Blog ini sekadar cerita-cerita biasa dan perkongsian sebuah pengalaman kehidupan untuk rujukan bersama

Sunday, December 26, 2010

Pedofilia

Korang mesti pelik kan kenapa aku sering bercakap dan relate anything to pedofilia cases. Sebab utama adalah aku adalah salah satu mangsa (almost). At that time aku tak tau apa yang orang tu buat adalah salah. Aku sedar bila aku belajar munakahat di sekolah agama. Aku tak tau apa-apa tentang seks dan satu-satunya sumber pengetahuan seks aku pada waktu itu adalah pembelajaran di kelas agama. Aku bersyukur jugalah aku tau pada usia yang muda. Jadi aku leh sekat apa yang aku rasa tak selesa dan salah pada standard aku. Orang lain korang punya pasal nak kata aku kolot ke tak up to date ke ... I don't give a damn about it even if I have to loose friends yang tak berapa bermanfaat untuk aku. So far kengkawan aku takkan open tang tu kat aku. Kenapa sebab mak aku cikgu derang. Siap kalau aku citer kat mak aku, derang nyer imej jugak yang tercalar kan.. haha..

ok, back to the topic. Sebenarnya aku terleintas nak tulis pasal nie lagi bila tengok rancangan Oprah masa dia (pihak dia lah) ke sebuah pusat penempatan pesalah seks tegar atau berulang di sebuah pulau di Amerika. Slot nie menarik sebab dia dapat temuramah seorang pesalah seks perempuan dan juga beberapa pesalah seks lelaki. Apa yang menariknya adalah kriteria yang perlu diperhatikan pada pesalah seks yang dinyatakan oleh pesalah seks itu sendiri berdasarkan pengalaman mereka.

Antara yang menarik perhatian aku adalah setiap pesalah seks yang ditemuramah menyatakan yang mereka juga adalah mangsa penderaan seksual semasa mereka kanak-kanak.

Setiap pesalah seks ini juga dah berjaya merogol mangsa-mangsa mereka beberapa puluh kali sebelum pertama ditangkap dan didakwa. Sepanjang perlakuan mereka itu, mereka adalah bebas dari sebarang rekod jenayah.

Modus operandi mereka adalah disekitar kawasan yang berhampiran kediaman dan komuniti mereka. Mereka boleh jadi seorang pekedai, seorang pengunjung rumah ibadat yang tetap seorang jiran yang baik, pengasuh atau sesiapa sahaja. Mereka memerhatikan bakal mangsa mereka di tempat-tempat yang sering mereka kunjungi. Mereka menutup tindak-tindak mereka dengan imej yang bersih di mata masyarakat. Mereka juga menakut-nakutkan mangsa-mangsa mereka untuk tidak melaporkan kegiatan mereka kepada sesiapa terutama ibubapa dan pihak berkuasa atau pihak sekolah.

Setakat ini sahaja perkongsian aku tentang kegiatan pedofilia nie. Awaslah ibu bapa. Pemangsa pedofilia nie boleh berada di dalam rumah kita sendiri yang kadang dari insan yang paling tidak kita sangka.

Bagi aku, aku dah maafkan apa yang dia buat pada aku. Kami dah melalui jalan hidup kami masing-masing. Dosa dia bukan pada aku, dosa dia pada Allah. Biarlah urusan dia dengan Allah. Aku dah lepaskan untuk aku menjalani hidup aku dengan lebih tenteram.

Monday, December 20, 2010

Cabaran aku sebagai PC...

Macam poyo jek aku rasa title posting aku.. hehe.. sajer nak share dengan kengkawan PC lain gak. Selalunya aku akan log on kat forum PC kalau ada paper yang aku rasa emo dan nak let go. Kat forum, semua adalah PC yang melalui situasi yang lebih kurang sama dan perasaan yang hampir-hampir sama. So, tak banyak sangat songeh lah. Tapi bila kita luahkan pada golongan lain, terutama pada ibu-ibu yang tidak menyokong penyusuan susu ibu, situasi akan jadi lain. Silap hari bulan aku jadi makin down dan abaikan amanah aku sebagai PC yang aku sendiri gatal pi mintak dulu.

