Monday, March 28, 2011

Sunday, March 27, 2011

Aku kecewa kerna...

Korang nampak tak apa yang buat aku frust guling2... yee... harapan nak dapat silcone bakeware percuma sudah terkubur.. kalau jauh aku tak ralat sangat. meula dah 265,264.. aku tekan reload, terus keluar 265,266. Cer bayang tahap kekecewaan aku tuh.. takpe lah takde rezeki kali nie. dulu dah dpt fridge magnet dengan pen and key-chain dr AUS.. oklah.. kasi can org lain..

Friday, March 25, 2011

Lagi pasal cikgu..

Teringat dialog dalam drama Gemilang hari Isnin kelmarin. Dah lama nak cerita tapi tertangguh.

Dialog perbualan antara Saifullah dengan anak gurunya (aku lupa nama dlm drama tu).

Antara dialog anak cikgu tu adalah,"Aku ingat ko kerja bidang profesional macam lawyer, dokter, etc. paling tidak pun engineer macam aku." Nie lebih kurang lah tak exactly apa yang dia sebut. Walaupun aku bukan seorang cikgu, tapi aku sangat pissed off dgn statement tu. Apa cikgu tu bukan bidang profesional ke? Jadi cikgu kena ada ilmu psikologi, ada empati, ada karisma, selain kepakaran dalam bidang yang dia ajar. dia juga perlu ada pengetahuan am dan kaitan apa yang dia ajar dengan isu semasa untuk menjadikan subjek yang dia ajar tu menarik minat pelajar dia, dan pelajar dia akan nampak yang dia belajar subjek tu akan ada manfaat lain yang ada kaitan dengan kehidupan harian.

Sekian bebelan yang tak seberapa. Aku tak jadi cikgu bukan kerana aku merendahkan profesion guru. Aku tak jadi cikgu sebab aku tahu betapa tingginya martabat dan tanggungjawab yang terletak di bahu seorang guru.

Thursday, March 24, 2011

Buletin Utama mlm tadi - 23 Mac 2011

Aku nak komen benda nie pasal mak aku komen dan aku rasa aku bersetuju 100% dengan pendapat dia. Malam tadi, dalam satu majlis ke apa aku tak pastilah. Seorang perdana menteri nie berilah ucapan sebagai wakil rakyat dia untuk rakyat Jepun yang mengalami bencana di sana dalam bahasa Inggeris. Yang buat mak aku bengang sangat adalah bila wakil kedutaan Jepun sendiri memberi ucapan dalam bahasa kebangsaan negara perdana menteri tu. Mak aku yang rasa malu dan bengang, aku tak tau perdana menteri tu rasa apa? Tapi dari pemerhatian aku dia memang tak suka menggunakan bahasa ibunda dia sendiri. Malu agaknya.

Seriusly, aku rasa kesal dan kalau blog nie kena banned sebab posting nie pun aku tak rasa kesal sebab ia adalah benar. Siapa lagi yang lebih layak mendaulatkan bahasa ibundanya kalau mereka sendiri. Takkan nak harap bangsa lain yang mendaulatkan bahasa ibunda sendiri kalau bangsa sendiri tak mahu mendaulatkannya.

Thursday, March 17, 2011

Apa yang saya dapat dengan makan gaji (selain gaji)?

Terpanggil dengan artikel Mommy Lyna di sini, aku rasa nak bagitau sesaper yang rasa dia terpukul dan tercabar dengan kata-kata orang yang merendah-rendahkan kita golongan yang terpaksa makan gaji nie. Kita tak hina mana banding dengan orang yang makan duit orang lain tanpa sebarang usaha.

Sepanjang hidup aku rasanya sebahagian besar rezeki yang aku dapat dari titik peluh aku sendiri adalah dari hasil makan gaji. Bermula dengan kerja pertama sebagai guru tuisyen, kemudian jadi jurujual kain sementara, kerani cabuk selama sebulan dan seterusnya lagi yang macam-macam aku dah buat walaupun tak berkadar langsung dengan kelayakan dan kemahiran aku.

Secara puratanya aku masih mendapat kepuasan. Kepuasan melihat hasil jualan yang meningkat seiring dengan kemahiran komunikasi yang menigkat. Kualiti kerja yang meningkat seiring dengan jerit herdik majikan aku yang tak pernah jemu mengajar pekerjanya nilai sebuah industri berbanding nilai gaji yang kita dapat setiap bulan. Itu semua kepuasan yang tak boleh dijual beli dengan wang ringgit walaupun dibandingkan dengan pulangan yang kita dapat dari segala penat jerih makan gaji itu sendiri.

Hari ini aku kembali ke kerusi kerani cabuk semula. Bukan kerana tak boleh dapatkan kerja yang lebih baik sesuai dengan jiwa aku. Aku cuma mengambil masa untuk membina SESUATU semula untuk mendapatkan momentum sebagaimana aku yang dulu. Ada yang perlu dipertajamkan, ada tanggungjawab lain yang datang sekali dengan segala impian itu. Jadi aku harus mengatur perjalanan ini dengan lebih berhati-hati. Kalau dulu risikonya hanya aku yang akan menanggung. Kali ini ada orang lain yang akan mendapat tempias kalau aku terislap langkah.

Semoga perjalanan aku akan diberi petunjuk walau sesusah mana pun ia.

Tuesday, March 8, 2011

Cikgu kita hari ini...

Disclaimer: Entry ini tidak menghukum mana-mana institusi perguruan atau sistem pendidikan di negara kita. Juga ia tidakmenghukum semua guru yang berkhidmat di negara kita kerana ibu saya dan ramai lagi saudara-mara saya yang juga seorang guru. Sesungguhnya menjadi anak seorang guru menjadikan saya lebih hormat dan lebih tahu penat jerih seorang guru walau mereka hanya hadir ke sekolah setengah hari dalam sehari.

Seawal selepas subuh lagi seorang guru dah bersiap untuk mengejar bas pertama untuk ke sekolah demi amanah yang telah diterimanya usai menerima tauliah seorang guru. Walaupun ada yang culas datang kelas dah pukul 8.00 pagi walaupun kelas bermula 7.30 pagi, tapi nak pulak balik pukul 1.00 petang macam yang datang pukul 7.00 pagi. Bukan ke yang masuk pukul 8.00 nie patut balik pukul 4.00 ptg sbb dia nak rasa macam kerja ofis.

Lewat malam seorang guru masih lagi bersengkang mata dengan buku sekolah murid, laporan mengajar, buku keputusan periksa, kertas ujian, etc. Ada juga yang pukul 9 dah tido. Lagi hebat, macam orang kerja ofis boleh lepak kat luar berhibur sampai lupa esok pagi nak kena bangun pagi nak pergi mengajar.

Ada guru sandaran yang merayu-rayu minta disambung kontrak dan diserap jadi guru tetap setelah berpenat-lelah menyumbang tenaga dan keringat mendidik anak bangsa tanpa kira gaji yang terhad dan tiada overtime walaupun kena datang kerja hari Sabtu dan Ahad.Tapi ada juga guru lepasan KPLI yang masih merungut gaji kecil yang kononnya tak setimpal dengan kelulusan ijazah yang dimiliki. Korang nie sedar tak kalau tak dapat KPLI, korang takkan dapat gaji macam tu kalau kerja dengan swasta. Silap hari bulan jadi kerani cabuk kat company cap ayam itik. Jadi bersyukurlah dan berkhidmatlah dengan ikhlas walaupun setakat mengajar darjah 3.

PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi.  Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...