Blog ini sekadar cerita-cerita biasa dan perkongsian sebuah pengalaman kehidupan untuk rujukan bersama

Sunday, February 28, 2010

Cloth Diaper baru.. sistem lama...

Hari nie nak citer pasal cloth diaper (CD) cover yang telah lama ku idam2kan. Mula-mula nak order econobum. tp stok xde. Yang ada cuma Flip System. Jadiklah daripada xde. Better actually sbb cover Flip nie ada flap kat hujung dgn pangkal utk elak leaking kat pinggan. so lepas nie boleh ku gayakan dengan kain lampin ku yang banyak x habis pakai. Sebelum nie ku ganukan diaper pant Anakku n Pureen. Tapi disebabkan xde getah di paha, selalu bocor dan kena seluar. So laundry bertambah. Ada juga guna pocket cd as cover. Sangat ok sbb tak bocor. Tu yang buat aku amik keputusan beli cover. Taknak kain lampin yang banyak tu terbazir camtu jek. Lagipun dapat save laagi banyak.

Aku jumpa Econobum dan Flip nie masa survey price CD sebab nak tambah stok CD dan nak cari CD yg lebih murah dari yang pernah ku beli. Bila dah terjumpa Flip dgn Econobum nie macam berminat pulak. Mungkin sbb harga satu cover Econobum nie lebih murah. Flip mahal sikit tapi datang dengan kelebihan lain berbanding Econobum, selain lebih pilihan warna. Econobum cuma datang dengan warna putih sahaja. Flip datang dengan tiga warna. Aku amik hijau dengan biru.

At the moment tgh dok habiskan stok dispo diaper yg dah tak muat dengan Aiman (xkan nak buang dispo pulak kan.. duit gak tu).

Lagi Kes Dera

Lagi kes dera di Malaysia. Aku tak tau secara detail. cuma malam tadi baru dapat dengar betul2. Kes yang memang sangat menyayat hati dan di luar batas akal untuk aku menerimanya.

Bagi aku dalam kes nie, datuk dan nenek paling bersalah sebab tak ambil budak tu untuk dijaga sepenuh masa setelah mengesyaki budak tu di dera. Takkanlah xleh nak tanya kat si emak pasal luka n lebam2 kat badan si anak. Lagi satu, tak boleh nak tegur ke anak dara awak tu buat kemungkaran dengan bersekedudukan dengan lelaki bukan muhrim. Tanggungjawab awak lepas bila suami anak awak ada. Bila suaminya dah takde, saper amik tanggungjawab tu? Saper kena tanya kat akhirat nanti?

Seterusnya si emak yang buta mata dan mata hati kerana percaya sangat kat teman lelakinya untuk menjaga anaknya (aku sendiri tak percaya laki aku jaga anak aku) xkan x tau orang tu panas baran. dah 6 thn beb kenal. Masalah mental tul laa si emak nie. Anak aku lebam sikit dah boleh perasan. apatah lagi kalau dah bengkak2 dan kena cucuh2 dgn puntung rokok. Sure laa lagi visible kan.

Yang si abang budak tu pun aku rasa xde rasa sayang kat adik tu. Kenapa? Aku pernah tengok kes bs dera budak nie (tp takat cubit2 sbb xnak berenti nangis). Tapi bs tu takut nak apa2kan si adik semasa si abang yang dah pandai cakap ada bersama. Dalam kes nie, si abang tak tau nak mengadu kat sesaper ke? Atuk ke, kawan2 rapat ke, jiran2 yang rapat ke?

Masyarakat keliling yang tersangat ignorant. Masa budak tu kena belasah mula2 kat padang kenapa xde orang yang tegur dan datang. Kenapa dah kena panggil tengok baru nak pi hantar kat hospital.

Dah tak tau nak cakap apa lagi. Sungguh tak masuk dek akal.

