Saturday, July 16, 2011

Kuih Raya

Sempena nak dekat puasa nie aku suka nak tolong korang siapkan kuih raya. Takyah ke dapur tunjuk jek nak yang mana, nak dekat raya nanti dah sampai kat rumah.
Harga semua pukul rata RM22 satu balang. Isi dalam satu balang ada 50 biji. Nak order leh SMS 0197257591 atau email nad5286@yahoo.com .

Ikutkan tuan tukang uat kuih, order sebelum 21hb Julai 2011. Aku akan try nego untuk extend order sampai awal puasa. Kat bawah nie, aku tunjuk sample kuih yang ada. harap maaf sebab gambar kualiti HP antik aku jek yang ada wat masa nie.

Irish Oat Nestum

Turkish Yam Crystal

Hazelicious cookie

Cashewnut Sugee
(yang nie aku gerenti sedap sebab tahun lepas aku order 2 balang.... licin)

Choc rice shortbread

Peanut Casablanca

Sunflower pillow

Canadian Delight

Wednesday, June 8, 2011

ISTERI VS PELACUR

Dah lama nak berakap pasal topik nie. Aku secara peribadi tak bersetuju dengan saranan supaya isteri melayan suami seperti pelacur. Memanglah aku faham yang dimaksudkan hamba Allah tu bukanlah suruh kita jadi pelacur. Dia cakap macam tu sebab zaman sekarang nie, ramai isteri yang menjadikan alasan penat bekerja kurang melayan suami di rumah. Tapi pernah dia fikirkan faktor lain yang menyumbang kepada penyakit kecurangan suami di luar selain dari faktor isteri semata2.

Isteri dengan pelacur memang tak boleh disamakan langsung. Sebagai isteri layanan pada suami ada garis sempadan yang diatur syara', disulam dengan kalimah Tauhid dan ia dilaksanakan demi syurga. Sedangkan layanan pelacur kepada pelanggan adalah tanpa sempadan syara' dan dilakukan semata2 kerana tuntutan material, kecualilah pelacur tu dah jauh cinta dengan pelanggannya sampai sanggup bagi servis FOC which almost impossible.

Jadi manakan sama taraf isteri yang semulia itu dengan seorang pealcur, walaupun ia adalah pelacur kelas atasan sekalipun.

Tuesday, May 3, 2011

My unlucky day... damn..

sesaper yg perasan, aku dah lama tak online sensiang. mlm mmg bkn waktu yg sesuai sbb si kenit tu sibuk dgn u tube bila aku ada.

Al kisah, 2 wks GM aku dtg ofis, kantoi aku gh online, dia pi bawa mulut kat big boss. dia niemmg mcm harem sikit peel. sikit2 nak caripublisiy murahan dgn MD kite org tu. tmbh2 bdk yg kantoi dgn dia nie, anak buah saingan politik dia kat situ, lagi mcm dpt green lite nak kata bos aku tak pandai jagabudak dia. bos aku dpt bmw 2nd pun dia dengki siap hntr "barang" kat bos aku tu. hari dia dtg tu 2 org kena kantoi. sekarang kite org ber2 dok melangut jek laa kalau takde kije nak buat. aku dah mula beli novel bawa pi ofis. hari nie dah 4 novelm 3 buku azizi ali aku khatamkan.

Aku kena dapatkan broadband jugak. sungguh laa aku rindu kat korang...

Sunday, April 10, 2011

Sekadar mengomel...

Bila isteri tak pandai jaga suami, suami boleh buat alasan kawen lain. Bila suami tak pandai jaga hati isteri, apa isteri boleh buat selain makan hati berulam jantung berkuah air mata?

Peliknya bangsaku...

Pernah tak kita terfikir, di luar negara kita selalu dengan berlaku rusuhan, tunjuk perasaan kerana perbezaan kaum dan agama. Tetapi kenap dinegara kita tidak ada masalah antara kaum. Tetapi susahnya mencari titik perpaduan untuk satu kaum.

Wednesday, April 6, 2011

Kesan sampingan..

Siapa setuju kalau saya katakan penularan wabak2 yang bukan2 dewasa ini adalah kesan sampingan kemasukan PATI ke dalam negara kita yang semakin susah nak dikawal?

p/s: mode risaukan suamiku di PD bila dia bgtau tempat projek dia kena jaga tu dibimbangi ada wabak yang sedang bermaharajalela sekarang nie.. semoga semuanya dilindungi....

Monday, April 4, 2011

Perlukah dipaparkan?

Saya bukan menyokong mana-mana puhak. Tapi perlukah gambar2 panas tu dijaja dan disebarkan untuk tontonan umum. Bukan irang dewasa sahaja yang akan tengok, yang bawah umur dan kanak-kanak yang tak tahu apa-apa pun akan tengok. Sedangkan golongan ini masih mentah untuk menapis dan menilai apa yang perlu diterima dan ditolak sekiranya tiada pengawasan.

PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi.  Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...