Terpanggil dengan artikel Mommy Lyna di sini, aku rasa nak bagitau sesaper yang rasa dia terpukul dan tercabar dengan kata-kata orang yang merendah-rendahkan kita golongan yang terpaksa makan gaji nie. Kita tak hina mana banding dengan orang yang makan duit orang lain tanpa sebarang usaha.
Sepanjang hidup aku rasanya sebahagian besar rezeki yang aku dapat dari titik peluh aku sendiri adalah dari hasil makan gaji. Bermula dengan kerja pertama sebagai guru tuisyen, kemudian jadi jurujual kain sementara, kerani cabuk selama sebulan dan seterusnya lagi yang macam-macam aku dah buat walaupun tak berkadar langsung dengan kelayakan dan kemahiran aku.
Secara puratanya aku masih mendapat kepuasan. Kepuasan melihat hasil jualan yang meningkat seiring dengan kemahiran komunikasi yang menigkat. Kualiti kerja yang meningkat seiring dengan jerit herdik majikan aku yang tak pernah jemu mengajar pekerjanya nilai sebuah industri berbanding nilai gaji yang kita dapat setiap bulan. Itu semua kepuasan yang tak boleh dijual beli dengan wang ringgit walaupun dibandingkan dengan pulangan yang kita dapat dari segala penat jerih makan gaji itu sendiri.
Hari ini aku kembali ke kerusi kerani cabuk semula. Bukan kerana tak boleh dapatkan kerja yang lebih baik sesuai dengan jiwa aku. Aku cuma mengambil masa untuk membina SESUATU semula untuk mendapatkan momentum sebagaimana aku yang dulu. Ada yang perlu dipertajamkan, ada tanggungjawab lain yang datang sekali dengan segala impian itu. Jadi aku harus mengatur perjalanan ini dengan lebih berhati-hati. Kalau dulu risikonya hanya aku yang akan menanggung. Kali ini ada orang lain yang akan mendapat tempias kalau aku terislap langkah.
Semoga perjalanan aku akan diberi petunjuk walau sesusah mana pun ia.
Cerita-ceriti kehidupan seorang insan yang masih bertatih mengharung kehidupan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan sus...
-
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Dulu -dulu aku tak suka beli karipap kat luar. Kenapa? Sebab rasanya tak sama dengan yang mak aku selalu buat. Karipap mak comel, rapuh, pen...
No comments:
Post a Comment