Hari Sabtu pagi kelmarin, aku ambil cuti untuk ke Kuala Lumpur dengan mak aku. Kite orang sebenarnya pergi kenduri arwah sepupu mak yang baru meninggal bulan lepas akibat kanser hati. Tak sangka secepat ini Maksu pergi. Arwah agak rapat dengan keluarga kami. Masa aku bersalin dulu dia sanggup turun dari KL untuk tengok anak aku baru bersalin. Masa aku kawen pun dia datang pagi-pagi dari KL dgn hb dia. HB dia pun tengah sakit jugak, sakit buah pinggang. Aku rindu zaman bujang bila aku boleh ke mana-mana ziarah mak pak sedara aku. Kenapa? Mungkin sebab aku rapat dengan saudara-mara sejak kecil lagi.
Bila dah ada suami dan anak-anak, pergerakan aku agak terbatas. Ditambah pula dengan suami aku yang bukan jenis rapat dengan extended family dia. So, bila dengan aku, dia tak paham kenapa aku pentingkan sangat extended family aku dari family aku yang sepatutnya aku lebih rapat (dia merujuk kepada mak tiri aku dan adik-adik tiri aku). Yan aku faham dari segi hukum, mereka ada hak untuk dapat perhatian sebegitu dari aku. Tapi aku ada sebab lain yang dia takkan faham sebab dia tidak berada di kedudukan aku.
Aku sebenarnya rindu zaman bujang aku bila aku boleh travel n drive jauh-jauh non-stop.. driving adalah salah satu cara untuk aku melepaskan tekanan. Suatu ketika dulu aku adalah fast driver... terutama masa aku bekerja di pasir gudang. Ianya satu cabaran bagi aku untuk drive pada satu-satu kelajuan semaksimum mungkin dengan kereta kecil kesayanganku.. tapi sejak kemalangan yang agak tragik di Skudai, aku hampir trauma nak drive laju terutama di selekoh. Kalau dulu tiba kat jalan berselekoh, aku jadik thrill nak tekan minyak. rasa pumping adrenalin tu yang buat aku syok.... giler kan.. tapi masa tu darah muda, takde tanggungan, takde apa nak fikir.
Rindunya...
Cerita-ceriti kehidupan seorang insan yang masih bertatih mengharung kehidupan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan sus...
-
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, aku nak jual kuih raya. Kuih raya ni kalau ikut tekak aku dan family aku me...
No comments:
Post a Comment