Friday, March 19, 2010

Cara mengisi masa lapang di tempat kerja....

"Apa aku nak buat hari nie? "Bos, ada kerja nak buat tak?", Bos: pandang dengan muka blur.. dan jawab takde... balik ke meja kerja... sambung melangut. Belek2 PC, tengok e-mel, update apa2 yang patut sampai e-mail dah lama tak buka pun pi update.. buang segala-mala sampah-sarap dalam PC yang dah tak diperlukan... pas tu x tau nak buat apa dah...."

Anda ada rasa macam kenal dengan situasi di atas? Kalau ya... apakah tindakan anda agaknya selepas itu?

:weng dah giler babas....

Thursday, March 11, 2010

Lagi Kes Dera 1

Kes dera dan aspek psikologi menurut seorang sahabat ada dicoretkan di sini.

Saya secara peribadi menyokong sedikit sebanyak pendapat beliau. Memang keadaan sosial dan sosioekonomi sekarang menuntut dan menekan kehidupan kita sehingga kita hilang akal pertimbangan yang waras.

Tapi sebagai sebahagian dari anggota masyarakat, apa pula peranan yang boleh kita mainkan untuk mengurangkan kejadian seperti yang berlaku kepada adik Syafiah. Masyarakat perlu berganding bahu membenteras masalah penderaan. Lagi satu kes dera nie bukan setakat penderaan fizikal sahaja. Tapi ada juga penderaan seksual, penderaan mental dan lain-lain bentuk penderaan lagi yang kita kena tahu macam mana nak kesan berlaku pada seseorang. Kenapa penting? Sebab menurut kajian **saper tah.. lupa lak.. anak mangsa dera berpotensi besar untuk turut mendera di masa akan datang.. Boleh tengok trend di sekolah asram bila senior buli junior, the trend repeated itself sehinggalah sekarang getting worse sampai ke tahap membunuh.

Jadi, kepada yang nampak sesaper yang disyaki kena dera, tolonglah aproach and slow talk dgn mangsa untuk siasat atau laporkan pada pihak berwajib untuk diambil tindakan.

Tag: Cerita Asrama 1

Sebagai tanda penghargaan kepada Liz kerana meng'tag' saya di sini, saya kisahkan jugaklah cerita silam saya semasa bermastautin di Sekolah Menengah Sains Muar (saya adalah batch SPM97).

Terlalu banyak nak diceritakan kalau sebut kisah-kisah di asrama. Kalau ikut kategori ada kategori memori dengan senior, memori dengan classmate, memori dalam dorm dengan dorm-mate memori dengan cikgu etc...

Untuk batch kite orang kite ada group sendirik kat Facebook. kat situ tetukar cerita dgn kawan2 lama.

Untuk memendekkan cerita kita mulakan dengan kategori memori dengan senior.

Bagi sesetengah orang derang rasa 1st day orientasi, tapi aku x rasa sbb aku masuk tengah2 minggu orientasi. dengan xde info apa pasal etika dan peraturan dalam minggu orientasi, aku redah jek masuk. Hari pertama aku dah melawan dengan PKR (sorry kak Izan).. it was spontaneous reaction dalam kepenatan dan kebengangan. Both party tengah angin, so jadik lah lagu tu semata2 kerana aku pakai tudung berenda. Tapi kak Izan memang smart sbb dia blah instead of sambung marah. Dia cuma minta sorang akak kat situ brief aku pasal minggu orientasi dengan attitude utk adapt to the environment (tapi still in bad mood) ahaks...

Second tragedy was with front neighbour of our dorm. Aku tak tau apa kes akak sorang tu nak aim aku. Semata2 sbb akak angkat aku best friend dia, suka hati dia nak aim aku dan marah2 aku pasal petty things yang tak masuk akal. Sampai satu tahap aku dah penat gaduh dengan dia, aku surrender gak laa.. penat kay kalau asyik kena panggil pergi dorm dia semata nak dengar dia tengking aku (walaupun aku nie spesis tuli dan tak peduli) terpaksalah aku berlakon ala-ala skema gaban, innocent walaupun dalam hati aku menyumpah seranah berbakul-bakul.

Tragedi-tragedi kecil semasa sesi mengumpul signature pengawas biarlah dalam sejarah aku jek, sebab aku tak ingat pun. Yang pasti aku tak pernah dan tak kuasa nak tengok muka pengawas2 lelaki sebab aku tak lalu bila derang perasan junior yang tak lawa nie nak ngorat... hahaha...

bersambung....

Wednesday, March 10, 2010

Mufti Palsu, Sijil Palsu

Mufti Palsu, Sijil Palsu

Saya tak pernah bercakap soal ini walau pun dalam diam saya sebenarnya menyokong tindakan JAIS. Dah makin ramai golongan pengikut Dr. Asri nie.

