Blog ini sekadar cerita-cerita biasa dan perkongsian sebuah pengalaman kehidupan untuk rujukan bersama

Friday, August 17, 2012

Cerita Raya 2012

Salam,

Setelah sekian lama aku tak berblogging. Hari nie aku sajer nak cerita pasal Raya tahun nie. Untuk sekian kalinya aku buat kuih untuk raya. Last aku buat kuih untuk raya adalah masa anak dara. Tahun lepas ada cuba buat, tapi tak menjadi. Akhirnya tahun nie aku nekad buat sebab barang beli tahun lepas banyak lagi.

Finally, aku berjaya buat kek kukus buah, biskut cornflake, dengan biskut oat. Anak aku yang sulung sibuk menunggu kek dengan biskut tu siap bakar. Keluar jek dari oven dia yang rasmi dulu.

Hari Raya tahun nie aku beraya kat Johor jek. Suami aku kerja. So, aku dok rumah jek. Lepas makan ketupat pagi raya baru pi jalan beraya rumah sepupu-sepupu aku. Kalau ada pasport nanti mungkin panjang sikit langkah aku sbb kat seberang tambak sana pun raamai lagi sedara aku.

Tu jeklah cerita raya aku. Sesaper nak beraya rumah aku datang jek bila2. Kalau call awal leh lah aku prepare lebih sikit. Kalau tak aku masak yang segera jek laa.. Sesaper yang biasa datang rumah aku tau laa. hehe..

Last but not least...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN

Dari Nad, Ali, Aiman dan Hamzah.....

No comments: