Blog ini sekadar cerita-cerita biasa dan perkongsian sebuah pengalaman kehidupan untuk rujukan bersama

Tuesday, November 4, 2014

Lagi tentang penyusuan susu ibu...

Hari nie selepas lebih 5 tahun aku melahirakn dan menyusukan dua org heroku.. yang pertama wean off genap 4 tahun. yang kedua belum berhenti lagi...*tengah fikir macam mana nak suruh berhenti**** aku terfikir untuk bincang pasal masalh yang buat sesetengah ibu tak dapat menyusukan anak-anak mereka.

Aku terfikir pasal nie bila masa anak kedua susu aku drop sebab demand tak konsisten dek kerana schedule demand yang berubah2 dek kerana syif kerja yang berubah2. Masalah ini berlaku pada ibu2 yang kerja syif sebab waktu rehat setiap hari tak sama. waktu bersama anak pun berubah2. Jadi waktu memerah juga akan turut berubah. Bila perkara ini berlaku, supl menyusut, ibu2 ini mula stress dan susu yang sikit makin menyusut kerana stress.

Lagi satu masalah bila si ibu saja yang nak bagi susu ibu, tapi si bapa tak support langsung dan kata menyusahkan. untuk ibu2 yang tak berapa kuat semangat kadang2 perkara macam nie blh mebantutkan penyusuan susu ibu. Kadang2 suri rumah lebih susah nak bagi susu ibu dari ibu yang bekerja. Rasa macam pelik, tapi ia berlaku. Kenapa? Hanya yang jadi suri ruamh jek yang faham.

Kemudian pada ibu2 tunggal dan ibu tinggal. Mereka nie laagi lah stress, takde support, xde pendapatan yang cukup. xde ilmu nak memerah secara manual dan lebih teruk takde tempat nak mengadu. Ditambah pula nak menjaga anak2 lain yang turut memerlukan perhatian.

Apa yang nak saya simpulkan ialah saya nak bagi pandangan sebagai salah seorang pembantu rakan susu ibu (MBfPC). Kita perlu ada empati sebelum memberi solusi. Siapa kita untuk menghukum orang lain. Kalau kita dalam kasut dia pun rasa kita tak sama dengan rasa sia sbb saiz kasut masing2 berbeza.

I'm back....

Assalamualaikum...

Hihi... title tak boleh blah... macam ramai saaangatlah fillower blog picisan hidup segan mati belum tau nie....

Malam-malam buta nie mata aku tak boleh lelap dah... aku pun tak tau apasal.. alang2 dah ak nak lelap buat lerr kopi o satu tumbler... hadap laptop yang dah lama x buat kerja berfaedah... asyik layan youtube dgn drama jek sejak dah mula kerja balik nie.

Sekarang nie bidang kerja dah berubah almost 180 darjah.. still ada clerical work... tapi tambah lak dengan kerja customer service... hadoi laa... rasa macam haperr dah kadang2... dgn macam2 kerenah manusia yang mintak macam-macam.. yang boleh mintak tak dibuat. yang ak boleh dapat u yang depa nak.

Paper work dah makin menimbun. Satu jek problem aku... susah nak organize kerja dan barang2 aku.. Ada tak sesaper boleh bagi tips unuk multitasking yang saangatlah mencabar nie...

Friday, August 17, 2012

Cerita Raya 2012

Salam,

Setelah sekian lama aku tak berblogging. Hari nie aku sajer nak cerita pasal Raya tahun nie. Untuk sekian kalinya aku buat kuih untuk raya. Last aku buat kuih untuk raya adalah masa anak dara. Tahun lepas ada cuba buat, tapi tak menjadi. Akhirnya tahun nie aku nekad buat sebab barang beli tahun lepas banyak lagi.

Finally, aku berjaya buat kek kukus buah, biskut cornflake, dengan biskut oat. Anak aku yang sulung sibuk menunggu kek dengan biskut tu siap bakar. Keluar jek dari oven dia yang rasmi dulu.

