Tetiber rasa nak citer pasal suamiku yang tercinta kat sini selepas hampir setahun kami meredah ombak dan badai berumahtangga dari sejak belum kawen sampailah dah bergelar suami isteri. Macam yang aku pernah tulis kat post terdahulu, perkahwinan itu ada keajaibannya.
Itulah yang aku rasa. Macam x percaya sebab berlaku masalah yang x diduga 2 bln sebelum majlis kami. Masa tu aku dok pikir jadik ke aku nak kawen nie...? Kalau jadik gak, macam mana life lepas kawen nanti? Akan bahagiakah aku, ikhlas ke aku nak teruskan majlis nie atau semata-mata nak cover malu jek sbb kad dah di edar.
Dalam aku dok pikir tu aku ngadu kat abah jek. kalau kat mak, aku x sanggup nak dgr dia bebel. Abah kata proceed jek... aku ikut jek.. sbb aku dah niat aku ikut keputusan abah sbb aku dah xleh nak pikir apa2. Setiap kali aku dok pikir masalah tu, aku akan menangis sorang2... benda yg paling aku benci nak buat sbb aku susah nak stop kalau dah start nangis. makin kena pujuk makin aku kuat nangis... teruknyerrr....
Akhirnya hari yg ditunggu pun sampai jugak. Kalau ikut hati jahat aku mungkin aku xkan bahagia hari nie. Tapi aku kuatkan hati lawan niat jahat aku... apa biarlah aku jek yg simpan... tapi hati aku nie kalau marah mcm2 idea nak kenakan org leh dtg dlm kepala aku.
Dipendekkan cerita majlis berjalan seperti yg dirancang dan kami sahlah bergelar suami isteri.
Hari ini bila diingat semula kisah tu macam2 perasaan ada... pengajaran dari kisah tu...:
- Buatlah keputusan yang adil untuk semua walaupun kita rasa x adil untuk kita. Itu yg terbaik.
- Buatlah tindakan yang paling rasional dan bijak walaupun ia tidak memuaskan hati kita. Itu yang akan menentukan hari esok kita lebih baik.
- Sentiasa fikirkan tanggungjawab yang belum terlaksana sebelum kita menuntut hak kita. Hak kita Allah akan beri bila tanggungjawab kita dah terlaksana dengan sempurna.
- Apa juga yang berlaku buruk dan baik telah disuratkan dalam suratan takdir. Redhalah, kita hanya makhluk.
- Dendam tidak akan memulihkan keadaan atau memuaskan hati sesiapa. Ia hanya akan menjadi api yang membakar kehidupan si pendendam tadi.
Cerita-ceriti kehidupan seorang insan yang masih bertatih mengharung kehidupan...
Wednesday, July 8, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan sus...
-
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, aku nak jual kuih raya. Kuih raya ni kalau ikut tekak aku dan family aku me...