Baru singgah susuibu.com. Aku sebenarnya kurang berforum.. sesekali bila tengok masalah orang yang aku rasa tertolong aku bagilah apa-apa input yang aku boleh bagi. Tapi dalam soal agama aku taknak bagi dah. Aku cuma ada ilmu asas secara ijmal. tidak secara tafsil... so leave it to d expert. Nanti gaduh aku serik dah.
Ok. citer psl susu ibu dari persepsi aku. Suka aku nak citer macam mana aku leh terjebak dengan susu ibu nie..
Semuanya bermula bila aku tau yang aku mengandung. Mulanya aku tak fikir pun susu apa aku nak bagi kat anak aku. Bila pergi first check-up nurse brief psl kebaikan susu ibu kepada ibu bersalin. Aku dengar jek laa.. Aku memang dilahirkan dengan rasa inkuiri yg tinggi sikit. Bila balik aku search laa pasal susu ibu nie.
Ditakdirkan, aku ditemukan dengan macam2 website yang mempromosi kebaikan susu ibu. Bermula dari situ aku belajar tentang penyusuan dan pengurusan susu ibu sampailah ke hari aku bersalin. Kesannya memanglah sangat besar.
Sebab keyakinan aku yg tinggi pada keputusan muktamad aku untuk menyusukan anak aku secara eklusif, aku jadi berani mempertahankan keputusan aku (psl in-law sibuk suruh bg anak aku makan) hangin sungguh aku masa tu. Rasa nak jek aku drive balik jam tu gak. Kalau tak kerana anak, nescaya dah lama aku tinggal semua dan balik. Kalau yang digaduhkan tu mende lain, memang aku tinggal bg derang jaga ikut lagu derang. Biar derang tengok sendiri kesannya. Aku dah tau kesannya pada anak aku. Perut anak aku kalau masuk mende lain, memang akan masuk angin. Tu yang aku marah sangat. Ada ke bagi kurma sampai habis sebiji. x dilumat dulu pulak tu. rendam dalam air jek.. geram sungguh... lepas tu budak tu nangis2 sakit perut masuk angin aku jugak yg ngadap dan disalahkan... x mau citer lagi... lagi banyak aku ngumpat nanti.
OK, pada ibu2 yang nak menyusu sepenuhnya, buatlah persediaan yang betul.
Di sini sebahagian daripada persediaan yang saya rasa perlu berdasarkan pengalaman saya sendiri (ada lagi list lain boleh cari dari website ibu menyusu lain yang boleh ditambah).
- Carilah ilmu dan kawan2 yang betul.
- Share dengan suami apa yang anda mahu (menyusu badan secara eksklusif ).
Terangkan secara detail. Ada yang tak ambil tau, sibuk kerja jek. Tanggungjawab kita untuk bagitau. (saya cuma larat nak print artikel dan bagi dia baca sbb xnak dia dok kata saya nie membebel jek)
- Sediakan hospital grade pump (elektrik atau rechargeble battery).
Anda belum tentu larat nak pam manual masa dalam pantang. Kalau tak mampu nak beli cash, kumpul duit sikit2(main kutu ke) dari mula pregnant atau beli secara ansuran.
- Sediakan storage bottle dan simpan susu sebanyak yang boleh semasa susu anda masih banyak.
- (belajar dari kesilapan orang lain. Lebih RUGI kalau belajar dari kesilapan sendiri.)
- Semasa pantang, duduklah dengan orang yang menyokong anda untuk menyusukan.
Kalau tidak anda yang akan tension dan give-up.
- Simpan no. telefon LC dan support group member yang sudi tolong.
Merekalah yang akan pick u up when u down. "TQ to Haza dan Che' Dah. U did a lot in giving me d support I need".
- Handphone gunalah line.
Senang anda nak berurusan dengan LC atau breastfeeding group anda semasa dalam pantang.
- Simpanlah no. local nurse / doktor yang pro breastfeeding.
Saya bernasib baik sebab local nurse support saya, tolong bagitau apa yang saya nak keluarga in-law saya perlu tau utk saya full breastfeed. "Terima kasih banyak2 Kak Lia dan Kak Jee. Budi kalian, Allah saja yang balas."
- Last but not least ialah mind setting yang kuat.
Kalau tak anda akan kalah sebab anda mungkin berseorangan.
Cerita-ceriti kehidupan seorang insan yang masih bertatih mengharung kehidupan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan sus...
-
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, aku nak jual kuih raya. Kuih raya ni kalau ikut tekak aku dan family aku me...
No comments:
Post a Comment