Showing posts with label ragam orang. Show all posts
Showing posts with label ragam orang. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

Sekadar berkongsi

Saya terbaca petikan dari blog KadiKluang dan terjumpa petikan nie dan rasa terpanggil nak kongsi dan komen pandangan dari saya.

Sebenarnya apa yang berlaku tu memang berkemungkinan besar boleh berlaku lagi dan ada yang lebih teruk telah berlaku. Kenapa? Kebanyakan kita kurang tahu peluang dankemudahan yang disediakan badan-badan kerajaan. Jadi mereka yang tak tahu dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka dan badan-badan yang mereka wakili. Yang sedihnya bila ia memburuk-burukkan Jabatan Agama yang menjadi simbol kedaulatan agama Islam di negara kita. Janganlah terjadi lagi. Sebagai umat Islam yang tahu adanya insan0insan yang daif dan susah, kalau tak mampu dengan wang ringgit, setidak-tidaknya bimbinglah mereka ini kepada saluran yang betul sebelum mereka dimanipulasi oleh pihak lain demi kesucian agama Islam kita pegangan ASWAJA.

Monday, March 22, 2010

Masalah sosial.. umumnya..

Suatu ketika dahulu, masalah sosial banyak berkait dengan remaja. Tanpa kita sedar, hari ini remaja dah makin dewasa. Yang dewasa makin tak berakhlak, melahirkan anak-anak yang tak terbela dan tak terdidik. Tekanan hidup yang menuntut kepentingan material didahulukan daripada kepentingan spiritual. Apa pilihan yang kita ada?

Dulu kita selalu tengok anak-anak orang susah lebih berjaya kerana mereka bekerja di sekeliling rumah dan ada banyak masa untuk memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak mereka. Bagi golongan lebih berada, kebanyakan ibubapa makan gaji. Tapi pada waktu itu kebanyakan ibu adalah suri rumah sepenuh masa (kalau bekerja pun bekerja dari rumah) anak-anak masih dalam ruang lingkup pengawasan keluarga dan masyarakat sekeliling.

Kemajuan dan kemakmuran negara telah membolehkan mobiliti sosial berlaku dan meningkatkan taraf hidup serta kos sara hidup kita. Tapi ia juga terpaksa dibayar dengan meninggalkan anak-anak di rumah pengasuh dan di tangan pembantu rumah. Masa untuk anak-anak semakin terhad sehingga kita sendiri tak kenal perangai sebenar anak-anak kita. Saya sendiri yang baru menjadi ibu selama 8 bulan seperti tidak terkejar perkempbangan anak saya. Banyak perkembangan anak saya, saya pantau dari laporan pengasuh yang juga sepupu ibu saya. Dia jugalah yang banyak mengajar tentang pengurusan bayi selain dari ibu saya sendiri. Sokongan sosial sebegini saya dapat secara percuma kerana saya masih ada saudara yang berdekatan selain ibubapa saya dan suami sendiri.

Dahulu masyarakat kita duduk di sekeliling komuniti yang rata-rata kita kenali. Sekarang keadaan sudah jauh berbeza. Kadang-kala jiran sebelah rumah pun kita lupa nak tegur. Tambah lagi jiran baru yang kadang-kadang kita tak sempat nak berkenalan. Mungkin itu hikmah kenapa ibubapa kita dahulu suka memadankan jodoh dengan saudara yang dekat atau rakan taulan yang hampir. Lebih mudah utnuk bertanya khabar anak-anak, dan lebih mudah untuk mengelakkan perceraian dalam rumahtangga kerana ibubapa mertua sama-sama mendamaikan berbanding kalau sesama besan tidak saling mengenal pastilah masing-masing nak memenangkan anak sendiri dari nak mendamaikan antara suami isteri.

Thursday, March 11, 2010

Lagi Kes Dera 1

Kes dera dan aspek psikologi menurut seorang sahabat ada dicoretkan di sini.

Saya secara peribadi menyokong sedikit sebanyak pendapat beliau. Memang keadaan sosial dan sosioekonomi sekarang menuntut dan menekan kehidupan kita sehingga kita hilang akal pertimbangan yang waras.

Tapi sebagai sebahagian dari anggota masyarakat, apa pula peranan yang boleh kita mainkan untuk mengurangkan kejadian seperti yang berlaku kepada adik Syafiah. Masyarakat perlu berganding bahu membenteras masalah penderaan. Lagi satu kes dera nie bukan setakat penderaan fizikal sahaja. Tapi ada juga penderaan seksual, penderaan mental dan lain-lain bentuk penderaan lagi yang kita kena tahu macam mana nak kesan berlaku pada seseorang. Kenapa penting? Sebab menurut kajian **saper tah.. lupa lak.. anak mangsa dera berpotensi besar untuk turut mendera di masa akan datang.. Boleh tengok trend di sekolah asram bila senior buli junior, the trend repeated itself sehinggalah sekarang getting worse sampai ke tahap membunuh.

Jadi, kepada yang nampak sesaper yang disyaki kena dera, tolonglah aproach and slow talk dgn mangsa untuk siasat atau laporkan pada pihak berwajib untuk diambil tindakan.

Wednesday, March 10, 2010

Mufti Palsu, Sijil Palsu

Mufti Palsu, Sijil Palsu

Saya tak pernah bercakap soal ini walau pun dalam diam saya sebenarnya menyokong tindakan JAIS. Dah makin ramai golongan pengikut Dr. Asri nie.

Sunday, February 28, 2010

Lagi Kes Dera

Lagi kes dera di Malaysia. Aku tak tau secara detail. cuma malam tadi baru dapat dengar betul2. Kes yang memang sangat menyayat hati dan di luar batas akal untuk aku menerimanya.

Bagi aku dalam kes nie, datuk dan nenek paling bersalah sebab tak ambil budak tu untuk dijaga sepenuh masa setelah mengesyaki budak tu di dera. Takkanlah xleh nak tanya kat si emak pasal luka n lebam2 kat badan si anak. Lagi satu, tak boleh nak tegur ke anak dara awak tu buat kemungkaran dengan bersekedudukan dengan lelaki bukan muhrim. Tanggungjawab awak lepas bila suami anak awak ada. Bila suaminya dah takde, saper amik tanggungjawab tu? Saper kena tanya kat akhirat nanti?

Seterusnya si emak yang buta mata dan mata hati kerana percaya sangat kat teman lelakinya untuk menjaga anaknya (aku sendiri tak percaya laki aku jaga anak aku) xkan x tau orang tu panas baran. dah 6 thn beb kenal. Masalah mental tul laa si emak nie. Anak aku lebam sikit dah boleh perasan. apatah lagi kalau dah bengkak2 dan kena cucuh2 dgn puntung rokok. Sure laa lagi visible kan.

Yang si abang budak tu pun aku rasa xde rasa sayang kat adik tu. Kenapa? Aku pernah tengok kes bs dera budak nie (tp takat cubit2 sbb xnak berenti nangis). Tapi bs tu takut nak apa2kan si adik semasa si abang yang dah pandai cakap ada bersama. Dalam kes nie, si abang tak tau nak mengadu kat sesaper ke? Atuk ke, kawan2 rapat ke, jiran2 yang rapat ke?

Masyarakat keliling yang tersangat ignorant. Masa budak tu kena belasah mula2 kat padang kenapa xde orang yang tegur dan datang. Kenapa dah kena panggil tengok baru nak pi hantar kat hospital.

Dah tak tau nak cakap apa lagi. Sungguh tak masuk dek akal.

Wednesday, January 27, 2010

Help 1SuperKids To Grow, And Win Interesting Prizes!

