Korang mesti suspen kan.. eksperimen apa lak aku dok buat nie..
Eksperimen kesan pemakanan ke atas hasil tenusu harian.. hehe...
Ceritanya gini, pagi nie aku teringin nak minum Kacip Fatimah Power Root sbb dah lama tak minum.. tapi tak jadik sebab ternampak Jus kurma dgn tongkat ali by Power Root jugak. So, sambarlah jus kurma.. jus nie mmg best.. one my favourite. Aku angkut sekali teh kundur Yeo's (hajat nak amik sunnah minum air kundur sekaligus nak menambahkan kecerdasan ingatan aku yg teruk nie). Macam biasa rutin pagi ku memerah EBM untuk bekal Aiman esok. Selalunya semenjak Aiman mula makan nie, hasil EBM ku cuma cukup2 satu botol 5oz penuh (dlm 6oz) sekali perah. kalau ku buat 3 sesi pun akan dapat 2 btl setengah jek. Tadi, sekali perah aku dapat satu botol tiga suku lbh kurang 10oz which di kira lumayan untuk sekali perah sejak 2-3 bln nie.
Tengah harinya pulak aku nak singgahlah beli lagi jus kurma Power Root tu. Tp xde rezeki, tapi dpt pulak jus sengkuang cina Yeo's. Hati aku kata, "bolehlah, mana tau ada rezeki anak aku dapat perah lebih lagi jugak." Aku pun sambarlah jus sengkuang cina tu setin. Hasilnya, perahan aku bertambah juga. tapi tak banyak seperti pagi tadi.
Alhamdulillah hari nie dapat perah lebih sikit. Esok Aiman dapat minum susu lebih. Dia suka susu. Makcik aku cerita kalau dah makan pun mesti nak juga susu sikit. Suka minum susu macam jajan. Nak sikit tapi selalu. Kalau ada orang kata baby akan habiskan susu dalam botol walau brp banyak diisi, Aiman tak begitu. Dia akan minum berapa banyak dia nak dan berhenti sendiri bila dia taknak.
p/s: rindu nak balik peluk cium Aiman.
Cerita-ceriti kehidupan seorang insan yang masih bertatih mengharung kehidupan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan sus...
-
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, aku nak jual kuih raya. Kuih raya ni kalau ikut tekak aku dan family aku me...
1 comment:
salam singgah mar, wahhh jus kurma power root yer.. harus mak carik jugak nih...;)
Post a Comment