OK, balik ke cerita asal. Aku sajer nak citer everything yang aku dah lalui sepanjang pengalaman aku mempromosi penyusuan susu ibu sebelum dan selepas aku jadi PC.

Sebelum jadi PC aku dah menyokong penyusuan susu ibu semenjak aku mengandungkan anak pertama aku. Sejak aku diberitahu oleh jururawat diklinik aku membuat pemeriksaan yang susu ibu adalah yang terbaik untuk anak aku. Bermula dari situ aku telah mula mencari maklumat tentang penyusuan susu ibu dan bagaimana menguruskan susu ibu untuk menjayakan misi penyusuan susu ibu untuk anakku selama 2 tahun.

Walaupun dengan segala ilmu yang telah ku cari, pengalaman sebenar tidaklah seindah mimpi. Tapi realiti sebenarnya lebih indah dari mimpi. Kenapa? Indahnya mimpi terputus bila kita terjaga dari tidur. Manisnya realiti bila kita dah mengharung segala kepayahan untuk mengecapi kemanisan realiti itu.

Setelah aku melalui segala rintangan untuk menyusukan anak aku, aku cuba untuk menyampaikan mesej-mesej tentang penyusuan susu ibu kepada ibu-ibu lain dalam bentuk yang lebih praktikal. Aku cuba mengetengahkan realiti sebenar yang perlu setiap ibu hadapi untuk menyusukan anak-anak mereka. Di sebalik kepayahan itu ada kebaikan dan kemanisannya sendiri yang tidak akan dirasai jika tidak menyusukan anak-anak kita. Tapi akhirnya, pilihan tetap di tangan ibu itu sendiri. Aku pernah menyuruh anak sepupuku yang baru melhirkan untuk menyusukan anaknya yang baru 2 hari. Atas alasan tak pandai, aku ajarkan. Atas alasan tiada susu, aku buktikan yang susu dia ada. Tapi akhirnya dia sendiri tak mahu atau lebih tepat lagi malas nak menyusukan anaknya sendiri. Dia terlalu mua bila ada orang yang uruskan semua hal anaknya, i.e. ibunya. Biarlah dia sesal bila dah lepas pantang bila dia terpaksa uruskan sendiri anaknya nanti. Atau pun mungkin bila anak dia dah dewasa nanti sebab anak tak rapat dengan dia sebab manja dengan atuknya.

Kes kedua, kawan aku yang dah 5 orang anak. Dia memang menyusukan semua anaknya. Tetapi tidak secara eksklusif kerana faktor ruang kerja yang tidak mengizinkan. Aku tidaklah kesal sangat kalau sekarang dia masih bekerja. Dah jadi full-time housewife pun dia tak sempat nak susukan anak dia. Dulu masa jadi projek manager pandai pulak bahagikan masa nak pi makan, pi hantar barang, pi hantar anak ke nursery. Bila dah jadi suri rumah takkan tak boleh buat jadual untuk bagi anak makan. Tu pun sorang anak dia mak mertua yang bela. So yang dia jaga cuma 4 orang jek. Serius aku memang tak faham. Masa aku dengar dia dah campur susu aku rasa muka aku berubah gila agaknya. Sebab lepas tu dia sendiri terasa kot yang aku tak agree dia campur susu formula. Lantaklah.. anak ko dah masuk 5. Ko patut dah lagi banyak ilmu nak besarkan anak dari aku yang baru sorang nie.

