Hari ni aku rasa nak bercerita pasal perasaanku semenjak hampir 4bulan lepas... ya.. dari sebelum aku bersalin aku dok pendam.. tak tau nak luahkan macam mana. Nak ku ceritakan pada mak, aku tak sampai hati. dah cukupalh aku bebankan dia dgn membela aku 29 thn nie.. (sampai dah ada laki pun mak dok bela lagi).
Cukup setahun perkahwinanku sampailah masa kami akan dikurniakan cahaya mata, seminggu sebelum aku bersalin suamiku berhenti kerja atas alasan malu nak ngadap muka kawan dia sbb adik dia hutang beli kereta kawan dia tak bayar... aku x boleh terima... lepas aku bersalin, aku berpantang kat rumah mak mertua, aku pulak yang kena tanggung dia, mak bapak dia, adikdia anak beranak yg bersalin sekali dengan aku. sungguh aku tak boleh terima dan aku memang dah tak ikhlas nak bagi walaupun aku bagi sebab aku kena kirim kat laki aku kalau nak beli apa2 dan nak pi mana2... pasal aku tak boleh nak gerak pi mana tanpa anak aku. kalau aku ada carrier harus aku cabut balik JB jam tu gak. Tapi aku rasional kan akal aku.. aku teruskan gak lakonan aku tu sampai aku balik JB.
sampai hari aku habis pantang, suami aku tak ikut balik. tapi bila takde duit dia balik minta duit kat aku. sampai satu tahap aku geram, aku bahasakan cukup2 stop bagi duit kat dia baru dia balik. Dah balik kena cari kerja balik, aku geram, tapi masih nak bagi dia peluang lagi. (belum cukup 4 bulan. Kalau dah cukup dan aku dah hilang sabar, taulah dia nanti). Nie tengah dok cari kerja. Bila nak pi cari kerja nak pakai kereta aku gak. Kata nak cari kerja dekat-dekat dengan rumah dulu, takat nak jalan jauh sikit naik bas, teksi taknak.. geram sungguh aku. aku dulu takde kereta boleh naik bas, jalan kaki segala nak pi kerja. bukan mak bapa aku tak mampu nak bagi kereta, tapi aku rasa tak perlu. Tak mati laa jalan kaki, naik kenderaan awam tu.. aku taknak di cop derhaka.. tapi kalau aku dah hilang sabar, macam2 aku buat nanti, nangis tak berlagu aku buat kat dia karang...
Cerita-ceriti kehidupan seorang insan yang masih bertatih mengharung kehidupan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan sus...
-
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, aku nak jual kuih raya. Kuih raya ni kalau ikut tekak aku dan family aku me...
No comments:
Post a Comment