Blog ini sekadar cerita-cerita biasa dan perkongsian sebuah pengalaman kehidupan untuk rujukan bersama

Thursday, February 24, 2011

[MSK iPad Audition] Saya mahu tips mengemas dari Martha Stewart

Entry ini adalah sinambungan dari entry terdahulu di sini. Setelah saya mengeledah library google, saya telah membuat kesimpulan, yang saya tak perlu berbelanja mahal atau buat full renovation untuk mendapatkan ruang rumah idaman saya. Sebaliknya saya yang kena berubah sikap dan belajar untuk menguruskan rumah dan ruang rumah saya dengan lebih efisien dan mengikut jadual yang bersesuaian dengan cara hidup saya.

Blog Martha Stewart antara blog yang telah membuka mata saya, yang perancangan yang teliti akan menghasilkan keputusan yang terbaik walaupun mungkin bukan yang paling sempurna. Saya suka melihat perspektif yang berbeza dari apa yang BIASA saya jumpa di kalangan rakan-rakan saya. Dalam soal ini, saya selalu teringat seorang pensyarah seni di UiTM di Shah Alam. Dia sangat passionate dengan hiasan rumah. Hampir setiap bulan dia akan mengubah suai rupa ruang tamu di rumahnya. Bagaimana saya tahu? Saya mengajar anak-anaknya tuisyen di rumahnya seminggu 2 kali. Apa yang saya kagum bukan lah semata-mata rajinnya dia menghias. Tapi cara dia mengubahsuai ruang itu tak memerlukan kos yang banyak. Tapi kesan ubahsuai tu membuat kita rasa macam full makeover dha dibuat pada ruang tu.

Serius, saya memang kagum. This kind of people should share their tips and idea with other people out there. Tapi selalunya orang kita nie agak kedekut ilmu sikit. Tak ramai antara kita yang willing untuk share simple but usefull tips macam yang saya dapat dari blogger-blogger luar negara. Kalau ada pun sangat minima. Harapan saya selepas ini akan lebih ramai di antara kita akan dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk kita kongsikan bersama di alam siber ini. Besarkan jurang komuniti kita. Berbangga dengan bahasa ibunda kita biar sampai orang luar harus memaksa diri belajar bahasa kita untuk dapat ilmu kita.

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

Tuesday, February 22, 2011

Tips jimat semasa memasak.

Nie entry sajer-sajer.. ada tips yang dah macam ulang tayang.. sila layan...
  1. Memasak guna non-stick pan atau stainless steel sbb ianya tak perlu guna minyak banyak dan tak banyak guna gas. Api besar masa nak panaskan periuk dan minyak jek, pas tu maintain api kecik.
  2. Nak jimat garam, masukkan garam di akhir masakkan. sebab kadang rasa bahan-bahan lain dah buat masakan tu cukup sedap tanpa perlu banyak garam. Terutama kalau masak kentang, masak bubur sebab benda-benda nie serap baanyak garam. Bila letak last, kurang sikit serap garam dan kurang sikit risiko darah tinggi.
  3. Nak guna lada giling, bawang kisar, rempah etc. prepare banyak-banyak sekali. bila nak masak kita sebenarnya pakai tak berapa banyak pun sebenarnya. Kalau tumbuk bawang sebiji ke setengah ke kdg2 sampai layu bawang tu dlm peti ais. Halia dan bawang putih boleh buat. tapi bau dan anti-oxidant benefitnya akan reduce kalau buat macam nie.
  4. Kalau nak panaskan lauk, aku suka masuk dalam bekas tahan panas yang ngam-ngam portion lauk tu, dan masukkan dalam kukus banyak2. Kalau korang ada kukus bertingkat tu lagi bagus kukus jek lauk-lauk tu semua. Jimat gas, lauk pun tak kering. Kalau nasi tak berkerak. Taang kerak pun boleh lembut dan dimakan.
  5. Masak air dalam periuk besar kalau korang spesis rumah takde water-filter macam aku (sebab dah rosak) pun untuk jimat gas dan masa.
  6. Daging merah dipotong dan direbus semua sekali dan dibahagi pada portion kecil sebelum disimpan dalam freezer. Bila masak, tak perlu lama-lama sangat nanti.
  7. Santan kalau beli fresh, bahagikan small portion untuk elak dibekukan semula kalau tak habis. Paling mudah, masa beli tu terus penjual tu bagi satu plastik, satu biji santan. Balik terus simpan freezer.
  8. Butter n coklat bar kalau nak buat kuih, sagat jek untuk kasi cepat lembut. Jimat masa.