Setakat nie, cuma sorang jek yang buat aku terubat sikit. sepupu aku yang baru bersalin anak perempuan. Dia mungkin aware sebab mak mertua dia susukan semua anak dia yang 8 orang tanpa campur susu formula. Jadi, dia takde alasan untuk kata susu takde. Aku bersyukur jugaklah sebab aku tak payah tahan rasa tak puas hati aku. Dalam hati aku cuma kata, mungkin dia tak sempat cari ilmu. Yang aku cuma mampu buat sekarang, bila nampak kat klinik ada orang yang menyusukan anaknya dengan susu botol, aku akan tanya kenapa dan cuba terangkan apa yang dia perlu tahu dan menggalakkan dia menyusukan dengan susu ibu.

To all PC's, semoga perjalanan kita dimudahkan-Nya. Insya-Allah.

Friday, December 17, 2010

Wikileaks.. apekebende nie?

Frankly, aku tak tau apa jadahnya Wikileak nie hinggalah keluar dalam berita pasal Wikileak keluarkan berita tentang Malaysia. Dari apa yang aku dengar, WL pada pendapat aku cuma spekulator jek. They speculate berita yang keluar dan di tambah rempah ratus supaya berita tu jadi panas contohnya berita kes Anwar, kes Altantuya etc. Mereka keluarkan apa yang orang rasa it can be true. Padahal semua tu cuma spekulasi rambang semata. Derang buat cerita berdasarkan words of mouth dan berita-berita sedia ada yang ditambah perisa untuk memburuk-burukkan sesebuah negara. WL nie di belakangnya adalah Amerika dan sekutu-sekutunya yang rasaa negara derang jek yang paling bagus sedangkan kat negara derang laagi banyak masalah dari kat negara yang derang UMPAT tu.

Sekian...

Thursday, December 16, 2010

Di Selangor dah kantoi... di JB belum lagi...

Sajer nak cerita jugak.. ingat tak berita tangkapan kumpulan ajaran sesat di TV malam tadi. Bila tengok berita semalam aku tak dengar apa nama ajaran sesat tu. Tapi berdasarkan amalan-amalannya dalam hati dah kata nie mesti Syiah. Pagi nie bila terbaca kat Harian Metro, sahih.. memang Syiah.

Siapa yang ikut blog aku mesti tau pasal kegiatan Syiah di JB yang aku cerita dulu. Di Selangor tu pun ambil masa 2 tahun untuk kumpul bukit untuk buat tangkapan. Di Johor nie aku harap tak lah sampai ambil masa selama tu sebab dalam masa 2 tahun bukan setakat 200 orang jek yang akan ikut, malahan lebih 2000 orang pengikut pun tak mustahil sebab dah merebak. Silap haribulan dah merebak seluruh negara. Na'u zubillah.

Di bawah nie aku copy petikan dari Harian Metro untuk tatapan semua. Harapan aku janganlah lagi ramai yang ikut ajaran-ajaran sesat nie lagi. Kalau dah akidah dan Syahadahnya dha salah, apatah lagi ajarannya, lagilah salah. Yang sama sebutan Syahadah pun tak sama konsep akidahnya, apatah lagi kalau Syahadah nya berbeza.

Tatu kalimah Allah

Oleh Nor Azura Abdul Jalil, Shahrul Redzuan Zulkifli dan Muhaamad Hafis Nawawi

SERBU...pegawai Jais menyerbu pengikut Syiah ketika mengikuti ceramah yang disampaikan seorang lelaki warga Iran, kelmarin.

KUALA LUMPUR: Akibat terlalu taksub dengan fahaman diikutinya, seorang pengikut ajaran Syiah mengukir kalimah Allah di lengan tangannya sedangkan tindakannya menyimpang daripada ajaran Islam yang melarang sebarang bentuk ukiran berupa tatu.

Lelaki itu antara 128 yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan ke sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Sri Gombak, dekat sini, yang dipercayai menjadi kubu kuat pengikut ajaran Syiah di Selangor, malam kelmarin.

Serbuan pada jam 10.15 malam itu disertai sepasukan polis bersama penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan berlaku sedikit ketegangan apabila pengikut terbabit enggan bekerjasama.

Ketika penguat kuasa Jais hendak menahan pengikut lelaki yang bertatu itu, dia langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, sebaliknya tegar mempertahankan fahaman dianutinya dengan menceritakan kegiatan dijalankan mereka.

Suasana bertambah tegang apabila seorang pengikut lain bangun dan melaungkan selawat sambil disambut pengikut lain selama beberapa minit.

Apabila diminta menunjukkan dokumen pengenalan diri, seorang pengikut terbabit memarahi penguat kuasa Jais menyebabkan berlaku pertikaman lidah.

Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang menyertai operasi itu berkata, pihaknya percaya ketika serbuan ratusan pengikut Syiah terbabit mengikuti ceramah khas yang disampaikan seorang lelaki warga Iran.

Menurutnya, ceramah itu diadakan bersempena tarikh 10 Muharam dalam kalendar Islam yang dianggap mulia oleh pengikut Syiah sebagai memperingati kematian Saidina Husain.

“Keseluruhannya, kami menahan kira-kira 200 orang, namun 72 daripada mereka bayi dan kanak-kanak. Jadi hanya 128 individu dewasa yang ditahan untuk diambil keterangan dan sebahagian besar daripada mereka lelaki.

“Jais sudah melakukan intipan selama dua tahun bagi mengumpul bukti mencukupi sebelum melakukan serbuan ini dan penahanan lebih 100 orang terbabit menjadikan ia tangkapan ajaran sesat terbesar di Selangor pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, Jais percaya daerah Gombak menjadi pusat utama penyebaran Syiah di Selangor sedangkan fahaman itu sudah diwartakan sebagai ajaran sesat di Selangor mengikut Seksyen 12 (C) 1995.

Menurutnya, fahaman Syiah lebih berbahaya daripada al-Arqam dan jika dibiarkan ia boleh mengancam keselamatan negara dan perlu dibendung.

“Bagi lelaki, tarikan seks dipercayai menjadi antara sebab utama mereka mudah mengikuti fahaman Syiah kerana fahaman ini menghalalkan nikah mutaah.

“Pengikut Syiah juga beranggapan membunuh Ahli Sunnah Wal Jamaah halal dan dibenarkan, malah menjadi satu jihad kepada mereka.

“Selain itu, mereka turut mendewa-dewakan Saidina Ali berbanding Nabi Muhammad s.a.w. Malah, ganjaran syurga menanti juga pengikut Syiah yang melawat makam Saidina Husain,” katanya.

Mohammed Khusrin berkata, lebih membimbangkan apabila pensyarah turut dikesan menjadi pengikut Syiah dan menyebarkannya kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini.

Berikutan serbuan malam kelmarin, dua lelaki termasuk seorang warga Iran dihadapkan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di Kuang, Selangor, bagi mendapatkan perintah jaminan.

Hakim Syarie Saiful Azli Jamaludin membenarkan kedua-duanya dijamin RM2,000 setiap seorang dan pasport antarabangsa warga Iran itu diarah diserahkan kepada mahkamah sehingga kes itu selesai.

Pada prosiding semalam, tiada pertuduhan dibacakan terhadap mereka dan Saiful Azli menetapkan 20 Januari tahun depan untuk sebutan kes berkenaan.

Di luar mahkamah, lebih 20 lelaki dipercayai pengikut Syiah hadir untuk memberi sokongan kepada kedua-dua individu terbabit yang dipercayai pemimpin mereka.

Ciri kesalahan fahaman Syiah
# Menghalalkan nikah mutaah
# Menambah nama Saidina Ali dalam syahadah
# Menolak ijmak ulamak
# Menziarahi kubur Saidina Husain mendapat ganjaran syurga
# Menyeksa tubuh badan dengan rantai sempena 10 Muharam
# Mengharuskan jamak dalam semua keadaan tanpa sebab
# Mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad s.a.w
# Menyanjungi Saidina Ali secara keterlaluan
# Menghina isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w
# Menolak hadis yang diriwayatkan Ahli Sunnah Wal Jamaah sekali pun hadis mutawir

Wednesday, December 15, 2010

Aiman goes shopping...

Entry takde makna.. sajer nak bercerita pengalaman bawa anak aku bershopping kat Carrefour hari tu. Kebetulan aku amik cuti bawa dia pi klinik dan petang tu pi lah beli barang dapur yang dah kehabisan dengan mak aku dan hangkut sekali dengan anak aku.

Al-kisah, anak aku nie walaupun kurang sihat tapi kaki tangannya totaplah sihat. Selalunya kalau kita orang pi shopping memang bawa dia masuk dalam troli. Tak pernah lagi bagi dia jalan sendiri. Kali nie dia tak mau dok diam dalam seat troli. Nak kasi diri dalam troli, barang dah penuh pulak laa dalam troli tu. Aku pun pimpinlah dia sambil mak aku pilih barang nak dibeli. Anak aku nie dalam fasa meniru apa orang buat. So, apa dia sudah buat. Semua barang yang dia berkenan di hati, dia amik masuk troli. Aku dan mak aku pulak terpaksa pulangkan semula barang tu bila dia tak nampak. Pas tu tang menyibuk nak angkat barang yang lagi berat dari dia... Sabo lah nak oii.. jangan dha besar nanti ko taknak menolong langsung pulak dah lerr yek...

Wednesday, December 8, 2010

Bagaimana anda meninggalkan komen?

Saya sebenarnya lagi banyak blogvisiting dari mengemaskini blog sendiri. Jadi kadaang-kadang rajinlah juga saya meniggalkan jejak bila rasa nak tinggalkan jejak di blog yang saya lawati. Ada yang rajin membalas, ada yang tak pedulik. ada juga yang jadi macam sesi forum kat ruangan komen tu.

Jenis komen macam mana saya suka tinggalkan? Cadangan, teguran, gurauan, macam-macam bentuk. Kadang-kadang saya rasa ada juga komen yang saya tinggalkan tu sedikit outspoken. Ntah-ntah orang terasa tak bila baca. Tapi bila fikir balik, saya ikhlas bila tinggalkan komen tu tanpa apa-apa rasa prejudis. So, saya kurang peduli kalau ada orang yang terasa. Ada juga komen saya yang masuk ke spam komen, mungkin terlalu kasar.. hehe.. sampai komen saya semua kena spam.. haha..

Anda bagaimana?

p/s: Saya rasa setakat nie saya tak pernah tinggalkan komen as unknown..

Thursday, December 2, 2010

Apa nak jadi?

Dah macam title lagu pulak dah tajuk posting nie.

Takde apa nak dikongsikan hari nie. Sekadar luahan perasaan bila membaca posting saudara Mazidul Akmal, wartawan dan penerbit TV# di blognya tentang kegiatan seks sejenis yang makin menular di kalangan remaja. Yang menyedihkan ianya dilakukan oleh remaja yang beragama Islam. Lebih menyedihkan bila mereka dah takde rasa malu dengan tabiat mereka sehingga memaparkan aksi-aksi mereka di blog dan laman web untuk ditonton oleh beribu-ribu penonton. Kesal, sedih, jijik macam-macam lagi perasaan yang bercampur-baur dalam hati nie.

Kepada mereka yang bernafsu songsang nie, tolonglah ada rasa tanggungjawab sikit dengan tidak memaparkan gamabar-gambar tak senonoh aksi-aksi mereka tu kat laman web. Apa akan jadi kalau ianya ditonton oleh kanak-kanak yang masih innocent dan tak tau apa-apa tentang seks. Apa kami sebagai ibu bapa nak jelaskan pada mereka kalau mereka terjumpa gambar-gambar tak senonoh tu.

p/s: Susah bila dah tak malu dengan dosa.