Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Monday, March 22, 2010

Bila waktu paling sesuai?

Aku sebenarnya masih menuntut tapi sekarang nie dah lama pembelajaran aku tertangguh dek keadaan dan kemalasaan aku yang tak terbendung. dengan kehadiran si kecik menambah lagi tahap kebuntuan aku tang bila aku nak mula ke kelas semula? Kalau melihat pada situasi semasa, aku rasa macam nak tunggu mak aku pencen jek. So, weekend aku leh pi kelas dan mak aku boleh babysit anak aku. Harapan aku masa tu anak aku dah behave better supaya senang neneknya mengurusnya di rumah semasa ketiadaan aku...

"Ya Allah, mudahkanlah perjalanan perancanganku ini...."

Anakku suka menggigit...

Aiman dah genap 8 bln. Macam-mcam perangai barunya yang mengisi hari-hariku. Tapi satu perangainya yang buat semua orang tak tahan ialah perangainya yang sangat suka mengigit dengan gigi barunya yang dah 6 batang tu (2 gigi kapak yg besar dan 4 gigi depan sebelah bawah. Kalau mengigit barang-barang tu tak perlu ceritalah. Yang buat tak tahan tu suka mengigit anggota badan orang lain. Tangan, lengan, paha, bahu. Terutamanya bila dia tak dipedulikan, dia akan perlahan-lahan merangkak kepada individu yang dia mahukan perhatian itu lalu mengigit mana anggota badan yang dia boleh capai.. Kadang-kadang for no reason pun dia boleh mengigit. Dia gigit macam nak makan jek gayanya (read: gigit dan sentap). Manalah tak sakit. Tapi kalau dengar orang mengerang sakit, pandai lak lepaskan...

p/s: apa aku nak buat dengan peel dia yang satu nie...???

Sunday, February 28, 2010

Cloth Diaper baru.. sistem lama...

Hari nie nak citer pasal cloth diaper (CD) cover yang telah lama ku idam2kan. Mula-mula nak order econobum. tp stok xde. Yang ada cuma Flip System. Jadiklah daripada xde. Better actually sbb cover Flip nie ada flap kat hujung dgn pangkal utk elak leaking kat pinggan. so lepas nie boleh ku gayakan dengan kain lampin ku yang banyak x habis pakai. Sebelum nie ku ganukan diaper pant Anakku n Pureen. Tapi disebabkan xde getah di paha, selalu bocor dan kena seluar. So laundry bertambah. Ada juga guna pocket cd as cover. Sangat ok sbb tak bocor. Tu yang buat aku amik keputusan beli cover. Taknak kain lampin yang banyak tu terbazir camtu jek. Lagipun dapat save laagi banyak.

Aku jumpa Econobum dan Flip nie masa survey price CD sebab nak tambah stok CD dan nak cari CD yg lebih murah dari yang pernah ku beli. Bila dah terjumpa Flip dgn Econobum nie macam berminat pulak. Mungkin sbb harga satu cover Econobum nie lebih murah. Flip mahal sikit tapi datang dengan kelebihan lain berbanding Econobum, selain lebih pilihan warna. Econobum cuma datang dengan warna putih sahaja. Flip datang dengan tiga warna. Aku amik hijau dengan biru.

At the moment tgh dok habiskan stok dispo diaper yg dah tak muat dengan Aiman (xkan nak buang dispo pulak kan.. duit gak tu).

Sunday, February 21, 2010

Membanding-bandingkan Anak-anak

Apa aku nak cerita nih? Sebenarnya aku tak menghadapi masalah besar sangat dlm hal nie. Sebab aku dah set dalam mind, every individual is unique and special in their own way. Orang yang selalu buat camnie, mula2 hb aku, pas tu mak aku. Nasib baik abah aku x buat.

Mula2 hubby aku buat aku sound direct, anak kite ada kebolehan sendiri dan tak perlu dibanding2kan dengan anak orang lain (in my case dia compare dengan anak adik dia). Since then dia x pernah lagi buat. Tang mak aku, aku kena bagi macam2 ayat lain sebab ayat tu tang memberi bekas kat dia. Aku memang tak suka bila anak aku dibandingkan dengan orang lain sebab aku sendiri tak suka diri aku dibandingkan dengan orang lain. 