Tuesday, March 9, 2010

Meraban... hand phone vs public phone

Hari nie sungguh laa mentansionkan sbb pembaziran petrol secara berlebihan telah berlaku gara-gara handphone ku yang telah kena bar. Pi MMHE hntr invois dgn tender settle. igt nak pi beli MAB dgn supplier kat Pasir Gudang. Cari lah public phone rata pasir gudang dari jln perak sampai air biru aku cari tak jumpa. Yang jumpa semuanya tak berfungsi.

Last2 aku balik n singgah tmn Rinting cr public phone lagi sekali sbb nak cancel appointment. Sungguhlaa sakit hati. Nie lah padah bila hand phone lebih berkuasa dari public phone. Teringat zaman belajar dulu dok simpan syiling pasal nak biar senang bertelefon guna public. Walau ada handphone masih setia dgn public phone sbb nak kawal ekonomi. Akhirnya, aku balik jek ke ofis dengan tak dapat apa2. Nak pi bayar bil kat tmn molek pun cancel sbb xnak lambat sampai ofis. nanti lewat hi-way bersejarah tu dah mula jam. Nak jadi malang lagi aku boleh terlajak nak masuk hi-way plus kat pasir gudang, dan end-up kena balik ke ofis lalu uda dan tampoi. Sungguhlaaa si lebai malang haku hari nie.... tension lerrr sesangat....

Sunday, February 28, 2010

Cloth Diaper baru.. sistem lama...

Hari nie nak citer pasal cloth diaper (CD) cover yang telah lama ku idam2kan. Mula-mula nak order econobum. tp stok xde. Yang ada cuma Flip System. Jadiklah daripada xde. Better actually sbb cover Flip nie ada flap kat hujung dgn pangkal utk elak leaking kat pinggan. so lepas nie boleh ku gayakan dengan kain lampin ku yang banyak x habis pakai. Sebelum nie ku ganukan diaper pant Anakku n Pureen. Tapi disebabkan xde getah di paha, selalu bocor dan kena seluar. So laundry bertambah. Ada juga guna pocket cd as cover. Sangat ok sbb tak bocor. Tu yang buat aku amik keputusan beli cover. Taknak kain lampin yang banyak tu terbazir camtu jek. Lagipun dapat save laagi banyak.

Aku jumpa Econobum dan Flip nie masa survey price CD sebab nak tambah stok CD dan nak cari CD yg lebih murah dari yang pernah ku beli. Bila dah terjumpa Flip dgn Econobum nie macam berminat pulak. Mungkin sbb harga satu cover Econobum nie lebih murah. Flip mahal sikit tapi datang dengan kelebihan lain berbanding Econobum, selain lebih pilihan warna. Econobum cuma datang dengan warna putih sahaja. Flip datang dengan tiga warna. Aku amik hijau dengan biru.

At the moment tgh dok habiskan stok dispo diaper yg dah tak muat dengan Aiman (xkan nak buang dispo pulak kan.. duit gak tu).

Lagi Kes Dera

Lagi kes dera di Malaysia. Aku tak tau secara detail. cuma malam tadi baru dapat dengar betul2. Kes yang memang sangat menyayat hati dan di luar batas akal untuk aku menerimanya.

Bagi aku dalam kes nie, datuk dan nenek paling bersalah sebab tak ambil budak tu untuk dijaga sepenuh masa setelah mengesyaki budak tu di dera. Takkanlah xleh nak tanya kat si emak pasal luka n lebam2 kat badan si anak. Lagi satu, tak boleh nak tegur ke anak dara awak tu buat kemungkaran dengan bersekedudukan dengan lelaki bukan muhrim. Tanggungjawab awak lepas bila suami anak awak ada. Bila suaminya dah takde, saper amik tanggungjawab tu? Saper kena tanya kat akhirat nanti?

Seterusnya si emak yang buta mata dan mata hati kerana percaya sangat kat teman lelakinya untuk menjaga anaknya (aku sendiri tak percaya laki aku jaga anak aku) xkan x tau orang tu panas baran. dah 6 thn beb kenal. Masalah mental tul laa si emak nie. Anak aku lebam sikit dah boleh perasan. apatah lagi kalau dah bengkak2 dan kena cucuh2 dgn puntung rokok. Sure laa lagi visible kan.

Yang si abang budak tu pun aku rasa xde rasa sayang kat adik tu. Kenapa? Aku pernah tengok kes bs dera budak nie (tp takat cubit2 sbb xnak berenti nangis). Tapi bs tu takut nak apa2kan si adik semasa si abang yang dah pandai cakap ada bersama. Dalam kes nie, si abang tak tau nak mengadu kat sesaper ke? Atuk ke, kawan2 rapat ke, jiran2 yang rapat ke?

Masyarakat keliling yang tersangat ignorant. Masa budak tu kena belasah mula2 kat padang kenapa xde orang yang tegur dan datang. Kenapa dah kena panggil tengok baru nak pi hantar kat hospital.

Dah tak tau nak cakap apa lagi. Sungguh tak masuk dek akal.

PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi.  Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...