Cerita-ceriti kehidupan seorang insan yang masih bertatih mengharung kehidupan...
Wednesday, October 28, 2009
Susah sangat ke?.....
Aku nak merungut membebel ketakpuasan hati aku yang x dpt aku nak lepaskan.... anakku nyusu badan, aku perah utk bagi masa pi keje, aku siapkan warmer nak bg senang pengasuh anak aku aka makcik aku utk panaskan susu dan bagi anak aku susu perahan aku... tapi aku masih dengar alasan-alasan yang kepala otak aku tak boleh terima bila dia bagi susu formula kat anak aku.... geramnya..... aku kena amik gak susu formula tu... kat rmh nanti mak aku pulak yang pi buat time aku takde pasal lmbt nak tunggu susu perahan panas... adoi.... susah sangat ke nak bagi susu perahan pada anak aku....
Friday, October 16, 2009
Makhluk Allah jua...
Topic nie dah agak basi sbb dah selalu dibicarakan orang... tapi bila aku mengalaminya sendiri aku terpanggil untuk menceritakan pengalamanku sendiri.
Anakku memang dilahirkan dengan suara yang nyaring. Aku yg ala-ala lembap nie selalu membuatkan tangisannya selalu kedengaran. Mertua aku pula seorang yang sangat kaya dengan kepercayaan karutnya. Bukan aku tak percaya dengan kewujudan makhluk dari alam lain tu. Tapi amalan-amalan yang disuruh aku amalkan sangatlah tidak munasabah. Tapi ada satu perkara yang aku harus percaya bila dia kata keturunan sebelah mak dia ada membela saka. Aku tak menyangka ia akan mempengaruhi cara hidup aku sekarang. Tapi ia berlaku juga. Atas desakan mak mertua aku, aku turutkan juga hasrat dia suruh cari org pandai utk ubat anak aku yang kuat menangis tu. Memang ada peliknya bila tiba dia menangis tak semena2. terutama sewaktu tidur.
Aku minta nasihat dari pengurus di tempat kerja aku memandangkan dia ada pengalaman tentang makhluk2 halus nie. Dia refer aku pada seorang pakcik yg menjalankan perubatan Islam. Dari dia aku dapat tahu sebenarnya yang kena gangguan adalah aku. Anakku boleh nampak makhluk tu. Lebih mengejutkan makhluk tu dikatakan saka belaan mertuaku yang mengikutku dengan tujuan menjadikan aku makanannya melalui air susuku, menurut pakcik yang mengubat itu. Aku antara percaya dengan tidak apa yang dikatakannya. Redha jek laa apa yang dah terjadi. Kalau betul pun aku taknak pikir apa2. Aku cuma nak pikir mcm mana nak elakkan. Atas tujuan itu aku telah diberi wafaq yg terdiri dari ayat al-Quran untuk melindungi diriku dan anakku, Insya-Allah.

Wednesday, October 14, 2009
Aduhai anak....
5 hari lepas ku terlupa bawa cooler bag. Makanya, susu perahanku tak dapat di sejukkan. ku cuma dapat letak kat dlm bilik solat dan on kan air-condnya. bila ku nak ambil susu, ku dapati aircond dah tutup.. ahh.. sudah... tp susu masih elok. aku gamble jek...
pendek cerita akibatnya, esok susu dah x elok dan anakku xnak minum EBM dan substitute FM walaupun menangis2 sbb dah lapar. esok, lusa dan tulat dan seterusnya itulah menunya di rumah baby sitter. dia cuma minum susu ibu direct drku bila ku balik kerja. Aku dah risau giler.. buntu.. jammed... akhirnya.... aku adu kat sifu breastfeedingku jugak.. Haza... tolong.... rescue me... hihiiii... ntah apa-apa.... dok tangguh nak pi tanya. sibuk pi cr org lain dulu wat pe.. padan muka aku... akhirnya hari nie anakku telah berjaya menghabiskan 10 oz ebm ku sebelum kul 11pg.. pergh... mcm nie production kena tambah double nie... tgh hari tadi ku pi beli biskut dan air soya satu kotak besar, selain bekalan kurma yg dah makin surut hari nie... (kena pi beli lagi) Semoga aku akan berjaya menghadapi cabaran-cabaran seterusnya dalam dunia penyusuan ini... Insya-Allah.

Thursday, October 1, 2009
Cabaran menyusukan... realitinya
Pengalaman pertama menyusukan anak aku menyedarkan aku ianya bukan suatu yang mudah walaupun nampak macam tak susah. Halangannya adalah kemahuan semulajadi kita kepada sesuatu yang nampak mudah. Aku pilih untuk menyusukan kerana aku dah kaji pro dan kontra antara menyusukan dan memberi susu formula, dan aku pilih untuk menyusukan. Kenapa?
Here goes the list:
1. Aku malas nak bancuh susu
2. Aku malas nak travel dgn luggage yg banyak. Susu ibu is eveready. Aku tak perlu bawa termos, bawa susu etc. utk bekal anak aku.
3. Aku nie kasar-ibu yg kasar-menyusukan anak aku akan memberi dia satu memori dan ikatan yang lebih kuat antara aku dan anak aku.
4. Susu ibu lebih hygenic. Aku tak perlurisau bahan apa yang masuk ke dalam badan anak aku sebab aku sendiri yang tentukan makanan dan bahan apa yang anak aku akan makan dengan memberinya susu ibu.
5. Aku sibuk n gila kerja. Menyusukan anak aku telah mewaraskan aku yang aku ada life lain selain kerja... hahaha....
Apa yang nampak susah bila menyusukan... pada akulah setelah membuat kajian sendiri kenapa ada orang beria nak berhenti menyusukan. Maybe laa...
1. Messy, bila menyusu sebelah, breast sebelah turut keluar susu. Kalau susu banyak kdg2 leaking. Ladies yang cerewet x suka.
2. Dependency. Derang takut anak derang terlalu dependent dengan susu ibu sampai derang xleh jalan tanpa anak derang.
3. Convenience. Derang rasa x convenient sebab kena perah susu, kena simpan susu, kena bangun mlm menyusukan, kena cover2 nak menyusukan in public, etc.
4. Ignorant. Derang x rasa susu ibu suatu yang istimewa dari seorang ibu untuk anak derang.
Kenapa sesetengah orang yg rapat dengan kita tak support kita menyusukan?
Suami:
1. Kurang masa dengan dia sbb kita layan anak lebih bila menyusu. Kalau susu formula boleh sub pada org lain.
2. Takut kita makin sibuk nak layan makan pakai dia. Macam penat sangat tengok kita nyusukan anak dia.
3. Macam banyak belanja, nak kena beli pam, storage bag, cooler etc..
Alhamdulillah... setakat hari nie dan Insya-Allah, aku harap akan berterusan, those list kat atas belum berjaya membuat aku give up untuk menyusukan anak aku.

Subscribe to:
Posts (Atom)
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan sus...
-
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, aku nak jual kuih raya. Kuih raya ni kalau ikut tekak aku dan family aku me...