jenguk jek aku terus ikut balik JB. Selamatlah aku akhirnya dari badai gelora kat rumah tu. Tinggal nak jaga anak aku jek kat JB nanti. Laki aku taknak balik sudah. Biar dia dengan angan-anganna kat sana. Aku cuma nak tunggu dan lihat. Kalau kesabaran aku dah habis nanti, taulah dia aku kerjakan.

Dah Jadi Ibu...

25hb Julai 2009 aku baru balik dari ofis. Suamiku di rumah mertua dah seminggu dia tak balik. Aku decide nak ke sana. Dengan nekadnya aku drive sensorang ke Sedili walaupun tahu yang aku akan sakit pinggang bila sampai nanti....

Sampai di sana, tekaanku memang betul... sakitnya Allah jek yang tau.. tp naper x mcm biasa.. Mak mertua aku dah suspen.. dia kata ko nie mcm dah nak bersalin... ah sudah... hb call nurse kat klinik desa kampung tu. confirm.. dah bukak jalan 3cm... terus pi hospital Kota Tinggi.. sampai sana dah buka jalan 7cm. Kena bebel lak apasal lambat... manalah aku tau yg aku sakit nak bersalin... dah aku pulak tell d whole story kat nurse situ... nak kena tunggu lak sampai bukak 10cm... adoilaa... bisanya nak tunggu... dlm hati aku dah kata, ni mesti kes minum air nenas 2 gelas td kat ofis... (sumpah aku x tau tu air nenas.. aku ingat air oren... tobat sehhh...)
dah sakit aku dah xleh pikir apa. nurse tanya aku nak pantang kat mana pun aku suruh tanya dgn hubby aku.

Finally, selepas 5 jam lahirlah anak lelaki aku yg sgt nyaring suaranya... aku masih igt sorang nurse yang sambut aku ckp, nie masa br kuar pun dah kuat mcm nie... hehehe....

Sulaiman permata hati ibu.... mudah-mudahan jadi pejuang akidah sunnah macam sorang ustaz yang aku kenal....

PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi.  Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...