Blog ini sekadar cerita-cerita biasa dan perkongsian sebuah pengalaman kehidupan untuk rujukan bersama

Wednesday, January 19, 2011

EBM frozen vs EBM not frozen & Bayi tak mahu menyusu botol

Tadi baca blog Haza tentang susu beku. Terasa nak tambah tentang bayi yang tak mahukan susu beku(EBM) yang dicairkan juga sedikit sebanyak tentang kenapa sesetengah bayi menolak minum melalui botol.

Personally aku menghadapi masalah nie sejak dari mula anak aku dijaga pengasuhnya. Hari nie aku nak share sikit kenapa masalah macam nie berlaku.

- Anak aku memang menyusu secara eksklusif dan aku tak pernah beri susu yang dah dibekukan pada anak aku. Sepanjang waktu berpantang aku kat rumah mertua dan tak dapat simpan stok lama sebab peti ais kecik dan aku tak mahu menyusahkan orang (walaupun orang tu byk susahkan aku).

- Bayi memang semulajadi akan pandai minum menerusi botol tanpa diajar. Tapi bayi yang menyusu badan sepenuhnya memang akan tetap pilih menyusu secara direct.

- Susu beku rasanya berbeza berbanding susu yang belum dibekukan. Rasa teksturnya dan baunya juga berbeza. Inilah punca sebenar kenapa bayi menolak susu beku. Macam kita rasa santan dah pecah minyak dengan santan yang baru perah. Lebih kurang macam tulah bezanya.

- Kadang-kadang ada jugak kes yang bayi taknak susu sebab susu tu dah sejuk. Susu ibu adalah semulajadi suam-suam. So, bila dia rasa susu tu sejuk dia taknak minum.

- Rasa puting yang berbeza juga salah satu sebab bayi menolak susu ibu menerusi botol. Puting payudara semulajadi adalah lembut berbanding puting botol yang keras. Aliran susu yang laju menerusi botol juga menyebabkan bayi kadang-kadang tak suka.
Anak aku personally tolak puting biasa nie. Aku guna botol MAM. Suatu masa, puting tu dah lama dan perlu diganti. Kebetulan kedai tempat aku biasa beli dah takde stok. Aku taknak beli online sebab aku rasa macam membazir sebab kena additional delivery cost yag aku rasa tak berbaloi. So, aku beli lah wide neck teat yg boleh fit in dgn botol MAM tu. Anak aku reject botol tu. Dia minum sikit jek susu. Terpaksalah aku pi cari teat MAM tu kat tempat lain.

Setakat tu jek yang aku rasa aku dapat share berdasarkan pengalaman aku sendiri. Cadangan aku, kalau anak kita tiba-tiba berubah selera, kajilah dulu puncanya. Mungkin dari apa yang dia makan, apa yang dia nak rasa. Anak aku ada habit suka amik botol susu budak lain dan minum. Setakat nie kalau botol tu isi susu formula memang confirm botol tu kena baling. Kalau air masak, dan air jenis lain dia ok lagi. Funny, tapi itulah kesan dari apa yang kita mahu dan kita usahakan untuk anak kita. Apa nilai yang kita mahu ada pada anak kita, kita tunjukkan pada mereka. Kalau kita tunjukkan buku lebih penting dari dia, dia akan tahu buku tu menyeronokkan. Kalau dia tengok kita pentingkan TV lebih dari dia, dia akan terima yang TV tu menyeronokkan.

2 comments:

Liz Rohaizat said...

mcm anak aku, dia ok je minum frozen milk. tp masa dah hampir2 nak cerai susu tu, kebetulan dia reject. tu yg sudahkan stok expired.

rasanya sbb susu beku ni rasa dia mmg tak sama mcm fresh. tu yg bayi senang reject

envime said...

kak, i want to put a link to your entry..hope u dont mind :)