Sunday, January 31, 2010

Wednesday, January 27, 2010

Help 1SuperKids To Grow, And Win Interesting Prizes!

Sesajer... nak invite anyone joining 1SuperKids... kalau minat menulis, boleh mula menulis for free kat sini, tengok perkembangan hasil karya anda di sini. Kalau nak menambah dan berkongsi ilmu tentang anak-anak dan keibubapaan pun ada di sini. Saya sudah... anda bila lagi.
_________________________________________________________________________________
Hi 1SuperKids fraternity!
Thank you for being such a great 1SuperKids supporter. Now that in order to encourage more members, more great stories shared, more warming touch here, 1SuperKids is launching a ‘Help-Me-To-Grow Campaign’.
help me to grow
What is Help-Me-To-Grow?
  1. Sign Up with 1Super Kids.
  2. Put the Help-Me-To-Grow badge on your blog.
  3. Blog about 1SuperKids Help-Me-To-Grow campaign in your very own, creative ways.
  4. Invite more friends and bloggers to sign up, join and share with other 1SuperKids family.
  5. Win great prizes!
 



Your Blogging Type Is Thoughtful and Considerate



You're a well liked, though underrated, blogger.

You have a heart of gold and are likely to blog for a cause.

You're a peaceful blogger - no drama for you!

A good listener and friend, you tend to leave thoughtful comments for others.


       

Tuntutlah ilmu dari dalam buaian sehingga ke liang lahad...

Hadis riwayat Al-Bukhari:
Al-Bukhari berkata, "Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Barangsiapa yang dikehendaki Allah kepadanya kebaikan, diberikan faham (pengertian) kepadanya dalam agama, dan hanya pengetahuan itu dengan belajar."

KETERANGAN
Hadith tersebut menerangkan bahawa berangsiapa yang dikehendaki Allah kepadanya akan kebaikan dunia dan akhirat, nescaya diberikan kepadanya fahaman atau pengertian dalam agama.

Orang yang betul-betul faham dalam agama dan dalam soal-soal yang berkenaan dengannya, dengan sepenuh-penuh faham hingga perasaan agamanya itu terlekat kuat di jiwanya, amatlah payah baginya memasukkan dirinya ke jurang kehinaan atau kejahatan dan kerana inilah ia akan berada di dalam keadaan yang selamat dan terpelihara dirinya dari segala maksiat.

Seterusnya Junjungan menyambung sabdanya, iaitu: "hanya pengetahuan itu dengan belajar" Ertinya; pengetahuan itu dapat dicapai dengan belajar bersungguh-sungguh. Ini menunjukkan bahawa Islam agama pelajaran dan pengetahuan biar apa jua jenis tak boleh dihasilkan kalau tidak dengan belajar, kerana itu, kalau mahu berpengetahuan belajarlah menurut kesempurnaan masing-masing. Jangan pedulikan apa-apa kesusahan di dalam usaha mempelajarinya. Hadapkanlah kepadanya dengan tenaga dan sepenuh kemahuan dalam lapangan 'ilmu agama dengan ilmu-ilmu lain yang berfaedah dunia dan akhirat.

Dipetik daripada kitab Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah terjemahan Mustafa Abdul Rahman.

p/s: Ada orang memandai-mandai kata keluar dakwah dgn tiada ilmu, Allah akan beri hidayah dengan tak perlu belajar. Apa pergi jalan masuk kampung orang bagi ceramah dgn xde ilmu boleh pandai tu datang sendiri ke? Apa hukum cakap macam tu kalau dikaitkan dengan hadis di atas? Sila renung-renungkan...
: sigh...

Sunday, January 24, 2010

Kehilangan... :mengenang Almarhum Sultan Iskandar

Patah tumbuh hilang berganti... tapi yang menggantikan apakah akan sama dengan yang telah hilang? Akan lebih baikkah, atau lebih terukkah? Hanya masa yang bakal menentukan...

Kemangkatan Sultan Iskandar sebenarnya agak menyentap di hati aku sebagai anak jati Johor. Bukan semata2 cinta rakyat pada pemimpin, tapi mengenangkan nasib bangsa Melayu di bumi Johor yang bertuah dan makmur nie.. dan yang lebih utama, kedudukan agama Islam dan akidah yang kukuh dipegang sejak mula Islam bertapak di bumi Melayu ini.

Di saat2 orang negeri lain sibuk x cukup serba-serbi, kami di sini masih boleh bersyukur dengan nikmat yang melimpah ruah. Di saat rakyat negeri lain, bersusah2 pindah sbb setinggan nak dirobohkan, setinggan di Johor masih mendapat belas ihsan sementara tunggu PPRT siap (walaupun yg dpt dah ada rumah sewa bersusun). Di saat "orang asing" boleh pijak2 bangsaku di negeri lain, Sultan yang satu nie x kasi can sikit pun, walau sekadar x pakai songkok dalam sidang Dewan. Di saat, ajaran yg bukan2 dari luar senang2 masuk dan tersebar tanpa dapat disekat (disekat pun kena komplen), Di sini masih kebal lagi kuasa JAIS di bawah naungan Almarhum...

Al-Fatihah untuk Allahyarham... sikit sangat media bercerita tentang Allahyarham banding masa kemangkatan Allahyarham sultan Selangor dulu.. tapi ku percaya Allah lebih tahu...

Thursday, January 21, 2010

Yang mana satu.....

Sungguh aku dalam dilema... aku nak menjimatkan pengeluaran untuk membeli dispo diaper (DD) dgn menggantikan dgn cloth diaper(CD). Buat masa ni aku dah ada 5 set CD dan 23 helai kain lampin dgn 2 helai cover pants.

Kalau ikutkan memang cukup untuk sehari. tp kalau basuh hari2, sempat ke na kering. tang insert tu yg kurang yakin. sbb insert lmbt kering kalau tak line dry kat matahari. cd cover pun lbh kurang walaupun cpt sikit kering. kalau machine wash mmg leh kering. tp saya getahnya cpt rosak pulak.. ke nak lanyak jek guna machine???? Atau perlukah ku melabur lagi dlm pembelian CD nie..

hasrat memang nak melabur lagi.. tapi ku dilema nak memilih brand yg mana pulak.. nak pilih yg lbh murah, ku tak pernah tgk brgnya depan mata, yg dah tgk tak memuaskan hati plak kualitinya. brand yg ada nie mmg puas hati setakat nie. sajer gatal nak try lain... kalau xde gak option lain yg lbh baik, stick to the same brand maybe.

Ohh... saper leh tolong bg review dan testimoni brand CD... x kira lah local or imported.. kalau boleh dgn harga... tqvm.... huhuhu....

Friday, January 8, 2010

Book Review – “Oh Tidak” Ezzah Fatin Jemain

Aku nak cerita pasal penulisnya dululah… apa yang menarik tentangnya? Orangnya lucu, seperti tulisannya juga (krn tulisan berunsur komedi maka penerbit memilh untuk menjadikan novelnya sebuah nomik). Keluarganya juga bagi saya secara peribadi, menarik. Bapanya adalah orang atasan saya, yang saya dah rasa macam bapa saya. Secara langsung saya kenal orang yang membentuk peribadi beliau. Secara tak langsung, saya tahu dari mana datangnya karektor beliau yang lucu itu. Dari cerita saya dengar, dia nie suka memasak. Tapi garang sikit.. kurang sabar meladeni kerenah orang terutama kanak-kanak (terkecuali adik sendiri).

Itu dari karektor penulis. Membaca kisah Liyana dalam “Oh, Tidak!” saya seperti menelusuri kisah diri penulis. Tapi itu bukan lah kisah sebenar. Cuma karektor LIyana itu sendiri seperti pantulan lefleksi penulis itu sendiri. Sukakan jalaj ceritanya kerana ia tidak mengheret remaja ke dunia fantasi yang bukan2. Ia Cuma cerita ringan dengan di selit unsure-unsur pengajaran yang juga ringan untuk pembaca remaja. Untuk ibubapa yang menyampah melihat anak remaja diheret ke dunia fantasi cinta yang penuh dengan unsure 18SX dan 18etc... Nomik ini adalah untuk anak-anak anda. Sesuai untuk semua umur dan golongan. Cadangan saya, make an English translation for it. Untuk Ezzah, buatlah sinambungan nomik nie. Semoga popularitinya akan menandingi nomik-nomik Jepun dan Inggeris yang hangat di pasaran sekarang.

Tuesday, January 5, 2010

Appraisal for 2010...

Cheh.. mcm best jek bunyinyerr... beria2 nak dgr kabo baik, dptlaa lebih sikit RM50... hampeh..

Apasal aku rasa menarik sangat citer psl appraisal nie. Oklaa.. Setelah lebih 2 thn aku dgn company Cap Kaki Tiga nie... (bg best sikit dr Company Cap Ayam m-i-o kay... ) buat pertama kali dalam sejarah aku sebagai pekerja, appraisal dan TNA di isi semahunya oleh pekerja bawahan itu sendiri bkn orang atasannya (sila tahan apa2 yang ada dalam mulut dan perut anda) selepas itu barulah immediate superior pekerja berkenaan akan review apa yg anda telah isikan.

Ya, pertama kali saya masuk company nie, adalah jugak perasaan blur*, kelakar* etc... apa pendapat anda?

Cerita-ceriti... wedding adik aku....


Family photo yang proper sikit.... amik masa wedding adik aku belah mak 2 (mak aku mak 1 nyerr yek). Sajerr... kalau takmemang payah nak amik gambar laki aku nie.... "abang, toksah laa fobia sangat nak amik gambar... abg ttp hencem di ati ayang... kui..kui.."


