Blog ini sekadar cerita-cerita biasa dan perkongsian sebuah pengalaman kehidupan untuk rujukan bersama

Sunday, April 25, 2010

Facebook dan game...

Aku baru join main game kat face book nie.. mula2 xnak main sbb takut hooked... kan betul.. aku dah hooked denag Farmville.. yang lain x brp sangat.. sesekali jek menjengah... dah lama2 main nie, hari nie aku macam annoyed bila some player take it tooo seriously... it's just a game. ye laa mmg main pun xleh main2.. tapi rilek laa.. kije tak lak ko buat serius mcm tu.. dok buat silap jek sampai org rasa nak buang ko ko tak sedar... lantak ko lah... aku cuma nak meluah perasaan di pagi hari yg tak brp cerah nie... ptg karang nak pi meronda lah... hntr tender lagik.... pekena char kue tiau lagi best...

Sunday, April 11, 2010

Kopi Arabica dengan Susu Kambing

Orang kata ibu menyusu tak elok minum kopi atau nescafe banyak-banyak. Tapi aku tak peduli. Kenapa? I was raise with nescafe and coffee. How could I resist them... hehe.. alasan x boleh blah...

Ok aku nak citer pasal kopi nie pasal Liz pun pernah citer pasal kopi nie di sini. Actually aku suka nak citer ada dua sebab:

Yang pertama aku jatuh cinta pada hirupan pertama masa makan kat Taman Daya. Apa yang best sangat? Sebab rasanya susunya yang very creamy compare dengan instant kopi lain yang aku pernah try selain kelebihan khasiat susu kambing yang ada dalam kopi nie untuk ibu menyusu macam aku.

Yang kedua, aku baru dapat tau mana nak beli kopi nie, iaitu di Econsave Taman Daya yang baru dibuka (bila jgn tanya sbb aku pun baru tau dah bukak). Tapi bukan dalam Econsave Supermarketnya. Kat salah seuah kedai yang ada diluar Econsave tu. Nama kedai aku lupa pulak. Anyway, sesaper yang nak cuba kopi nie boleh beli sepeket dua dulu (harga RM1.50 sepeket. Harga peket besar aku lupa nak tengok sebab ingat nak beli lain kali so tak teringat nak tengok harganya.

Selamat mencuba.

Friday, April 9, 2010

Kelas Panduan Penyusuan Susu Ibu-Johor Bharu

Assalamualaikum,

Saya  jarang dapat maklumat tentang adanya kelas penyusuan lain selain yang dianjurkan oleh Sarakids. Justeru itu saya ingin berkongsi terutama kepada ibubapa dan bakal-bakal ibubapa di Johor Bahru.

Khas untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan ataupun bakal menimang cahaya mata dan ingin meyusukan anak anda, atau ibu-ibu yang masih hairan kenapa ibu-ibu menyusu nie sangat fanatik dengan khasiat susu ibu, silalah datang ke kelas penyusuan susu ibu anjuran SaraKids, Johor Bahru. Tarikh, masa dan tempat adalah :

Tarikh : 25hb April 2010
Masa : 9.00 a.m. - 1.00 p.m.
Tempat : Outlet Sarakids, Jalan Daya, Taman Daya, Johor Bahru.
Bayaran: RM200 per couple (dgn kawan pun boleh)
                 RM150 per person

Landmark ke Sarakids :

Terletak di deretan kedai sebelum sampai ke stesen minyak Esso yang juga terletak sebelum ke pintu gerbang utama ke Taman Setia Indah.

Direction dari Taman Adda Height, terus melalui sekolah kebangsaan taman daya 2, belok kiri di lampu trafik simpang tiga. Jalan terus hingga sampai di trafik light simpang empat, belok ke kanan dan terus masuk ke deretan kedai disebelah kiri.

Wednesday, April 7, 2010

Eksperimen

Korang mesti suspen kan.. eksperimen apa lak aku dok buat nie..

Eksperimen kesan pemakanan ke atas hasil tenusu harian.. hehe...

Ceritanya gini, pagi nie aku teringin nak minum Kacip Fatimah Power Root sbb dah lama tak minum.. tapi tak jadik sebab ternampak Jus kurma dgn tongkat ali by Power Root jugak. So, sambarlah jus kurma.. jus nie mmg best.. one my favourite. Aku angkut sekali teh kundur Yeo's (hajat nak amik sunnah minum air kundur sekaligus nak menambahkan kecerdasan ingatan aku yg teruk nie). Macam biasa rutin pagi ku memerah EBM untuk bekal Aiman esok. Selalunya semenjak Aiman mula makan nie, hasil EBM ku cuma cukup2 satu botol 5oz penuh (dlm 6oz) sekali perah. kalau ku buat 3 sesi pun akan dapat 2 btl setengah jek. Tadi, sekali perah aku dapat satu botol tiga suku lbh kurang 10oz which di kira lumayan untuk sekali perah sejak 2-3 bln nie.

Tengah harinya pulak aku nak singgahlah beli lagi jus kurma Power Root tu. Tp xde rezeki, tapi dpt pulak jus sengkuang cina Yeo's. Hati aku kata, "bolehlah, mana tau ada rezeki anak aku dapat perah lebih lagi jugak." Aku pun sambarlah jus sengkuang cina tu setin. Hasilnya, perahan aku bertambah juga. tapi tak banyak seperti pagi tadi.

Alhamdulillah hari nie dapat perah lebih sikit. Esok Aiman dapat minum susu lebih. Dia suka susu. Makcik aku cerita kalau dah makan pun mesti nak juga susu sikit. Suka minum susu macam jajan. Nak sikit tapi selalu. Kalau ada orang kata baby akan habiskan susu dalam botol walau brp banyak diisi, Aiman tak begitu. Dia akan minum berapa banyak dia nak dan berhenti sendiri bila dia taknak.

p/s: rindu nak balik peluk cium Aiman.

Monday, April 5, 2010

Beautiful Blogger Award goes to

Rule No. 1:
Thank and link the person that gave you the award
Tang mana yang beautiful pun aku tak pasti. Tapi tetaplah aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kat m-i-o atas award pertama dalam sejarah hidup aku sebagai blogger.


 Rule No. 2:
State 7 things about yourself
Tang yang nie aku tak sure nak story part mana, tapi aku try gak. So, here go the list:
1. Aku anak jati Johor yang dah terlekat xleh keluar dari negeri kelahiranku ini. Kenapa? Setelah bertahun-tahun aku try untuk keluar masih belum berjaya.

2. Aku suka kerja outdoor, tapi sekarang aku "terperangkap" dengan kerja in-door yg membosankan. ("kalaulah aku stay kat previous company kan best"). Tapi dah rezeki aku kat sini lebih baik, redha jek laa..

3. Aku sebenarnya suka menjahit dari aku kecik lagi.. sejak kat ofis x berapa ada kerja sangat aku dah mula menjahit semula (sikit-sikit jek). Tapi membaca lebih banyak memuaskan hati. Menjahit bila nak lepaskan tension sebab bila menjahit aku jadi macam absorb dekat jahitan tu aku leh lupa  problem lain.
4. Aku rindu thrill membina karier masa bujang dulu. Tapi sekarang aku fokus nak membina insan yang dah diamanahkan pada aku sekarang nie. Quite exciting, tapi takut tak tertanggung amanah yang besar itu.
5. Aku suka makan macam2. Tapi lately aku terpaksa layan selera orang lain dari layan tekak aku. Sebenarnya bosan dengan Malay food dan nak try mende lain, tapi ada orang x berapa pandai makan, so...layan....
6. Aku masih ada cita-cita yang tertangguh. Masih jauh lagi perjalanan itu rasanya. Harap sebelum umur pencen aku dah mencapainya.
7. Aku tak kisah anak aku nak jadi apa bila dia dah besar. Bagi aku yang paling penting dia membesar menjadi seorang insan yang soleh dan mendoakan aku dan bukan sekadar seorang manusia. Tak perlu jadi "orang besar-besar" tapi biarlah berjiwa besar.
Rule No. 3:
Pick another 15 blogger to receive this award: