Tuesday, February 2, 2010

Antara "pandai" dan "pandai-pandai"

Bila ada orang yang bukan ulama memberi ceramah sekadar menyedapkan telinga yang mendengar, jadilah "pandai-pandai". Paling sadis bila bercakap soal akidah dan qadha qadar tapi menyimpang dari hakikat sebenar qadha' qadar. Yang mendengar pula jahil dan terima bulat2 tanpa merujuk pada kitab dan nas yang sahih dan jelas. Ada nas yang sahih tapi x dihuraikan secara jelas dan diambil makna tersurat tanpa memahami makna tersirat yang sebenar. Susah nak cakap.. tapi byk sangat yang terbuku dan tak dapat dilepaskan dalam hati dan perasaan nie.. kalau diam jadiklah aku syaitan yang bisu....

Monday, February 1, 2010

Ruam lampin... pengalaman sendiri...

Assalamualaikum...

Tiba2 terasa nak share pasal topik nie. Anak aku mula kena ruam lampin masa dalam hari lagi. Mula2 aku perasan cuba merah2 jek.. bl dah lama mula naik bintik2. aku cuma cuba kurangkan dgn tukar lampin setiap kali dia kencing. Dlm kes aku, setiap kali menyusu (setiap 2 jam) aku akan tukar. Result? x berkesan...

MIL suruh guna tepung sagu. Aku try jek laa.. so far ok. sbb baby sentiasa kering jek, so xde laa teruk sgt rashesnya. last solution aku tukar lampin kain. So far setakat hari tu, itu yang berkesan.

Bila habis pantang, balik rumah mak aku, keep on dgn lampin kain. tp mak aku pakaikan gak dispo kdg2 sbb stok ada kat rumah. masa tu aku cuci najis baby guna air yg ku spray instead of guna wipes mcm masa dlm pantang. Results are amazing. Rashes dah makin kurang n aku dah boleh campur dispo n lampin kain. Masa tu aku cuti, so siang aku guna kain, mlm nak tido jek aku tukar dispo. so bgn utk nyusu jek laa..

Kesimpulan yang boleh aku buat:

- cuci najis baby dengan air sepersih2nya (walaupun najis bayi llki yg full bf blh percik air2-JANGAN) utk mengelakkan pembiakan bakteria akibat najis yg x bersih sepenuhnya.
- elakkan guna terlalu banyak chemical utk mencuci najis (wipes mengandungi chemical antibac yg mungkin x sesuai utk  kulit bayi - kes aku-anak aku alah).
- kalau boleh, kurangkan guna dispo diaper. gunalah lampin kain. (x susah mana pun basuh baju n lampin baby-bkn dia main kotor mcm bdk dah bsr).

Sunday, January 31, 2010

Wednesday, January 27, 2010

Help 1SuperKids To Grow, And Win Interesting Prizes!

Sesajer... nak invite anyone joining 1SuperKids... kalau minat menulis, boleh mula menulis for free kat sini, tengok perkembangan hasil karya anda di sini. Kalau nak menambah dan berkongsi ilmu tentang anak-anak dan keibubapaan pun ada di sini. Saya sudah... anda bila lagi.
_________________________________________________________________________________
Hi 1SuperKids fraternity!
Thank you for being such a great 1SuperKids supporter. Now that in order to encourage more members, more great stories shared, more warming touch here, 1SuperKids is launching a ‘Help-Me-To-Grow Campaign’.
help me to grow
What is Help-Me-To-Grow?
  1. Sign Up with 1Super Kids.
  2. Put the Help-Me-To-Grow badge on your blog.
  3. Blog about 1SuperKids Help-Me-To-Grow campaign in your very own, creative ways.
  4. Invite more friends and bloggers to sign up, join and share with other 1SuperKids family.
  5. Win great prizes!
 



Your Blogging Type Is Thoughtful and Considerate



You're a well liked, though underrated, blogger.

You have a heart of gold and are likely to blog for a cause.

You're a peaceful blogger - no drama for you!

A good listener and friend, you tend to leave thoughtful comments for others.