Krisis berantai-rantai di Timur Tengah

Aku tak tau orang lain perasan atau tak.. tapi aku tengah dok perhatikan trend krisis rampasan kuasa yang lately berlaku hanya di Timur Tengah. Aku rasa nie macam dirancang-rancang oleh pihak-pihak tertentu untuk mengkucar-kacirkan ekonomi semasa. Timur Tengah adalah pengeluar minyak terbesar dunia. Aku rasa ada orang sajer nak biar harga minyak dunia melambung untuk membolehkan mereka mengaut keuntungan dengan menjual simpanan minyak derang yang dah lama reserve.

[iPad MySuperKids] Audition: Saya nak Cheescake Brownies air tangan blog owner TTM

Hari ini saya mengidam nak bikin cheesecake lagik setelah cubaan pertama membuahkan hasil tak berapa sedap di mata walaupun sedap di tekak, aku tak tahan sebab hari nie posting TTM buat cheesecake lagik. Aku dah gian cheesecake. Habislah....

Sesungguhnya bila melayari blog nan satu ini sememangnya akan membuat aku rasa lapar serta-merta. Dihidangkan dengan juadah yang menarik, disulami dengan selingan jenaka dan cerita-ceriti yang setakat nie aku belum jemu. Tak dinafikan kalau kita follow dari awal penulisan beliau agak skema gaban lah jugak. Tapi lama-kelamaan, dia dah ada tune tulisan dia yang mampu buat kita sebagai pembaca rasa nak gelak guling-guling, tersengih sorang-sorang.

It’ a blog full of spices.. disulami juga dengan terjahan sang suami yang suka menyakat si isteri. Hehe…
Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack
 

Monday, February 21, 2011

“Saya Mahu Apple iPad Dari Blog MySuperKids”

Saya dah lama mengidam Apple iPad sebab saya bercita-cita untuk update blog saya setiap kali ada masa terluang pada bila-bila masa dan di mana-mana saya berada. Dengan iPad Apple nie saya tak perlukan internet excess all the time untuk online. So, saya boleh update on d go. Saya dah try abah nyer iPad. Memang mengujakan sebab all in one boleh buat. Especially when travelling dalam kereta atau bas. Dari kita duduk saja tengok pemandangan dan pengalaman baru yang kadang-kadang hilang bila sampai ke destinasi lebih baik kalau kita boleh teruskan curahkan dan terus publish at once kan?

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

Sunday, February 20, 2011

Saya mahu idea ubahsuai rumah dari Blog Martha Stewart

Saya mahu idea ubahsuai rumah dari Blog Martha Stewart kerana saya nak menyusun atur semula rumah saya yang sangatlah huru-hara. Saya bukanlah orang yang kreatif. Tapi saya sangatlah sayang nak keluarkan duit semata-mata nak ubahsuai rumah yang sedia ada nie. Rumah nie dah banyak kali diubahsuai, tapi ianya tetap nampak macam tak kena dimata kami. Saya rasa masalah utama bukan pada rekabentuk rumah. Ianya adalah pada masalah cluttering dalam rumah tu yang melampau. Plastik guna semula yang terlalu banyak. Barang elektrik yang dah tka boleh digunakan keran rosak atau hilang komponen utama dan lain-lain lagi. Surat-surat cinta dan diari lama yang “sayang” nak dibuang, cenderamata kenangan yang juga “sayang” nak buang.

Mungkin saya patut bermula dengan membuang apa yang sepatutnya sudah lama dibuang. Maybe it’s about time untuk saya buat apa yang sepatutnya dah lama dibuat dengan rumah tu. Selama nie saya Cuma berdiam diri bila mak nak buat renovation. Mungkin sebab takde idea, atau saya rasa tak penting sebab saya tak rasa akan duduk lama kat sini. Tapi bila mak ambil keputusan nak pindah Muar for good (tapi ulang-alik jugak balik JB). Saya dah mula kena fikir macam mana nak duduk dalam rumah tu nanti. Mak dah plan nak bawa ke muar segala perabot-perabot dalam rumah tu. Tinggal few items jek yang akan tinggal kat rumah tu. So, akan ada space yang banyak. Saya tak plan nak membeli apa-apa perabot baru. Cuma nak susunatur semula dan baiki apa yang tinggal nanti. Buku-buku lama pun banyak yang dah boleh dibuang atau disedekahkan pada sesiapa yang sudi menerima. Baju-baju lama pun rasanya perlu sort out dan pilih mana yang masih nak pakai dan mana yang boleh orang lain pakai.

