Baru menjengah blof bro Mazidul, terbaca tentang nie. Taknak komen dari segi hukum sebab dari segi hukum syariat Islam memang dah terang lagi bersuluh ianya salah. Tapi saya memahami kenapa perempuan berkenaan memilih untuk berbuat demikian.
Semasa saya bersalin anak yang pertama, suami saya berhenti kerja atas alasan yang paling tak munasabah dalam dunia dan memang takboleh diterima akal. Saya terpaksa berpantang dengan ibumertua kerana ibu saya masih bekerja ssepenuh masa. Sepanjang tempoh berpantang tu saya memang dijaga oleh mertua dan suami. Tapi segala perbelanjaan saya di sana saya yang tanggung sendiri. Saya juga terpaksa tanggung suami dan isi rumah tu sekali sebab semua tak bekerja tetap kecuali saya. Situasi ini berlarutan selama dua bulan. Waktu tu memang dalam hati saya nak bercerai dan minta fasakh. Mungkin takdir menentukan jodoh saya masih panjang, kami masih lagi suami isteri sampai hari ini. Selepas saya pulang bekerja suami saya tak ikut balik atas alasan yang saya tak mahu cerita sebab tak munasabah dan tak boleh diterima akal oleh orang yang betul-betul berakal. Pendek kata sepanjang waktu tu memang mereka sekeluarga mengambil kesempatan ke atas saya dan keluarga saya. Sampai hari nie segala hutang yang mereka kata pinjam tu tak pernah berbayar satu sen. Bila suami saya dah takde apa yang boleh digadaikan untuk tanggung keluarga dia dan saya pun dah taknak tolong dia lagi kat sana, baru dia hegeh balik kat saya dan sibuk cari kerja semula. Tu pun smapai hari nie buat tak tau jek dengan segala hutang dia kat saya dan keluarga saya. Dasar muka lelaki tak tau malu. Tapi Allah tu Maha Adil. Setiap kesabaran tu ada hikmahnya untuk kita. Segalanya Dia yang telah menentukan. Yang boleh saya kata, kami sekeluarga dah bersatu semula untuk menempuh badai yang memang akan sentiasa ada.
Kerana inilah bila saya dengar kes yang diutarakan bro Mazidul, sesungguhnya saya tak langsung merasa hairan sebab saya faham perasaan itu bila kita rasa suami yang patut melindungi tidak lagi berfungsi melindungi kita.
Cerita-ceriti kehidupan seorang insan yang masih bertatih mengharung kehidupan...
Tuesday, January 25, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan sus...
-
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Dulu -dulu aku tak suka beli karipap kat luar. Kenapa? Sebab rasanya tak sama dengan yang mak aku selalu buat. Karipap mak comel, rapuh, pen...
No comments:
Post a Comment