Pernah tak dengar orang kata membaca Yassin setiap malam Jumaat tu bid'ah? Pernah tak dengar orang kata baca talkin tu juga bid'ah? Ada dengar tak orang kata minum air bacaan Yassin atau apa-apa bacaan Al-Quran itu syirik? Menggunakan wafaq (tangkal menggunakan ayat Al-Quran) tu syirik? Wa'ima sambutan Maulidur-Rasul ada yang cuba nak mengharamkan dengan mengatakannya amalan bid'ah.
Aku makin pening dengan semua nie... bagi aku amalan-amalan seperti berwirid, zikir, tahlil adalah sebahagian dari pengisian roh umat Islam yang serba sedikit melindungi kita dan menambah saham akhirat kita. Aku boleh dapatkan dalil dan nas untuk setiap amalan-amalan yang dah berkurun di amalkan masyarakat kita nie. Sebab aku percaya, adat melayu bersendi hukum, Sunnah dan Al- Quran, bukan saja-saja orang reka-reka untuk di amalkan. Tapi yang di agung-agungkan adat yang tak berkaitan dengan agama malahan meniru adat budaya agama lain, kononnya memperkenalkan keindahan budaya kita kepada masyarakat asing sedangkan ada amalan lain yang lebih indah dari itu.
Contoh paling senang, dulu orang gunakan setanggi dan kemenyan untuk kesan aromaterapi dalam rumah. Ada orang kata syirik, haram... apa kes? Yang korang tiru orang Kristian guna lilin dalam rumah tu tak ke lagi haram. Bakar kemenyan dalam rumah tu amalan Nabi s.a.w. tau... rasa maca nak marah, tapi macam kurang bijak pula. Tapi kalau diam, jadilah aku syiatan yang bisu.... makin serabut... jom solat dulu....
Cerita-ceriti kehidupan seorang insan yang masih bertatih mengharung kehidupan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan sus...
-
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, aku nak jual kuih raya. Kuih raya ni kalau ikut tekak aku dan family aku me...
1 comment:
wah, berat kes nie. bg aku la, selagi apa yg kita buat tu x mensyirikkan Allah, tak melanggar hukum dlm Islam dan memberi kebaikan, aku buat je.
Post a Comment