       

Tuntutlah ilmu dari dalam buaian sehingga ke liang lahad...

Hadis riwayat Al-Bukhari:
Al-Bukhari berkata, "Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Barangsiapa yang dikehendaki Allah kepadanya kebaikan, diberikan faham (pengertian) kepadanya dalam agama, dan hanya pengetahuan itu dengan belajar."

KETERANGAN
Hadith tersebut menerangkan bahawa berangsiapa yang dikehendaki Allah kepadanya akan kebaikan dunia dan akhirat, nescaya diberikan kepadanya fahaman atau pengertian dalam agama.

Orang yang betul-betul faham dalam agama dan dalam soal-soal yang berkenaan dengannya, dengan sepenuh-penuh faham hingga perasaan agamanya itu terlekat kuat di jiwanya, amatlah payah baginya memasukkan dirinya ke jurang kehinaan atau kejahatan dan kerana inilah ia akan berada di dalam keadaan yang selamat dan terpelihara dirinya dari segala maksiat.

Seterusnya Junjungan menyambung sabdanya, iaitu: "hanya pengetahuan itu dengan belajar" Ertinya; pengetahuan itu dapat dicapai dengan belajar bersungguh-sungguh. Ini menunjukkan bahawa Islam agama pelajaran dan pengetahuan biar apa jua jenis tak boleh dihasilkan kalau tidak dengan belajar, kerana itu, kalau mahu berpengetahuan belajarlah menurut kesempurnaan masing-masing. Jangan pedulikan apa-apa kesusahan di dalam usaha mempelajarinya. Hadapkanlah kepadanya dengan tenaga dan sepenuh kemahuan dalam lapangan 'ilmu agama dengan ilmu-ilmu lain yang berfaedah dunia dan akhirat.

Dipetik daripada kitab Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah terjemahan Mustafa Abdul Rahman.

p/s: Ada orang memandai-mandai kata keluar dakwah dgn tiada ilmu, Allah akan beri hidayah dengan tak perlu belajar. Apa pergi jalan masuk kampung orang bagi ceramah dgn xde ilmu boleh pandai tu datang sendiri ke? Apa hukum cakap macam tu kalau dikaitkan dengan hadis di atas? Sila renung-renungkan...
: sigh...

Sunday, January 24, 2010

Kehilangan... :mengenang Almarhum Sultan Iskandar

Patah tumbuh hilang berganti... tapi yang menggantikan apakah akan sama dengan yang telah hilang? Akan lebih baikkah, atau lebih terukkah? Hanya masa yang bakal menentukan...

Kemangkatan Sultan Iskandar sebenarnya agak menyentap di hati aku sebagai anak jati Johor. Bukan semata2 cinta rakyat pada pemimpin, tapi mengenangkan nasib bangsa Melayu di bumi Johor yang bertuah dan makmur nie.. dan yang lebih utama, kedudukan agama Islam dan akidah yang kukuh dipegang sejak mula Islam bertapak di bumi Melayu ini.

Di saat2 orang negeri lain sibuk x cukup serba-serbi, kami di sini masih boleh bersyukur dengan nikmat yang melimpah ruah. Di saat rakyat negeri lain, bersusah2 pindah sbb setinggan nak dirobohkan, setinggan di Johor masih mendapat belas ihsan sementara tunggu PPRT siap (walaupun yg dpt dah ada rumah sewa bersusun). Di saat "orang asing" boleh pijak2 bangsaku di negeri lain, Sultan yang satu nie x kasi can sikit pun, walau sekadar x pakai songkok dalam sidang Dewan. Di saat, ajaran yg bukan2 dari luar senang2 masuk dan tersebar tanpa dapat disekat (disekat pun kena komplen), Di sini masih kebal lagi kuasa JAIS di bawah naungan Almarhum...

Al-Fatihah untuk Allahyarham... sikit sangat media bercerita tentang Allahyarham banding masa kemangkatan Allahyarham sultan Selangor dulu.. tapi ku percaya Allah lebih tahu...

PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi.  Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...