Baru mai idea bila baca posting Mommy Lyna tentang peluang yang kita beri pada anak kita. Every words yang dia mention is soo true. hehe.. nie bkn bodek tau. Kenapa? Here goes the story...
Masa aku mula pregnant, apa yang aku plan adalah macam mana aku nak besarkan anak aku, apa bentuk pendidikan yang aku nak beri pada dia di masa akan datang, persekitaran macam mana yang aku nak dia lalui, nilai apa yang aku nak dia absorb... pergh banyak seh... hehe.. yes, aku memang agak kiasu. Kenapa? Sebab sepanjang usia aku, aku suka kaji dan perhatikan sikap orang dan relate them pada background derang, macam mana derang dibesarkan dan apa yang kaitan semua tu dengan kelakuan, sikap dan pendirian serta jalan hidup yang derang pilih. (Aku taknak cakap soal hakikat sebab ilmu hakikat tu milik Allah semata. Kita makhluk kena pegang pada syariat secara zahir. Hakikat adalah untuk amalan batin semata ok.)
Balik pada tajuk asal. Selepas memiliki cahaya mataku yang pertama, bermula experimen (hehe.. tak senonoh sungguh lah..) perkara pertama yang dia dengar of course suara azan dari abah dia. Selepas tu, aku ada kekesalan sikit sebab situasi aku masa lepas bersalin tu buat aku leka dari tanggungjawab aku sebagai ibu untuk beri pendidikan pertama pada anak aku. Yang aku cuma ingat nak buat adalah berzikir setiap kali aku susukan dia dan tidurkan dia. Waktu dia berjaga aku tak attend dia, aku takmain dengan dia, etc. Sampai dia dah mula membesar aku baru nak belajar apa yang aku patut buat untuk mengisi jiwa anak aku selain dari memastikan tumbesaran fizikal yang normal. Tapi aku rasa bersyukur juga sebab aku cepat sedar dan tak leka. "Terima Kasih mak dan abah yang support aku waktu aku down dan sangat tertekan."
Anak aku membesar dengan orang sekeliling yang suka membaca. TV bukak boleh tinggalkan untuk dia. Tapi masing-masing bila mula membaca, dah tak kisah dunia. Lagi satu, komputer dan hp. Anak aku minat pada gajet elektronik. Belajar pun lagi suka tengok komputer dari tengok kat buku. Tapi suka berangan membaca buku atau kertas wa'ima kertas tu putih kosong.. haha.. funny bila teringat peel dia yang satu tu. Cuma satu jek kurang anak aku nie, lambat pandai bercakap walaupun dia dah faham apa yang orang cakap dan dah pandai sampaikan apa yang dia mahu. Mak dia yang kena work hard untuk paham dan teka apa dia betul-betul nak. fuhh...
Cerita-ceriti kehidupan seorang insan yang masih bertatih mengharung kehidupan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan sus...
-
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Dulu -dulu aku tak suka beli karipap kat luar. Kenapa? Sebab rasanya tak sama dengan yang mak aku selalu buat. Karipap mak comel, rapuh, pen...
No comments:
Post a Comment