Blog ini sekadar cerita-cerita biasa dan perkongsian sebuah pengalaman kehidupan untuk rujukan bersama

Friday, October 16, 2009

Makhluk Allah jua...

Topic nie dah agak basi sbb dah selalu dibicarakan orang... tapi bila aku mengalaminya sendiri aku terpanggil untuk menceritakan pengalamanku sendiri.

Anakku memang dilahirkan dengan suara yang nyaring. Aku yg ala-ala lembap nie selalu membuatkan tangisannya selalu kedengaran. Mertua aku pula seorang yang sangat kaya dengan kepercayaan karutnya. Bukan aku tak percaya dengan kewujudan makhluk dari alam lain tu. Tapi amalan-amalan yang disuruh aku amalkan sangatlah tidak munasabah. Tapi ada satu perkara yang aku harus percaya bila dia kata keturunan sebelah mak dia ada membela saka. Aku tak menyangka ia akan mempengaruhi cara hidup aku sekarang. Tapi ia berlaku juga. Atas desakan mak mertua aku, aku turutkan juga hasrat dia suruh cari org pandai utk ubat anak aku yang kuat menangis tu. Memang ada peliknya bila tiba dia menangis tak semena2. terutama sewaktu tidur.

Aku minta nasihat dari pengurus di tempat kerja aku memandangkan dia ada pengalaman tentang makhluk2 halus nie. Dia refer aku pada seorang pakcik yg menjalankan perubatan Islam. Dari dia aku dapat tahu sebenarnya yang kena gangguan adalah aku. Anakku boleh nampak makhluk tu. Lebih mengejutkan makhluk tu dikatakan saka belaan mertuaku yang mengikutku dengan tujuan menjadikan aku makanannya melalui air susuku, menurut pakcik yang mengubat itu. Aku antara percaya dengan tidak apa yang dikatakannya. Redha jek laa apa yang dah terjadi. Kalau betul pun aku taknak pikir apa2. Aku cuma nak pikir mcm mana nak elakkan. Atas tujuan itu aku telah diberi wafaq yg terdiri dari ayat al-Quran untuk melindungi diriku dan anakku, Insya-Allah.

1 comment:

Lynn Nasir said...

mardiah,

guna pertimbangan akal dan naluri keibuan utk judge bende mcm ni. something is wrong when babies cry. cuba tenangkan dulu then buat mental check masa bila dia nangis.

my auni was a cholic baby, only at my MIL house. bila b'tukar angin ke my mom's, dia takde nangis dr tgh mlm hingga ke subuh. susah nk explain, dan sampai skang masih m'cuba utk tak berprangsangka..