Sunday, August 29, 2010

Akhirnya.... karipapku... resepi mak...

Masih ingat resepi karipap yang aku pernah share dulu? Hari nie aku telah berjaya membuatnya setelah sekian lama tangan nie tak menguli karipap. hehe....

Dapatlah dalam 40 biji lebih sikit. Cukup untuk makan 4 orang kot.. kalautak cukup nanti goreng lagi. Inti dengan tepung ada extra dah simpan dalam peti ais.

Bahan-bahan
Kulit Karipap
4 bhgn. tepung
1 bhgn. marjerin
air sejuk(chilled) dgn garam secukup rasa

Inti Karipap
2-3 biji bawang merah
1-2 biji bawang putih
cili padi / lada boh
1 tin kecil sardin / ikan bilis tumbuk / daging cincang / telur pun boleh - ikut suka tekak masing-masing
1 biji kentang sederhana besar

Cara-caranya
Kulit Karipap
Masukkaan tepung dan marjerin ke dalam mangkuk pengadun dan dadu marjerin dengan pisau bersama tepung. Selepas itu gaulkan marjerin dgn tepung menggunakan tangan sehingga rata dan menjadi bread crumb texture.

Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjdai doh. buat bulat kecil dlm 1inch diameter, (lebih kurang, kalau nak kecik sikit boleh kecilkan saiz) dan ketepikan.

Inti Karipap
Tumis bawang merah, bawang putih dan lada hingga naik bau. Masukkan sardin, kentang dan garam secukup rasa. Masukkan air dan biar kentang empuk dengan api kecil. Dah empuk boleh angkat, sejukkan dan mulakan proses membungkus karipap.

Membungkus karipap
Doh yg dah diuli dan di bentuk kecil tadi dicanai nipis dalam 3-4mm (dlm 2 hun pun ok). Masukkan inti yang telah disejukkan tadi ikut kesesuaian saiz tepung, lipat dua kulitnya dan rapatkan menggunakan jari sebelum dikelim. Pastikan kelim rapat untuk mengelakkan ia terbuka semasa menggoreng. Kalau kurang pakar mengelim, terap sahaja menggunakan garfe kecil di sekeliling karipap bukaan karipap yang telah dirapatkan tadi.

Nie tukang "tolong" mak dia masak kat dapur...

Sekian,dah boleh goreng untuk makan berbuka nanti.

No comments:

PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi.  Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...