Hari Raya tahun nie aku beraya kat Johor jek. Suami aku kerja. So, aku dok rumah jek. Lepas makan ketupat pagi raya baru pi jalan beraya rumah sepupu-sepupu aku. Kalau ada pasport nanti mungkin panjang sikit langkah aku sbb kat seberang tambak sana pun raamai lagi sedara aku.

Tu jeklah cerita raya aku. Sesaper nak beraya rumah aku datang jek bila2. Kalau call awal leh lah aku prepare lebih sikit. Kalau tak aku masak yang segera jek laa.. Sesaper yang biasa datang rumah aku tau laa. hehe..

Last but not least...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN

Dari Nad, Ali, Aiman dan Hamzah.....

Friday, June 15, 2012

Kuih Raya 2012


Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, aku nak jual kuih raya. Kuih raya ni kalau ikut tekak aku dan family aku memang sedap. Kami sekeluarga dah 3 tahun beli kuih raya dengan pengeluar yang sama nie. Jadi, aku nak share lah kelazatan kuih raya nie dengan kawan kawan dan pembaca semua. Kalau nak order boleh telefon jek 012 7967079.


Almond Truffle
Penuh Bekas @ 46 pcs
RM 18.00



Chocolate Rice Shortbread
Botol besar @ 65 pcs
RM 24.00



Almond London
Botol kecil @ 46 pcs
RM 18.00


Toasted Coconut
Botol besar @ 55 pcs
RM 24.00


Honey Japanese Choc
Botol penuh @ 47 pcs
RM 27.00

Frutty Nutty Cookies
Botol kecil @ 40 pcs
RM 18.00

Floral Hazellicious
Botol kecil @ 47 pcs
RM 18.00

Floral Choc Chip
Botol besar @ 80 pcs
RM 24.00

Cornflake Peanut Bar
Botol besar @ 59 ps
RM 24.00

Chip Chipsmore Cookies
Botol kecil @ 55 pcs
RM 13.00
Turkish Rainbow Crystal
Botol kecil @ 50 pcs
RM 18.00 
Cashewnut Sugee
Botol Kecil @ 50 pcs
RM 18.00

Sunday, June 10, 2012

Kerjaya Baru

Kepada yang dah tahu, mungkin tahu serba sedikit cerita baru aku. Aku baru sahaja berhenti kerja dari The Store, Plaza Sentosa setelah genap 6 bulan bergelar pembantu jualan.

Kerja yang bagi permulaan karier yang bagus untuk anak-anak bangsa kita yang nak menggilap keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi dengan orang asing. Untuk orang macam aku ia hanya satu stepping stone untuk aku warm up diri aku setelah beberapa lama tidak bekerja. Sekarang aku nekad untuk menumpukan perhatian pada kerjaya baru aku dan anak-anak aku. Mudah-mudahan akan ada rezeki untuk aku di sini. Harapan aku juga ia akan dilimpahi keberkatan dan memberi lebih kepuasan.

Friday, October 28, 2011

Yang kedua

Pada yang belum tahu berita kehadiran cahaya mataku yang baru, dah pun selamat melihat dunia pada 29.09.2011 pkl 10.30a.m. dgn berat 3.05kg.

Saturday, July 16, 2011

Kuih Raya

Sempena nak dekat puasa nie aku suka nak tolong korang siapkan kuih raya. Takyah ke dapur tunjuk jek nak yang mana, nak dekat raya nanti dah sampai kat rumah.
Harga semua pukul rata RM22 satu balang. Isi dalam satu balang ada 50 biji. Nak order leh SMS 0197257591 atau email nad5286@yahoo.com .

Ikutkan tuan tukang uat kuih, order sebelum 21hb Julai 2011. Aku akan try nego untuk extend order sampai awal puasa. Kat bawah nie, aku tunjuk sample kuih yang ada. harap maaf sebab gambar kualiti HP antik aku jek yang ada wat masa nie.

Irish Oat Nestum

Turkish Yam Crystal

Hazelicious cookie

Cashewnut Sugee
(yang nie aku gerenti sedap sebab tahun lepas aku order 2 balang.... licin)

Choc rice shortbread

Peanut Casablanca

Sunflower pillow

Canadian Delight