Kalau tengok blog aku, aku tak banyak sangat bercerita tentang penyusuan susu ibu kecuali kalau ada some new experience yang aku rasa aku boleh share dengan readers. Tapi hari nie sempena minggu penyusuan susu ibu, aku nak share macam mana aku boleh terjebak dan menjadi ibu yang fanatik dengan kebaikan susu ibu.
Ianya bermula masa aku buat pemeriksaan pertama setelah disahkan mengandung. Masa tu aku cuma diberi penerangan serba ringkas tentang kebaikan susu ibu. Aku nie jenis kalau dapat maklumat yang baru, apatah lagi maklumat tu untuk kebaikan anak aku yang bakal lahir nanti, aku akan korek lagi dari sumber lain tentang maklumat tu. Selepas first check up tu senior nurse Puan Painam Kartini pula bercerita tentang kebaikan susu ibu di mana dia rasa malu sebab masyarakat Melayu masih ramai taknak berikan susu ibu pada anak-anak mereka sedangkan di barat terutama bangsa Yahudi, susu ibu adalah pilihan pertama sebelum susu formula. Aku pada masa tu dah tau serba sedikit tentang kebaikan susu ibu jadi lebih teruja. Makin banyak yang aku cari tentang kebaikan susu ibu makin aku bersemangat nak bagi susu ibu untuk anak aku.
Hari yang dinantikan pun tiba. Setelah aku bersalin, aku berpantang di rumah mertua. Ibu mertua aku orang lama yang masih dimomokkan dengan anak banyak menangis sebab susu badan tak cukup. Disuruh bagi susu formula, disuruh bagi nestum... aku pekakkan telinga jek.. sebab masa tu aku leh kontrol apa yang aku nak bagi anak aku. Sampai satu tahap aku bergaduh besar jugak pasal apa yang aku pertahankan. Memang aku rasa nak balik jek masa tu. Kalau tak fikirkan macam mana nak bawak anak aku naik kereta berdua jek, memang aku dah lari balik JB lama dah rasanya. Banyak faktor lain yang buat aku tension giler masa tu. Ini cuma salah satu darinya. Tapi reason yang satu nie memang aku tak boleh terima. Kenapa? Sebab aku yang akan jaga anak aku. Dia dan anak dia tak payah kisah pun macam mana aku nak jaga anak aku, sebab aku dah tau apa nak expect dan aku dah share dengan suami aku. Yang paling aku kesalkan bila suami aku tak support aku langsung. Dia beria nak aku bagi susu formula. Akhirnya aku izinkan dia beli walaupun akhirnya aku tak beri pun sebab aku malas nak bancuh, dan suami aku sendiri malas nak bancuh. Bukan makin menyenangkan aku, makin menyusahkan. Penyeksaan tu makin bertambah bila bapa mertua aku suruh beli nestum untuk diberi pada anak aku. Yang buat aku sakit hati, tu bila anak aku diambil dari aku untuk diberikan nestum. Bayangkanlah perasaan aku waktu tu. Kalau aku tak kuat, rasanya dah lama aku gila meroyan. Hari nie kalau diingatkan memori tu, aku menyesal tak ikut mak aku balik masa derang datang jenguk aku kat rumah mertua aku...
Dalam aku dok tension sensorang, aku bernasib baik sebab aku ada kawan yang support aku dan boleh aku contact untuk menenangkan jiwa aku. Thanks so much Haza and Che'Dah. Both of you meant a world to me.
Cukuplah sampai setakat ni aku ceritakan pengalaman penyusuan susu ibu aku. It was a horrible memory I want to forget. But unfortunately, I can never forget them.
Cerita-ceriti kehidupan seorang insan yang masih bertatih mengharung kehidupan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan sus...
-
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, aku nak jual kuih raya. Kuih raya ni kalau ikut tekak aku dan family aku me...
No comments:
Post a Comment