- Memasak guna non-stick pan atau stainless steel sbb ianya tak perlu guna minyak banyak dan tak banyak guna gas. Api besar masa nak panaskan periuk dan minyak jek, pas tu maintain api kecik.
- Nak jimat garam, masukkan garam di akhir masakkan. sebab kadang rasa bahan-bahan lain dah buat masakan tu cukup sedap tanpa perlu banyak garam. Terutama kalau masak kentang, masak bubur sebab benda-benda nie serap baanyak garam. Bila letak last, kurang sikit serap garam dan kurang sikit risiko darah tinggi.
- Nak guna lada giling, bawang kisar, rempah etc. prepare banyak-banyak sekali. bila nak masak kita sebenarnya pakai tak berapa banyak pun sebenarnya. Kalau tumbuk bawang sebiji ke setengah ke kdg2 sampai layu bawang tu dlm peti ais. Halia dan bawang putih boleh buat. tapi bau dan anti-oxidant benefitnya akan reduce kalau buat macam nie.
- Kalau nak panaskan lauk, aku suka masuk dalam bekas tahan panas yang ngam-ngam portion lauk tu, dan masukkan dalam kukus banyak2. Kalau korang ada kukus bertingkat tu lagi bagus kukus jek lauk-lauk tu semua. Jimat gas, lauk pun tak kering. Kalau nasi tak berkerak. Taang kerak pun boleh lembut dan dimakan.
- Masak air dalam periuk besar kalau korang spesis rumah takde water-filter macam aku (sebab dah rosak) pun untuk jimat gas dan masa.
- Daging merah dipotong dan direbus semua sekali dan dibahagi pada portion kecil sebelum disimpan dalam freezer. Bila masak, tak perlu lama-lama sangat nanti.
- Santan kalau beli fresh, bahagikan small portion untuk elak dibekukan semula kalau tak habis. Paling mudah, masa beli tu terus penjual tu bagi satu plastik, satu biji santan. Balik terus simpan freezer.
- Butter n coklat bar kalau nak buat kuih, sagat jek untuk kasi cepat lembut. Jimat masa.
Cerita-ceriti kehidupan seorang insan yang masih bertatih mengharung kehidupan...
Tuesday, February 22, 2011
Tips jimat semasa memasak.
Nie entry sajer-sajer.. ada tips yang dah macam ulang tayang.. sila layan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan sus...
-
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, aku nak jual kuih raya. Kuih raya ni kalau ikut tekak aku dan family aku me...
No comments:
Post a Comment