Blog Martha Stewart antara blog yang telah membuka mata saya, yang perancangan yang teliti akan menghasilkan keputusan yang terbaik walaupun mungkin bukan yang paling sempurna. Saya suka melihat perspektif yang berbeza dari apa yang BIASA saya jumpa di kalangan rakan-rakan saya. Dalam soal ini, saya selalu teringat seorang pensyarah seni di UiTM di Shah Alam. Dia sangat passionate dengan hiasan rumah. Hampir setiap bulan dia akan mengubah suai rupa ruang tamu di rumahnya. Bagaimana saya tahu? Saya mengajar anak-anaknya tuisyen di rumahnya seminggu 2 kali. Apa yang saya kagum bukan lah semata-mata rajinnya dia menghias. Tapi cara dia mengubahsuai ruang itu tak memerlukan kos yang banyak. Tapi kesan ubahsuai tu membuat kita rasa macam full makeover dha dibuat pada ruang tu.
Serius, saya memang kagum. This kind of people should share their tips and idea with other people out there. Tapi selalunya orang kita nie agak kedekut ilmu sikit. Tak ramai antara kita yang willing untuk share simple but usefull tips macam yang saya dapat dari blogger-blogger luar negara. Kalau ada pun sangat minima. Harapan saya selepas ini akan lebih ramai di antara kita akan dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk kita kongsikan bersama di alam siber ini. Besarkan jurang komuniti kita. Berbangga dengan bahasa ibunda kita biar sampai orang luar harus memaksa diri belajar bahasa kita untuk dapat ilmu kita.
“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan
No comments:
Post a Comment