Sunday, September 19, 2010

Untuk Peminat Dodol

Sempena Hari Raya yang dah berlalu, aku nak promote dodol yang aku dah langgan semenjak 4 tahun yang lalu.  Setelah 4 tahun, aku rasa aku patut share betapa sedapnya dodol yang aku dapat dari Melaka nie.

Dodol nie aku dapat secara kebetulan bila sorang kawan sekerja aku cerita yang mak dia buat dodol. Aku memang peminat dodol. Family aku pun peminat dodol. Aku pun order lah sekilo nak try. Sejak dari hari tu, setiap tahun aku takkan miss beli dodol dari dia.

Tahun nie aku order 5 kg dari dia. Sorang kawan ofis aku turut order sekilo. Yang lain konon tak minat dodol. Hari nie aku bawa poton dan letak kat ofis.. laju jek habis. Aku rasa aku nak try jual dodol nie lah.

Apa istimewanya dodol nie? Mestilah kelembutan dan kelikatannya yang masih umph walaupun dah lebih seminggu di masak. Tak macam kebanyakan dodol yang aku makan... maaf cakap, memanglah manis. tapi manis gula pasir, tak lemak, keras pulak tu... memanglah spoil taste bud aku yang hantu dodol nie...

Nak bagi rasa takleh pulak... tapi korang boleh tengok betapa lembunya dodol kesukaan aku nie...

Nie gambar awal... tu dah kena cekut dengan orang tak pose yang tak sabar nak rasa... hehe...

Nie pulak gambar selepas aku tegakkan bekas tu.. dodol tu jatuh sendirik tau.. aku tak tekan tak usik pape pun... dah lepas cuti raya pun dodol tu masih lembut lagi tau... dodol nie dah sampai JB hari Ahad.. aku dapat hari Isnin. Masih kick lagi rasanya sampai lah ke hari nie...

Aku nak jual, harga sekilo RM25. Sekilo satu bekas 4 segi dalam gambar kat atas tu. Korang rasa ok tak? Please comment... sebarang cadadngan adalah dialu-alukan..

2 comments:

fana said...

salam...hye..i pon org jb...btw, mane u order ye dodol tu...cam best je..i igt nk beli utk doorgift majlis kawin nnt...if u dont mind, can u share....anything, pls email me k..lil_frinksh@yahoo.com

Unknown said...

Masa raya je je dia buat? Skg ni tgh ngidam dodol... leh dpt kan ke?

PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi.  Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...