Nie si kecik dengan baju melayu dan saarung kepalanya. kalau tak kena gaya, sampai tutup mata ditariknya... dia dah kepanasan luar dan dalam psl lama sgt duduk. Nasib ku bawa pouch blh kendong dia selama yang dia nak sampai dia tidur dlm pouch tu. hahaha...


Adik aku dan suaminya... dpt adik ipar, mende pertama aku bgtau dia, ko tambah mak lg 2 org tau bkn sorang.. hahaha...



Abah masa sesi penyerahan seorang lagi anak daranya. Aku nengok makcik punyerlaa emo.. masa mak aku hari tu selambe rock jek dia baca.



 Nie bkn mak aku, nie maksu aku belah abah.



Haa.. nie baru mak aku. nie kat rumah lagi sblm pi majlis tu...

Gambar handphone laa... semua gelap gelita... redho jek laa yek....

Selamat Pengantin Baru dan Selamat melayari bahtera rumahtangga yang penuh gelora yang kadang2 very unsangkarable.... biar gelora, badai, karam jangan ye dik... muuaahhh...

Terkenang.... zaman sekolah....

Tadi ku singgah blog kengkawan (kwn ke kite m-i-o). whatever... Dok baca citer psl hari pertama sekolah.

Hari pertama aku bersekolah rendah dalam darjah satu mcm tak brp ingat sangat. Mungkin sebab aku dah biasa dgn pembelajaran formal semasa di tadika selama setahun, so aku x rasa pelik sangat.

Tang naik bas sekolah pun ku x berapa ingat, mngkin sbb senario naik bas awam dengan atuk dan mak aku pi pasar malam lebih menarik dari naik bas sekolah ramai2 dengan kwn2. Yang pasti, aku mesti dpt seat depan sbb aku yang terakhir dijemput dan yang terakhir dihantar balik.

Yang ku ingat, masa hari pendaftaran, mak aku daftarkan aku dan bawa ku masuk ke kelas untuk menyesuaikan diri dengan suasana kelas dan kawan2 baru. Mak aku carikan aku kawan, tanyakan nama, dan kenalkan aku pada kawan baru aku tu. Yang pasti kite org still akan ingat each other till now walaupun tak amceng giler.. nama dia Zulaikha.. tah kat mana laa dia sekarang.

Tang sekolah tadika, aku rasa tak byk beza dengan sekolah rendah. Masa tu atuk yang bawa aku pi daftar dekat tadika yang tak sampai sebatu dari rumah. Aku pi sekolah pun jalan kaki jek. Sesekali atuk akan hantar bila nak daftar dan bayar yuran bulanan. Paling tidak pun, atuk akan tunggu kat simpang sbb aku akan balik saing dengan jiran melayu (kwsn majoriti cina) yg rumahnya dekat simpang tu. "Manalah korang yek.." lama sungguh tak jumpa kengkawan lama.

Monday, January 4, 2010

Gila Meroyan..

Alkisah, Si A (bkn nama sebenar) ditinggalkan suaminya semasa dia mengandung. Bila dia bersalin, dia berasa amat2 tertekan hingga timbul rasaa menyesalatas perkahwinan dan kelahiran anaknya. Yang masih kuat dalam hatinya cuma keimanan dan rasa tanggungjawab pada amanah yang telah dilimpahkan padanya pada saat suaminya pula seolah2 lupa yang anak itu adalah tanggungjawab bersama mereka berdua. 

Mujur ada ibubapanya yang membantu menguruskan dirinya dan anaknya. Kerana telah berjanji pada dirinya yang dia akan menyusukan anaknya sendiri selepas melahirkan, dia berusaha keras untuk mengotakan janjinya pada anaknya itu. Dengan kehendak Allah, dari rasa yang tiada apa2 pada anak itu, rasa kasih mula timbul bila hari demi hari berlalu dia melihat anak itu membesar dengan air susu badannya. 

Ini hanya secebis kisah dimana postnatal depression boleh mempengaruhi tindak-tanduk kita sebagai ibu dan dimana penyusuan susu ibu adalah salah satu penawar semulajadi yang dikurniakan Allah untuk kita. Jadi, ibu-ibu sekalian, manfaatkanlah ia sebaik-baiknya untuk kita dan anak-anak kita.

Friday, January 1, 2010

Tahun Baru datang laagi...

Selamat tinggal 2009, selamat datang 2010.

Sesungguhnya 2009 tahun yang penuh dengan bermacam2 dugaan yang menguji keimanan aku sebagai ibu, isteri dan menantu... hihihi... semoga ia menguatkan aku untuk menghadapi 2010 yang serba tak pasti.

p/s: Nak post psl postnatal depression tak dan laagi... nanti2lah yek...

PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi.  Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...