Ku Punya Cerita...
Cerita-ceriti kehidupan seorang insan yang masih bertatih mengharung kehidupan...
Wednesday, February 28, 2018
Tuesday, November 4, 2014
Lagi tentang penyusuan susu ibu...
Hari nie selepas lebih 5 tahun aku melahirkan dan menyusukan dua org heroku.. yang pertama wean off genap 4 tahun. yang kedua belum berhenti lagi...*tengah fikir macam mana nak suruh berhenti**** . Hari ini aku terfikir untuk bincang pasal masalah yang buat sesetengah ibu tak dapat menyusukan anak-anak mereka.
Aku terfikir pasal nie bila masa anak kedua susu aku drop sebab demand tak konsisten dek kerana schedule demand yang berubah2 dek kerana syif kerja yang berubah2. Masalah ini berlaku pada ibu2 yang kerja syif sebab waktu rehat setiap hari tak sama. waktu bersama anak pun berubah2. Jadi waktu memerah juga akan turut berubah. Bila perkara ini berlaku, supply menyusut, ibu2 ini mula stress dan susu yang sikit makin menyusut kerana stress.
Lagi satu masalah bila si ibu saja yang nak bagi susu ibu, tapi si bapa tak support langsung dan kata menyusahkan. Untuk ibu2 yang tak berapa kuat semangat kadang2 perkara macam nie blh mebantutkan penyusuan susu ibu. Kadang2 suri rumah lebih susah nak bagi susu ibu dari ibu yang bekerja. Rasa macam pelik, tapi ia berlaku. Kenapa? Hanya yang jadi suri rumah jek yang faham.
Kemudian pada ibu2 tunggal dan ibu tinggal. Mereka nie laagi lah stress, takde support, xde pendapatan yang cukup. xde ilmu nak memerah secara manual dan lebih teruk takde tempat nak mengadu. Ditambah pula nak menjaga anak2 lain yang turut memerlukan perhatian.
Apa yang nak saya simpulkan ialah saya nak bagi pandangan sebagai salah seorang pembantu rakan susu ibu (MBfPC). Kita perlu ada empati sebelum memberi solusi. Siapa kita untuk menghukum orang lain. Kalau kita dalam kasut dia pun rasa kita tak sama dengan rasa sia sbb saiz kasut masing2 berbeza.
I'm back....
Hihi... title tak boleh blah... macam ramai saaangatlah fillower blog picisan hidup segan mati belum tau nie....
Malam-malam buta nie mata aku tak boleh lelap dah... aku pun tak tau apasal.. alang2 dah ak nak lelap buat lerr kopi o satu tumbler... hadap laptop yang dah lama x buat kerja berfaedah... asyik layan youtube dgn drama jek sejak dah mula kerja balik nie.
Sekarang nie bidang kerja dah berubah almost 180 darjah.. still ada clerical work... tapi tambah lak dengan kerja customer service... hadoi laa... rasa macam haperr dah kadang2... dgn macam2 kerenah manusia yang mintak macam-macam.. yang boleh mintak tak dibuat. yang ak boleh dapat u yang depa nak.
Paper work dah makin menimbun. Satu jek problem aku... susah nak organize kerja dan barang2 aku.. Ada tak sesaper boleh bagi tips unuk multitasking yang saangatlah mencabar nie...
Friday, August 17, 2012
Cerita Raya 2012
Setelah sekian lama aku tak berblogging. Hari nie aku sajer nak cerita pasal Raya tahun nie. Untuk sekian kalinya aku buat kuih untuk raya. Last aku buat kuih untuk raya adalah masa anak dara. Tahun lepas ada cuba buat, tapi tak menjadi. Akhirnya tahun nie aku nekad buat sebab barang beli tahun lepas banyak lagi.
Finally, aku berjaya buat kek kukus buah, biskut cornflake, dengan biskut oat. Anak aku yang sulung sibuk menunggu kek dengan biskut tu siap bakar. Keluar jek dari oven dia yang rasmi dulu.
Hari Raya tahun nie aku beraya kat Johor jek. Suami aku kerja. So, aku dok rumah jek. Lepas makan ketupat pagi raya baru pi jalan beraya rumah sepupu-sepupu aku. Kalau ada pasport nanti mungkin panjang sikit langkah aku sbb kat seberang tambak sana pun raamai lagi sedara aku.
Tu jeklah cerita raya aku. Sesaper nak beraya rumah aku datang jek bila2. Kalau call awal leh lah aku prepare lebih sikit. Kalau tak aku masak yang segera jek laa.. Sesaper yang biasa datang rumah aku tau laa. hehe..
Last but not least...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN
Dari Nad, Ali, Aiman dan Hamzah.....
Friday, June 15, 2012
Kuih Raya 2012
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, aku nak jual kuih raya. Kuih raya ni kalau ikut tekak aku dan family aku memang sedap. Kami sekeluarga dah 3 tahun beli kuih raya dengan pengeluar yang sama nie. Jadi, aku nak share lah kelazatan kuih raya nie dengan kawan kawan dan pembaca semua. Kalau nak order boleh telefon jek 012 7967079.
Almond Truffle Penuh Bekas @ 46 pcs RM 18.00 |
Chocolate Rice Shortbread Botol besar @ 65 pcs RM 24.00 |
Almond London Botol kecil @ 46 pcs RM 18.00 |
Toasted Coconut Botol besar @ 55 pcs RM 24.00 |
Honey Japanese Choc Botol penuh @ 47 pcs RM 27.00 |
Frutty Nutty Cookies Botol kecil @ 40 pcs RM 18.00 |
Floral Hazellicious Botol kecil @ 47 pcs RM 18.00 |
Floral Choc Chip Botol besar @ 80 pcs RM 24.00 |
Cornflake Peanut Bar Botol besar @ 59 ps RM 24.00 |
Chip Chipsmore Cookies Botol kecil @ 55 pcs RM 13.00 |
Turkish Rainbow Crystal Botol kecil @ 50 pcs RM 18.00 |
Cashewnut Sugee Botol Kecil @ 50 pcs RM 18.00 |
Sunday, June 10, 2012
Kerjaya Baru
Kerja yang bagi permulaan karier yang bagus untuk anak-anak bangsa kita yang nak menggilap keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi dengan orang asing. Untuk orang macam aku ia hanya satu stepping stone untuk aku warm up diri aku setelah beberapa lama tidak bekerja. Sekarang aku nekad untuk menumpukan perhatian pada kerjaya baru aku dan anak-anak aku. Mudah-mudahan akan ada rezeki untuk aku di sini. Harapan aku juga ia akan dilimpahi keberkatan dan memberi lebih kepuasan.
Friday, October 28, 2011
Yang kedua
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan sus...
-
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Dulu -dulu aku tak suka beli karipap kat luar. Kenapa? Sebab rasanya tak sama dengan yang mak aku selalu buat. Karipap mak comel, rapuh, pen...