Tuesday, January 5, 2010

Terkenang.... zaman sekolah....

Tadi ku singgah blog kengkawan (kwn ke kite m-i-o). whatever... Dok baca citer psl hari pertama sekolah.

Hari pertama aku bersekolah rendah dalam darjah satu mcm tak brp ingat sangat. Mungkin sebab aku dah biasa dgn pembelajaran formal semasa di tadika selama setahun, so aku x rasa pelik sangat.

Tang naik bas sekolah pun ku x berapa ingat, mngkin sbb senario naik bas awam dengan atuk dan mak aku pi pasar malam lebih menarik dari naik bas sekolah ramai2 dengan kwn2. Yang pasti, aku mesti dpt seat depan sbb aku yang terakhir dijemput dan yang terakhir dihantar balik.

Yang ku ingat, masa hari pendaftaran, mak aku daftarkan aku dan bawa ku masuk ke kelas untuk menyesuaikan diri dengan suasana kelas dan kawan2 baru. Mak aku carikan aku kawan, tanyakan nama, dan kenalkan aku pada kawan baru aku tu. Yang pasti kite org still akan ingat each other till now walaupun tak amceng giler.. nama dia Zulaikha.. tah kat mana laa dia sekarang.

Tang sekolah tadika, aku rasa tak byk beza dengan sekolah rendah. Masa tu atuk yang bawa aku pi daftar dekat tadika yang tak sampai sebatu dari rumah. Aku pi sekolah pun jalan kaki jek. Sesekali atuk akan hantar bila nak daftar dan bayar yuran bulanan. Paling tidak pun, atuk akan tunggu kat simpang sbb aku akan balik saing dengan jiran melayu (kwsn majoriti cina) yg rumahnya dekat simpang tu. "Manalah korang yek.." lama sungguh tak jumpa kengkawan lama.

Monday, January 4, 2010

Gila Meroyan..

Alkisah, Si A (bkn nama sebenar) ditinggalkan suaminya semasa dia mengandung. Bila dia bersalin, dia berasa amat2 tertekan hingga timbul rasaa menyesalatas perkahwinan dan kelahiran anaknya. Yang masih kuat dalam hatinya cuma keimanan dan rasa tanggungjawab pada amanah yang telah dilimpahkan padanya pada saat suaminya pula seolah2 lupa yang anak itu adalah tanggungjawab bersama mereka berdua. 

Mujur ada ibubapanya yang membantu menguruskan dirinya dan anaknya. Kerana telah berjanji pada dirinya yang dia akan menyusukan anaknya sendiri selepas melahirkan, dia berusaha keras untuk mengotakan janjinya pada anaknya itu. Dengan kehendak Allah, dari rasa yang tiada apa2 pada anak itu, rasa kasih mula timbul bila hari demi hari berlalu dia melihat anak itu membesar dengan air susu badannya. 

Ini hanya secebis kisah dimana postnatal depression boleh mempengaruhi tindak-tanduk kita sebagai ibu dan dimana penyusuan susu ibu adalah salah satu penawar semulajadi yang dikurniakan Allah untuk kita. Jadi, ibu-ibu sekalian, manfaatkanlah ia sebaik-baiknya untuk kita dan anak-anak kita.

Friday, January 1, 2010

Tahun Baru datang laagi...

Selamat tinggal 2009, selamat datang 2010.

Sesungguhnya 2009 tahun yang penuh dengan bermacam2 dugaan yang menguji keimanan aku sebagai ibu, isteri dan menantu... hihihi... semoga ia menguatkan aku untuk menghadapi 2010 yang serba tak pasti.

p/s: Nak post psl postnatal depression tak dan laagi... nanti2lah yek...

Sunday, December 27, 2009

Susah senang kehidupan.....

Kuatkah aku bila didatangkan sedikit kesusahan.... setakat suami tak bekerja... ada orang lain yang lagi susah, suami isteri tiada pendapatan langsung dek tekanan kegawatan ekonomi... bila kesusahan tu datang bukan dengan jalan yang kita pilih, dalam kata lain kerana ia datang sendiri mungkin aku akan lebih redha dengan kesusahan tu... Tapi dalam kes terpencil macam aku, situasi dan keadaan yang menyebabkan kesusahan yang sedikit itu datang yang membuat aku separa redha... kenapa aku yang kena tanggung kesusahan orang sedangkan punca kesusahan tu bukan dari aku... adil ke bagi aku, anak aku, ibu bapa aku... sedangkan nun di sana ada orang lain yang lepas tangan selepas manghadiahkan keluargaku dengan tambahan beban ini..... memang hakikat sebenar semuanya telah tertulis dalam suratan-Nya... tapi aku tak cukup kuat lagi untuk menerimanya...

Tuesday, December 22, 2009

Aiman... Aidiladha pic...

Aiman dan Tok Mak
 

Posing dgn Tok Abah pulaklah.. Tok seksilaa... xleh enterframe...

 
My small family....
 

Dare to fail....

Nobody dare to fail.... but still everyday, someone will fail. But not every failed person manage to pick up themselves and move on... do you?

Sunday, December 6, 2009

Kenapa breastfeed baby x suka hisap botol...

Dari view seorang ibu (me):

1. Puting botol keras dan tak flexible mcm nipple ibu.
2. Limited content. Dah habis.... kalau direct, unlimited, bila suck jek ada, botol, kalau dah kosong, xde lagi. breast will continually be refill. Lagi byk hisap, lagi laju dia penuh balik sampailah baby content.
3. Takde rasa kena belai, org usik2, senyum kat dia, main dgn dia.. etc. - bonding, affection.
4. Rasa dan kepanasan susu ibu maintained. Susu ebm bila dah lama, sejuk dan rasa pun lain bila dah lama simpan.

Itu jek laa yang aku leh fikirkan... sesaper nak tambah...

PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi.  Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...