Sesajer... nak invite anyone joining 1SuperKids... kalau minat menulis, boleh mula menulis for free kat sini, tengok perkembangan hasil karya anda di sini. Kalau nak menambah dan berkongsi ilmu tentang anak-anak dan keibubapaan pun ada di sini. Saya sudah... anda bila lagi.
_________________________________________________________________________________
Hi 1SuperKids fraternity!
Thank you for being such a great 1SuperKids supporter. Now that in order to encourage more members, more great stories shared, more warming touch here, 1SuperKids is launching a ‘Help-Me-To-Grow Campaign’.
help me to grow
What is Help-Me-To-Grow?
  1. Sign Up with 1Super Kids.
  2. Put the Help-Me-To-Grow badge on your blog.
  3. Blog about 1SuperKids Help-Me-To-Grow campaign in your very own, creative ways.
  4. Invite more friends and bloggers to sign up, join and share with other 1SuperKids family.
  5. Win great prizes!
 

Sunday, January 24, 2010

Kehilangan... :mengenang Almarhum Sultan Iskandar

Patah tumbuh hilang berganti... tapi yang menggantikan apakah akan sama dengan yang telah hilang? Akan lebih baikkah, atau lebih terukkah? Hanya masa yang bakal menentukan...

Kemangkatan Sultan Iskandar sebenarnya agak menyentap di hati aku sebagai anak jati Johor. Bukan semata2 cinta rakyat pada pemimpin, tapi mengenangkan nasib bangsa Melayu di bumi Johor yang bertuah dan makmur nie.. dan yang lebih utama, kedudukan agama Islam dan akidah yang kukuh dipegang sejak mula Islam bertapak di bumi Melayu ini.

Di saat2 orang negeri lain sibuk x cukup serba-serbi, kami di sini masih boleh bersyukur dengan nikmat yang melimpah ruah. Di saat rakyat negeri lain, bersusah2 pindah sbb setinggan nak dirobohkan, setinggan di Johor masih mendapat belas ihsan sementara tunggu PPRT siap (walaupun yg dpt dah ada rumah sewa bersusun). Di saat "orang asing" boleh pijak2 bangsaku di negeri lain, Sultan yang satu nie x kasi can sikit pun, walau sekadar x pakai songkok dalam sidang Dewan. Di saat, ajaran yg bukan2 dari luar senang2 masuk dan tersebar tanpa dapat disekat (disekat pun kena komplen), Di sini masih kebal lagi kuasa JAIS di bawah naungan Almarhum...

Al-Fatihah untuk Allahyarham... sikit sangat media bercerita tentang Allahyarham banding masa kemangkatan Allahyarham sultan Selangor dulu.. tapi ku percaya Allah lebih tahu...

Friday, January 8, 2010

Book Review – “Oh Tidak” Ezzah Fatin Jemain

Aku nak cerita pasal penulisnya dululah… apa yang menarik tentangnya? Orangnya lucu, seperti tulisannya juga (krn tulisan berunsur komedi maka penerbit memilh untuk menjadikan novelnya sebuah nomik). Keluarganya juga bagi saya secara peribadi, menarik. Bapanya adalah orang atasan saya, yang saya dah rasa macam bapa saya. Secara langsung saya kenal orang yang membentuk peribadi beliau. Secara tak langsung, saya tahu dari mana datangnya karektor beliau yang lucu itu. Dari cerita saya dengar, dia nie suka memasak. Tapi garang sikit.. kurang sabar meladeni kerenah orang terutama kanak-kanak (terkecuali adik sendiri).

Itu dari karektor penulis. Membaca kisah Liyana dalam “Oh, Tidak!” saya seperti menelusuri kisah diri penulis. Tapi itu bukan lah kisah sebenar. Cuma karektor LIyana itu sendiri seperti pantulan lefleksi penulis itu sendiri. Sukakan jalaj ceritanya kerana ia tidak mengheret remaja ke dunia fantasi yang bukan2. Ia Cuma cerita ringan dengan di selit unsure-unsur pengajaran yang juga ringan untuk pembaca remaja. Untuk ibubapa yang menyampah melihat anak remaja diheret ke dunia fantasi cinta yang penuh dengan unsure 18SX dan 18etc... Nomik ini adalah untuk anak-anak anda. Sesuai untuk semua umur dan golongan. Cadangan saya, make an English translation for it. Untuk Ezzah, buatlah sinambungan nomik nie. Semoga popularitinya akan menandingi nomik-nomik Jepun dan Inggeris yang hangat di pasaran sekarang.

PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi.  Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...