Blog ini sekadar cerita-cerita biasa dan perkongsian sebuah pengalaman kehidupan untuk rujukan bersama

Wednesday, June 8, 2011

ISTERI VS PELACUR

Dah lama nak berakap pasal topik nie. Aku secara peribadi tak bersetuju dengan saranan supaya isteri melayan suami seperti pelacur. Memanglah aku faham yang dimaksudkan hamba Allah tu bukanlah suruh kita jadi pelacur. Dia cakap macam tu sebab zaman sekarang nie, ramai isteri yang menjadikan alasan penat bekerja kurang melayan suami di rumah. Tapi pernah dia fikirkan faktor lain yang menyumbang kepada penyakit kecurangan suami di luar selain dari faktor isteri semata2.

Isteri dengan pelacur memang tak boleh disamakan langsung. Sebagai isteri layanan pada suami ada garis sempadan yang diatur syara', disulam dengan kalimah Tauhid dan ia dilaksanakan demi syurga. Sedangkan layanan pelacur kepada pelanggan adalah tanpa sempadan syara' dan dilakukan semata2 kerana tuntutan material, kecualilah pelacur tu dah jauh cinta dengan pelanggannya sampai sanggup bagi servis FOC which almost impossible.

Jadi manakan sama taraf isteri yang semulia itu dengan seorang pealcur, walaupun ia adalah pelacur kelas atasan sekalipun.