Dah selesai semua perkara tadi pertama yang saya akan buat adalah pest controlling.. ya, rumah saya dah jadi sarang anai-anai semula. Dah lebih lima thun sejak last time kami panggil pest control untuk tanam ubat anai-anai dalam rumah kami nie. Hari tu nampak kat frame tingkap makhluk tu dah bersarang semula. Any idea of pest control yang bagus kat JB nie?

Dah siap pest controlling, saya rasa macam nak buat “screening” rumah. Tapi tak tau hb akan approve tak. Ada sesetengah orang tak percaya tang nie. Saya tidaklah obses sangat, sekadar untuk prevention sebelum jadi apa-apa. Bajet untuk screening nie kalau untuk permanent memang mahal. Kalau untuk temporary ramai yang boleh buat dan tak mahal sangat. Cuma kena maintain jek lah ikut masanya. Tapi bila fikir balik, tak perlu sangat kot. Cuma kita kena rajin amalkan sunnah-sunnah Nabi s.a.w. sepanjang hari dan setiap waktu. Amalkan doa-doa yang disarankan setiap kali usai solat, Insya-Allah macam tu pun boleh jadi pendinding diri dan keluarga.

Dah habis semua perkara-perkara tu selesai, siaplah rumah kami nie untuk majlis perkahwinan adik saya bulan Oktober nie… huhuhu… aku nak dapat adik ipar perempuan pulak…..

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

Friday, February 11, 2011

Program MBFPC

Sajer nak share setelah program ini dah confirm. Sebelum nie dah tau dah. Cuma taknak war-warkan dulu sebab tempat dan tarikh belum confirm lagi. Aku dalam MBFPC nie lagi suka bergerak sendiri dari menyertai program macam nie. Kenapa? Sebab kekangan masa dan suami aku sendiri tak suka nak berjalan. Kalau aku keluar dia sensorang kat rumah macam pelik pulak rasanya. Kalau time dia takde aku keluar tu tak rasa pelik sangat. Oklah.. aku nak share program nie untuk semua ibubapa dan bakal ibubapa. Orang awam pun boleh masuk juga. Aku galakkan, pegawai-pegawai perubatan dan staf sokongan terutama yang bekerja di hospital bahagian ONG untuk turut sama ke program nie.

Tajuk: Nur Kasih 1, Susu Ibu: Cecair Bernilai Emas
Yuran pendaftaran: RM 5 sahaja
Anjuran Bersama: Pusat Isalm, UTM; Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC)
DuniaSusuIbu.com
Contact:
Pusat Islam, UTM: 07-5537501 / 05 / 08
Mardziah, MBfPC: 019-9532747
Zulhaya, MBfPC: 013-7652331

Monday, February 7, 2011

Baked Fried Rice

Apa jadah hari nie sampai 3 entri... haha...

Aku nak share resepi aku masak hari Sabtu lepas. Hari tu aku half day, ang laki aku kerja sampai petang. So, aku leh masak n makan apa aku nak. Ada nasi minyak org kawen tak habis, aku pun bedal buat nasi goreng malas denga mix vege plus sosej jek. Pas tu aku masukkan cheddar cheese, gaul rata dalam kuali tu jugak. Pas tu masuk dalam loaf pan, tabur lagi cheddar cheese bakar sampai cheese tu cair dan serap dalam nasi goreng tu. Memang sesuai untuk menggemukkan badan. Kalau lagi pedas lagi sedap. Tapi aku buat tak pedas sebab nak share dengan anak aku. Nak pedas, leh makan dengan sos cili atau sambal kicap.

Sekian.

Apa aku buat nak jimat...