Thursday, February 25, 2010

Cerita-ceriti.. tahi mata buat inti....

apa aku merepek hari nie... ntah.. hari yang membosankan sekali lagi. rasa nak balik ambil aiman kat rmh baby sitter, golek2 dgn dia kat rumah... syok nyerr... x pun masak utk mlm  karang. leh mkn ramai2. laki aku balik nanti leh layan borak instead of sibuk mengemas dgn mandi pun x sempat.

heavennyerr kalau boleh buat kerja dari rumah. x kiralah makan gaji or what. pokoknya dari rumah. Boleh menyambil-nyambil buat kerja lain yg x kurang penting. Al-Maklum pangkat dah naik dari taraf anak dara ke isteri orang dan seterusnya ke mak orang. Maka tanggungjawab pun dah bertambah. Task on hand x siap, dah bertambah task lain.

wokeh, jom sambung melalut lain kali.....

Sunday, February 21, 2010

Membanding-bandingkan Anak-anak

Apa aku nak cerita nih? Sebenarnya aku tak menghadapi masalah besar sangat dlm hal nie. Sebab aku dah set dalam mind, every individual is unique and special in their own way. Orang yang selalu buat camnie, mula2 hb aku, pas tu mak aku. Nasib baik abah aku x buat.

Mula2 hubby aku buat aku sound direct, anak kite ada kebolehan sendiri dan tak perlu dibanding2kan dengan anak orang lain (in my case dia compare dengan anak adik dia). Since then dia x pernah lagi buat. Tang mak aku, aku kena bagi macam2 ayat lain sebab ayat tu tang memberi bekas kat dia. Aku memang tak suka bila anak aku dibandingkan dengan orang lain sebab aku sendiri tak suka diri aku dibandingkan dengan orang lain. 

So far anak aku baru nak merangkak. Orang tak pernah nampak dia menarik badan dia sebab dia cuma suka buat pape aktiviti fizikal bila aku dan orang2 yg dia trust ada dekat sahaja. Lain2 aktiviti hanya berguling2 dan meniarap dan menarik badan bila dia mahukan sesuatu. Tapi aku tau sejauh mana keupayaan dia walaupun orang lain tak nampak. Anak aku dah mula rajin bersuara. Memang rajin menegur dan ajak berbual asalkan orang layan dia. So far xde yang kite org paham. Tapi buat2 paham. Tapi kite org tau kalau dia panggil mak, abah dia.

My two cents, redha dan hargai setiap keupayaan dan kebolehan anak-anak kita supaya kurang inferiority  complex dan rasa rendah diri dalam diri anak-anak kita. Bila rasa rendah diri, boleh buat pun dia xnak buat sebab takut orang gelak, orang mengata, etc. Padahal tak salah. Cth.nya tak salah bertanya bertanya banyak, tapi orang kita terlalu disekat mindanya oleh orang2 tua yang melarang budak2 menyampuk bila orang lain bercakap. Instead of marah bila derang menyampuk, why not explain the right way to interupt utk generate dia skills to be creative.

Thursday, February 11, 2010

Camar yang terbang....

Membaca post m-i-o bertajuk Biarkan Merpati itu Terbang membuat aku terasa hiba. Akan tiba giliran aku suatu hari nanti. Seperti anak burung yang akan terbang jua dari sarangnya setelah belajar melebarkan sayapnya di angkasa, akan tiba masa untuk keluar dan meredah angkasa itu sendiri tanpa ibu dan bapanya di sisi untuk mengawasi.

Akan kuatkah aku... mampukah aku... walau pernah tinggal di asrama selama 4 tahun (2thn di SMSMr., 2 thn di UiTM) dan menyewa sendiri selama 3 tahun, berpisah dengan keluarga masih suatu yang asing. Akan tiba masanya nanti, anak burung itu akan terbang jua.....

