Salam,
Setelah sekian lama aku tak berblogging. Hari nie aku sajer nak cerita pasal Raya tahun nie. Untuk sekian kalinya aku buat kuih untuk raya. Last aku buat kuih untuk raya adalah masa anak dara. Tahun lepas ada cuba buat, tapi tak menjadi. Akhirnya tahun nie aku nekad buat sebab barang beli tahun lepas banyak lagi.
Finally, aku berjaya buat kek kukus buah, biskut cornflake, dengan biskut oat. Anak aku yang sulung sibuk menunggu kek dengan biskut tu siap bakar. Keluar jek dari oven dia yang rasmi dulu.
Hari Raya tahun nie aku beraya kat Johor jek. Suami aku kerja. So, aku dok rumah jek. Lepas makan ketupat pagi raya baru pi jalan beraya rumah sepupu-sepupu aku. Kalau ada pasport nanti mungkin panjang sikit langkah aku sbb kat seberang tambak sana pun raamai lagi sedara aku.
Tu jeklah cerita raya aku. Sesaper nak beraya rumah aku datang jek bila2. Kalau call awal leh lah aku prepare lebih sikit. Kalau tak aku masak yang segera jek laa.. Sesaper yang biasa datang rumah aku tau laa. hehe..
Last but not least...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN
Dari Nad, Ali, Aiman dan Hamzah.....
Cerita-ceriti kehidupan seorang insan yang masih bertatih mengharung kehidupan...
Friday, August 17, 2012
Friday, June 15, 2012
Kuih Raya 2012
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, aku nak jual kuih raya. Kuih raya ni kalau ikut tekak aku dan family aku memang sedap. Kami sekeluarga dah 3 tahun beli kuih raya dengan pengeluar yang sama nie. Jadi, aku nak share lah kelazatan kuih raya nie dengan kawan kawan dan pembaca semua. Kalau nak order boleh telefon jek 012 7967079.
Almond Truffle Penuh Bekas @ 46 pcs RM 18.00 |
Chocolate Rice Shortbread Botol besar @ 65 pcs RM 24.00 |
Almond London Botol kecil @ 46 pcs RM 18.00 |
Toasted Coconut Botol besar @ 55 pcs RM 24.00 |
Honey Japanese Choc Botol penuh @ 47 pcs RM 27.00 |
Frutty Nutty Cookies Botol kecil @ 40 pcs RM 18.00 |
Floral Hazellicious Botol kecil @ 47 pcs RM 18.00 |
Floral Choc Chip Botol besar @ 80 pcs RM 24.00 |
Cornflake Peanut Bar Botol besar @ 59 ps RM 24.00 |
Chip Chipsmore Cookies Botol kecil @ 55 pcs RM 13.00 |
Turkish Rainbow Crystal Botol kecil @ 50 pcs RM 18.00 |
Cashewnut Sugee Botol Kecil @ 50 pcs RM 18.00 |
Sunday, June 10, 2012
Kerjaya Baru
Kepada yang dah tahu, mungkin tahu serba sedikit cerita baru aku. Aku baru sahaja berhenti kerja dari The Store, Plaza Sentosa setelah genap 6 bulan bergelar pembantu jualan.
Kerja yang bagi permulaan karier yang bagus untuk anak-anak bangsa kita yang nak menggilap keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi dengan orang asing. Untuk orang macam aku ia hanya satu stepping stone untuk aku warm up diri aku setelah beberapa lama tidak bekerja. Sekarang aku nekad untuk menumpukan perhatian pada kerjaya baru aku dan anak-anak aku. Mudah-mudahan akan ada rezeki untuk aku di sini. Harapan aku juga ia akan dilimpahi keberkatan dan memberi lebih kepuasan.

Subscribe to:
Posts (Atom)
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan sus...
-
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, aku nak jual kuih raya. Kuih raya ni kalau ikut tekak aku dan family aku me...