So far anak aku baru nak merangkak. Orang tak pernah nampak dia menarik badan dia sebab dia cuma suka buat pape aktiviti fizikal bila aku dan orang2 yg dia trust ada dekat sahaja. Lain2 aktiviti hanya berguling2 dan meniarap dan menarik badan bila dia mahukan sesuatu. Tapi aku tau sejauh mana keupayaan dia walaupun orang lain tak nampak. Anak aku dah mula rajin bersuara. Memang rajin menegur dan ajak berbual asalkan orang layan dia. So far xde yang kite org paham. Tapi buat2 paham. Tapi kite org tau kalau dia panggil mak, abah dia.

My two cents, redha dan hargai setiap keupayaan dan kebolehan anak-anak kita supaya kurang inferiority  complex dan rasa rendah diri dalam diri anak-anak kita. Bila rasa rendah diri, boleh buat pun dia xnak buat sebab takut orang gelak, orang mengata, etc. Padahal tak salah. Cth.nya tak salah bertanya bertanya banyak, tapi orang kita terlalu disekat mindanya oleh orang2 tua yang melarang budak2 menyampuk bila orang lain bercakap. Instead of marah bila derang menyampuk, why not explain the right way to interupt utk generate dia skills to be creative.

Tuesday, February 2, 2010

Antara "pandai" dan "pandai-pandai"

Bila ada orang yang bukan ulama memberi ceramah sekadar menyedapkan telinga yang mendengar, jadilah "pandai-pandai". Paling sadis bila bercakap soal akidah dan qadha qadar tapi menyimpang dari hakikat sebenar qadha' qadar. Yang mendengar pula jahil dan terima bulat2 tanpa merujuk pada kitab dan nas yang sahih dan jelas. Ada nas yang sahih tapi x dihuraikan secara jelas dan diambil makna tersurat tanpa memahami makna tersirat yang sebenar. Susah nak cakap.. tapi byk sangat yang terbuku dan tak dapat dilepaskan dalam hati dan perasaan nie.. kalau diam jadiklah aku syaitan yang bisu....

Monday, February 1, 2010

Ruam lampin... pengalaman sendiri...

Assalamualaikum...

Tiba2 terasa nak share pasal topik nie. Anak aku mula kena ruam lampin masa dalam hari lagi. Mula2 aku perasan cuba merah2 jek.. bl dah lama mula naik bintik2. aku cuma cuba kurangkan dgn tukar lampin setiap kali dia kencing. Dlm kes aku, setiap kali menyusu (setiap 2 jam) aku akan tukar. Result? x berkesan...

MIL suruh guna tepung sagu. Aku try jek laa.. so far ok. sbb baby sentiasa kering jek, so xde laa teruk sgt rashesnya. last solution aku tukar lampin kain. So far setakat hari tu, itu yang berkesan.

Bila habis pantang, balik rumah mak aku, keep on dgn lampin kain. tp mak aku pakaikan gak dispo kdg2 sbb stok ada kat rumah. masa tu aku cuci najis baby guna air yg ku spray instead of guna wipes mcm masa dlm pantang. Results are amazing. Rashes dah makin kurang n aku dah boleh campur dispo n lampin kain. Masa tu aku cuti, so siang aku guna kain, mlm nak tido jek aku tukar dispo. so bgn utk nyusu jek laa..

Kesimpulan yang boleh aku buat:

- cuci najis baby dengan air sepersih2nya (walaupun najis bayi llki yg full bf blh percik air2-JANGAN) utk mengelakkan pembiakan bakteria akibat najis yg x bersih sepenuhnya.
- elakkan guna terlalu banyak chemical utk mencuci najis (wipes mengandungi chemical antibac yg mungkin x sesuai utk  kulit bayi - kes aku-anak aku alah).
- kalau boleh, kurangkan guna dispo diaper. gunalah lampin kain. (x susah mana pun basuh baju n lampin baby-bkn dia main kotor mcm bdk dah bsr).

Wednesday, January 27, 2010

Tuntutlah ilmu dari dalam buaian sehingga ke liang lahad...

Hadis riwayat Al-Bukhari:
Al-Bukhari berkata, "Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Barangsiapa yang dikehendaki Allah kepadanya kebaikan, diberikan faham (pengertian) kepadanya dalam agama, dan hanya pengetahuan itu dengan belajar."