Susu Ibu-Persediaan Sebelum bersalin

Nak cerita lagi setelah di fikir-fikir semula dan nak tambah apa yang patut di tambah sebagai persediaan untuk ibu yang nak menyusukan anak anda SEPENUHNYA dengan susu ibu. Yang tak nak sedia jek duit untuk susu formula. 
Antara persediaan untuk menyusukan susu ibu:

Persediaan mental:
  • Niatkan dalam hati kita nak menyusukan anak kita dengan susu badan sepenuhnya bermula selepas kita bersalin. 
  • Selalu berdoa dimudahkan jalan untuk melaluinya. 
  • Cari ilmu tentang penyusuan 
  • Ambil pengajaran dari pengalaman orang lain untuk menghadapi cabaran dalam penyusuan susu ibu.
  • pergi ke kelas2 penyusuan susu ibu sekiranya berpeluang.
  • bincang dan educate suami, ibu mertua, ibu sendiri, keluarga dan semua yang akan terlibat semasa dalam proses kita berpantang tentang penyusuan susu ibu.
 Persediaan fizikal
  • makan makanan berzat
  • belajar memerah munggunakan tangan atau sediakan pam (ada GH x benarkan guna pam elektrik di hospital)
  • jangan beli susu formula, puting tiruan dan puting botol.
  • sediakan baju yg memudahkan penyusuan spt nursing bra dan nursing tank atau baju butang depan
  • rancang dimana kita akan berpantang dan bagaimana kita akan membuat stok susu dan menyimpan sebelum mula bekerja semula.

Wednesday, February 3, 2010

Merapu laagiii.....

bila daa nak bunyik loceng balik nie..... ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ.......................................

Tuesday, February 2, 2010

Antara "pandai" dan "pandai-pandai"

Bila ada orang yang bukan ulama memberi ceramah sekadar menyedapkan telinga yang mendengar, jadilah "pandai-pandai". Paling sadis bila bercakap soal akidah dan qadha qadar tapi menyimpang dari hakikat sebenar qadha' qadar. Yang mendengar pula jahil dan terima bulat2 tanpa merujuk pada kitab dan nas yang sahih dan jelas. Ada nas yang sahih tapi x dihuraikan secara jelas dan diambil makna tersurat tanpa memahami makna tersirat yang sebenar. Susah nak cakap.. tapi byk sangat yang terbuku dan tak dapat dilepaskan dalam hati dan perasaan nie.. kalau diam jadiklah aku syaitan yang bisu....

Monday, February 1, 2010

Ruam lampin... pengalaman sendiri...

Assalamualaikum...

Tiba2 terasa nak share pasal topik nie. Anak aku mula kena ruam lampin masa dalam hari lagi. Mula2 aku perasan cuba merah2 jek.. bl dah lama mula naik bintik2. aku cuma cuba kurangkan dgn tukar lampin setiap kali dia kencing. Dlm kes aku, setiap kali menyusu (setiap 2 jam) aku akan tukar. Result? x berkesan...

MIL suruh guna tepung sagu. Aku try jek laa.. so far ok. sbb baby sentiasa kering jek, so xde laa teruk sgt rashesnya. last solution aku tukar lampin kain. So far setakat hari tu, itu yang berkesan.

Bila habis pantang, balik rumah mak aku, keep on dgn lampin kain. tp mak aku pakaikan gak dispo kdg2 sbb stok ada kat rumah. masa tu aku cuci najis baby guna air yg ku spray instead of guna wipes mcm masa dlm pantang. Results are amazing. Rashes dah makin kurang n aku dah boleh campur dispo n lampin kain. Masa tu aku cuti, so siang aku guna kain, mlm nak tido jek aku tukar dispo. so bgn utk nyusu jek laa..

Kesimpulan yang boleh aku buat:

- cuci najis baby dengan air sepersih2nya (walaupun najis bayi llki yg full bf blh percik air2-JANGAN) utk mengelakkan pembiakan bakteria akibat najis yg x bersih sepenuhnya.
- elakkan guna terlalu banyak chemical utk mencuci najis (wipes mengandungi chemical antibac yg mungkin x sesuai utk  kulit bayi - kes aku-anak aku alah).
- kalau boleh, kurangkan guna dispo diaper. gunalah lampin kain. (x susah mana pun basuh baju n lampin baby-bkn dia main kotor mcm bdk dah bsr).