Hari nie selepas lebih 5 tahun aku melahirkan dan menyusukan dua org heroku.. yang pertama wean off genap 4 tahun. yang kedua belum berhenti lagi...*tengah fikir macam mana nak suruh berhenti**** . Hari ini aku terfikir untuk bincang pasal masalah yang buat sesetengah ibu tak dapat menyusukan anak-anak mereka.
Aku terfikir pasal nie bila masa anak kedua susu aku drop sebab demand tak konsisten dek kerana schedule demand yang berubah2 dek kerana syif kerja yang berubah2. Masalah ini berlaku pada ibu2 yang kerja syif sebab waktu rehat setiap hari tak sama. waktu bersama anak pun berubah2. Jadi waktu memerah juga akan turut berubah. Bila perkara ini berlaku, supply menyusut, ibu2 ini mula stress dan susu yang sikit makin menyusut kerana stress.
Lagi satu masalah bila si ibu saja yang nak bagi susu ibu, tapi si bapa tak support langsung dan kata menyusahkan. Untuk ibu2 yang tak berapa kuat semangat kadang2 perkara macam nie blh mebantutkan penyusuan susu ibu. Kadang2 suri rumah lebih susah nak bagi susu ibu dari ibu yang bekerja. Rasa macam pelik, tapi ia berlaku. Kenapa? Hanya yang jadi suri rumah jek yang faham.
Kemudian pada ibu2 tunggal dan ibu tinggal. Mereka nie laagi lah stress, takde support, xde pendapatan yang cukup. xde ilmu nak memerah secara manual dan lebih teruk takde tempat nak mengadu. Ditambah pula nak menjaga anak2 lain yang turut memerlukan perhatian.
Apa yang nak saya simpulkan ialah saya nak bagi pandangan sebagai salah seorang pembantu rakan susu ibu (MBfPC). Kita perlu ada empati sebelum memberi solusi. Siapa kita untuk menghukum orang lain. Kalau kita dalam kasut dia pun rasa kita tak sama dengan rasa sia sbb saiz kasut masing2 berbeza.