KETERANGAN
Hadith tersebut menerangkan bahawa berangsiapa yang dikehendaki Allah kepadanya akan kebaikan dunia dan akhirat, nescaya diberikan kepadanya fahaman atau pengertian dalam agama.

Orang yang betul-betul faham dalam agama dan dalam soal-soal yang berkenaan dengannya, dengan sepenuh-penuh faham hingga perasaan agamanya itu terlekat kuat di jiwanya, amatlah payah baginya memasukkan dirinya ke jurang kehinaan atau kejahatan dan kerana inilah ia akan berada di dalam keadaan yang selamat dan terpelihara dirinya dari segala maksiat.

Seterusnya Junjungan menyambung sabdanya, iaitu: "hanya pengetahuan itu dengan belajar" Ertinya; pengetahuan itu dapat dicapai dengan belajar bersungguh-sungguh. Ini menunjukkan bahawa Islam agama pelajaran dan pengetahuan biar apa jua jenis tak boleh dihasilkan kalau tidak dengan belajar, kerana itu, kalau mahu berpengetahuan belajarlah menurut kesempurnaan masing-masing. Jangan pedulikan apa-apa kesusahan di dalam usaha mempelajarinya. Hadapkanlah kepadanya dengan tenaga dan sepenuh kemahuan dalam lapangan 'ilmu agama dengan ilmu-ilmu lain yang berfaedah dunia dan akhirat.

Dipetik daripada kitab Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah terjemahan Mustafa Abdul Rahman.

p/s: Ada orang memandai-mandai kata keluar dakwah dgn tiada ilmu, Allah akan beri hidayah dengan tak perlu belajar. Apa pergi jalan masuk kampung orang bagi ceramah dgn xde ilmu boleh pandai tu datang sendiri ke? Apa hukum cakap macam tu kalau dikaitkan dengan hadis di atas? Sila renung-renungkan...
: sigh...

Monday, June 1, 2009

Breastfeeding...

Mesti korang tertanya-tanya pasal apa aku yg baru nak ada anak nie sibuk dgn breastfeeding... sesajer... since aku kawen, aku banyak surfing cari maklumat pasal marriage, parenting, etc. etc. mostly yg aku jumpa pro breastfeeding, x ditunjukkan lagi dengan webpage anti-breastfeeding, kecuali aku cariklaa... (dah jumpa sbb cari) bila aku tengok reason psl x bagus breastfeeding mcm x masuk akal.. walaupun yg bagi maklumat tu mcm terror sgt dgn scientific fact nyerr..

kesimpulannya, aku diberi hidayah utk breastfeed anak aku yang bakal lahir nanti. aku harap aku diberi kekuatan utk full breastfeed anak aku nanti.

furthermore, makin banyak aku baca pasal breastfeding nie, makin mustahil aku rasa untuk bagi alasan aku xleh breastfeed anak aku.

Bila aku dengar komen2 dan alasan2 org yang x breastfeed aku pulak yang rasa kelakar sebab zaman yang penuh dengan sumber maklumat nie pun masih ada org yang memilih untuk hidup dengan kepercayaan yang tak berapa betul dan tak masuk dek akal. Bukan dalam soal breastfeeding jek, bahkan dalam soal2 lain yang pada aku tak berapa munasabah.
Lagi satu, kenapalah orang yang tak breastfeed anak2 depa nie macam jakun dan xleh terima kat mata depa bila tengok org lain breastfeed anak. Orang x pernah paksa saper2 breastfeed anak korang, apa hak korang nak suruh orang lain berenti dan tak breastfeed anak dia orang.... it's a freedom of choice kan.... aku rasa nak jek kuar perkataan x senonoh tu.. tapi x sampai ati... akumemang x berapa gemar kalau orang2 yang suka sangat nak tentukan apa orang lain patut buat dan tak patut buat kalau benda tu bersifat subjektif (xde kena-mengena dgn hukum halal haram dan pelanggaran mana2 akta), pendek kata hak individulah...

oklah... tu jek aku nak membebel hari nie... lepas sudah ketalpuasan hati aku sekian lama pasal isu nie.....

PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi.  Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...