Blog ini sekadar cerita-cerita biasa dan perkongsian sebuah pengalaman kehidupan untuk rujukan bersama

Monday, February 7, 2011

Bila Takde Stok Santan

Al kisah semalam aku masak kari ikan mabong. Dah lama aku tak masak kari. Sebenarnya request hb yang dah bertanguh 3 hari... hehe... tiba harinya nak memasak baru aku perasan, santan yang terakhir telah selamat buat masak nasi lemak hari tu... hadoi, dah maghrib, bila tahun nak masak kalau nak pi beli santan. selalu aku akan tibai susu cair jek. Tapi susu cair pun dha habis. Nak pakai susu full cream dalam kotak tu macam funny pulak sebab susu tu cair. Tiba2 aku teringat whip cream lebih aku buat cheesecake hari tu ada sikit dalam setengah kotak (aku beli yg kotak kecik-kecik). Aku pun tibai jek masuk dalam kari tu. Gamble giler punyer kerja nie. Aku malas nak tanya mak aku, sebab kalau aku tanya mesti dia tak approve.

Finally, aku rasa takdelah pelik sangat rasanya. ok jek. hb pun kata sedap.. hehe... lenkali boleh buat stok emergency... lum try buat masak nasi jek whip cream tu.. letak whip cream nie kari tak pecah minyak macam santan pulak kalau overcook. cantik jugak lah...

No comments: