Aku baru tau tentang nie, aku tak tau orang lain dah tau atau tak. Tapi aku rasa aku perlu nak bagitau supaya kalau ada orang yang belum tau boleh gunakan maklumat yang aku tau nie... (berapa banyak tau daa..)
Ok, straight to the point, actually aku baru tau perkhidmatan untuk pesakit luar dah extend sampai pukul 9mlm. Aku baru tau masa nak hantar anak aku pergi klinik sebab demam dah seminggu tak kebah lagi. Mula nak pi specialist pediatrik. Tapi byk yg dah tutup lepas pkl 6ptg. So, aku riki kat kengkawan, baru dpt tau Poliklinik HSA JB still operating sampai kul 9mlm. Better sebab leh terus buat blood test and get result on the spot. Kalau bawa result tu pi klinik lain untuk second opinion pun boleh. Cuma aku tak gemar sangat doc yg check anak aku hari tu sebab dia mcm berebut2 nak cepat sangat. padahal patient bukan ramai sangat. Aku nak tanya banyak-banyak pun dia macam tak berapa layan. Nasib baik ada staff nurse yang sudi layan aku hari tu. Boleh lah aku tanya kat dia sikit2.
Personal opinion aku, sesaper yang setakat datang nak tambah ubat mcm pesakit kencing manis, darah tinggi, asma, etc... boleh datang time macam nie. Kenapa? Sebab masa nie tak ramai pesakit yang datang bawa penyakit macam-macam e.g, flu, demam, selsema, etc yang berpotensi menjangkitkan penyakitnya pada anda. Lagipun, dengan cara macam nie, korang beri keutamaan pada orang yang memang sakit dan perlu perhatian yang lebih utama. You all sekadar datang untuk regular check-up dan tambah ubat kan. Not emergency case. Poliklinik di Sedili mengasingkan pesakit yg datang utk regular check-up dengan yang datang kerana sakit, demam etc. Aku rasa sistem tu bagus. Aku bersalin di HKT, berpantang di Sedili. Aku GH service kat sini. Very baby friendly, paling aku suka pro-breastfeeding. Dari trainy sampai cleaner, very friendly ang helpful... Kalau semua GH macam nie... alangkah baiknya...
Cerita-ceriti kehidupan seorang insan yang masih bertatih mengharung kehidupan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan sus...
-
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, aku nak jual kuih raya. Kuih raya ni kalau ikut tekak aku dan family aku me...
No comments:
Post a Comment