Alkisah, Si A (bkn nama sebenar) ditinggalkan suaminya semasa dia mengandung. Bila dia bersalin, dia berasa amat2 tertekan hingga timbul rasaa menyesalatas perkahwinan dan kelahiran anaknya. Yang masih kuat dalam hatinya cuma keimanan dan rasa tanggungjawab pada amanah yang telah dilimpahkan padanya pada saat suaminya pula seolah2 lupa yang anak itu adalah tanggungjawab bersama mereka berdua.
Mujur ada ibubapanya yang membantu menguruskan dirinya dan anaknya. Kerana telah berjanji pada dirinya yang dia akan menyusukan anaknya sendiri selepas melahirkan, dia berusaha keras untuk mengotakan janjinya pada anaknya itu. Dengan kehendak Allah, dari rasa yang tiada apa2 pada anak itu, rasa kasih mula timbul bila hari demi hari berlalu dia melihat anak itu membesar dengan air susu badannya.
Ini hanya secebis kisah dimana postnatal depression boleh mempengaruhi tindak-tanduk kita sebagai ibu dan dimana penyusuan susu ibu adalah salah satu penawar semulajadi yang dikurniakan Allah untuk kita. Jadi, ibu-ibu sekalian, manfaatkanlah ia sebaik-baiknya untuk kita dan anak-anak kita.
Cerita-ceriti kehidupan seorang insan yang masih bertatih mengharung kehidupan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan sus...
-
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, aku nak jual kuih raya. Kuih raya ni kalau ikut tekak aku dan family aku me...
No comments:
Post a Comment