Semenjak dah kawen nie aku lagi rasa macam boros sikit bila berbelanja. Bila selalu sangat tak berbaki gaji bila hujung bulan, aku rasa macam tak best. Selalu aku akan jadikan baki hujung bulan tu as reward untuk aku lepas berjaya berjimat dan ada extra even lepas tolak saving. Kan best macam tu.... so apa aku buat?
  1. Kurangkan belanja runcit-runcit. Borong sekali untuk sebulan dan seminggu sekali or less untuk barang basah.
  2. Kurangkan berbelanja di pasar malam yang banyak menggoda aku membeli yang tak perlu. Kalau desperate aku buat list brg perlu and stick to it strictly.
  3. Bila ada barang kering yang murah dan boleh disimpan lama aku borong. Kenapa? barang mcm nie mesti naik dan takkan turun. so, bila ada offer mcm minyak masak, toiletries, sabun basuh, dishwash memang beli in bulk. Lepas tu tolak untuk expenses next month set aside terus duit tu kat mana-mana (dlm tabung pun boleh). (Note: Benda banyak nie selalunya orang akan tibai pakai banyak-banyak sebab rasa ahh.. banyak lagi. So, untuk mengelakkan kejadian sedemikian, masukkan dalam bekas kecik untuk digunakan. Stok yang besar tu letak out of sight)
  4. Barang makanan dalam tin beli dalam packet kecik tapi banyak contoh susu pekat, sardin, jagung, button mushroom, etc. beli tin kecik dalam pack besar. Kenapa? Sebab kalau dah bukak takleh simpan dalam tin tu semula. Kalau nak beli yang besar boleh. Once dah bukak, transfer dalam bekas plastik kalau tak habis guna dan simpan dalam peti ais.
  5. Maintain my current body weight and size untuk kurangkan keperluan beli baju baru.
  6. Masak banyak sekali untuk few meals, pecah to small portion, freeze for 2-3 days. Jimat gas, bahan masakan dan yang penting masa.
  7. Buat air pun macam tu jugak, buat air satu jag besar, letak dalam botol besar. Saper nak amik dalam peti ais. Buat untuk bekal hb pi keje sekali terus masuk tumbler untuk esok. Satu botol kordial last longer dengan cara macam nie. 
  8. Tang nie, aku baru berangan, hopefully aku mampu. Buat sendiri frozen food stok kat rumah. especially untuk breakfast. Yang aku rasa boleh buat, karipap, pau, base pizza, etc.
  9. Kalau musim dapat daging merah banyak tu, potong kecik-kecik dna bahagi pada small portion untuk satu meal. Kalau nak senang lagi, dah potong tu, rebus jek semua baru bahagikan dan simpan dengan air rebusan tu sekali. Bila nak masak dah jimat gas sebab tak perlu masak terlalu lama daging tu.
  10. Hb pulak suka menyimpan syiling. Dia akan set aside setiap hari every penny yang ada dalam pocket dia kat dalam satu tabung besar yang takde tutup boleh buka. so, duit tu memang tak berusik lah sampai tabung tu penuh baru dia simpan dalam bank. tapi makan bulan jugka tabung tu nak penuh sebab aku belikan yang besar bagak punyer. hehe...
Tu jek lah yang aku rasa aku boleh share. Idea banyak, tapi aku rasa aku tak termampu nak buat lagi kot. Kalau aku dah mula buat, nanti aku share lagi. Korang ada idea share lah jugak.

Bila Takde Stok Santan

Al kisah semalam aku masak kari ikan mabong. Dah lama aku tak masak kari. Sebenarnya request hb yang dah bertanguh 3 hari... hehe... tiba harinya nak memasak baru aku perasan, santan yang terakhir telah selamat buat masak nasi lemak hari tu... hadoi, dah maghrib, bila tahun nak masak kalau nak pi beli santan. selalu aku akan tibai susu cair jek. Tapi susu cair pun dha habis. Nak pakai susu full cream dalam kotak tu macam funny pulak sebab susu tu cair. Tiba2 aku teringat whip cream lebih aku buat cheesecake hari tu ada sikit dalam setengah kotak (aku beli yg kotak kecik-kecik). Aku pun tibai jek masuk dalam kari tu. Gamble giler punyer kerja nie. Aku malas nak tanya mak aku, sebab kalau aku tanya mesti dia tak approve.

Finally, aku rasa takdelah pelik sangat rasanya. ok jek. hb pun kata sedap.. hehe... lenkali boleh buat stok emergency... lum try buat masak nasi jek whip cream tu.. letak whip cream nie kari tak pecah minyak macam santan pulak kalau overcook. cantik jugak lah...