Hadis riwayat Al-Bukhari:
Al-Bukhari berkata, "Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Barangsiapa yang dikehendaki Allah kepadanya kebaikan, diberikan faham (pengertian) kepadanya dalam agama, dan hanya pengetahuan itu dengan belajar."
KETERANGAN
Hadith tersebut menerangkan bahawa berangsiapa yang dikehendaki Allah kepadanya akan kebaikan dunia dan akhirat, nescaya diberikan kepadanya fahaman atau pengertian dalam agama.
Orang yang betul-betul faham dalam agama dan dalam soal-soal yang berkenaan dengannya, dengan sepenuh-penuh faham hingga perasaan agamanya itu terlekat kuat di jiwanya, amatlah payah baginya memasukkan dirinya ke jurang kehinaan atau kejahatan dan kerana inilah ia akan berada di dalam keadaan yang selamat dan terpelihara dirinya dari segala maksiat.
Seterusnya Junjungan menyambung sabdanya, iaitu: "hanya pengetahuan itu dengan belajar" Ertinya; pengetahuan itu dapat dicapai dengan belajar bersungguh-sungguh. Ini menunjukkan bahawa Islam agama pelajaran dan pengetahuan biar apa jua jenis tak boleh dihasilkan kalau tidak dengan belajar, kerana itu, kalau mahu berpengetahuan belajarlah menurut kesempurnaan masing-masing. Jangan pedulikan apa-apa kesusahan di dalam usaha mempelajarinya. Hadapkanlah kepadanya dengan tenaga dan sepenuh kemahuan dalam lapangan 'ilmu agama dengan ilmu-ilmu lain yang berfaedah dunia dan akhirat.
Dipetik daripada kitab Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah terjemahan Mustafa Abdul Rahman.
p/s: Ada orang memandai-mandai kata keluar dakwah dgn tiada ilmu, Allah akan beri hidayah dengan tak perlu belajar. Apa pergi jalan masuk kampung orang bagi ceramah dgn xde ilmu boleh pandai tu datang sendiri ke? Apa hukum cakap macam tu kalau dikaitkan dengan hadis di atas? Sila renung-renungkan...
: sigh...
Cerita-ceriti kehidupan seorang insan yang masih bertatih mengharung kehidupan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan sus...
-
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, aku nak jual kuih raya. Kuih raya ni kalau ikut tekak aku dan family aku me...
No comments:
Post a Comment