Monday, April 5, 2010

Beautiful Blogger Award goes to

Rule No. 1:
Thank and link the person that gave you the award
Tang mana yang beautiful pun aku tak pasti. Tapi tetaplah aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kat m-i-o atas award pertama dalam sejarah hidup aku sebagai blogger.


 Rule No. 2:
State 7 things about yourself
Tang yang nie aku tak sure nak story part mana, tapi aku try gak. So, here go the list:
1. Aku anak jati Johor yang dah terlekat xleh keluar dari negeri kelahiranku ini. Kenapa? Setelah bertahun-tahun aku try untuk keluar masih belum berjaya.

2. Aku suka kerja outdoor, tapi sekarang aku "terperangkap" dengan kerja in-door yg membosankan. ("kalaulah aku stay kat previous company kan best"). Tapi dah rezeki aku kat sini lebih baik, redha jek laa..

3. Aku sebenarnya suka menjahit dari aku kecik lagi.. sejak kat ofis x berapa ada kerja sangat aku dah mula menjahit semula (sikit-sikit jek). Tapi membaca lebih banyak memuaskan hati. Menjahit bila nak lepaskan tension sebab bila menjahit aku jadi macam absorb dekat jahitan tu aku leh lupa  problem lain.
4. Aku rindu thrill membina karier masa bujang dulu. Tapi sekarang aku fokus nak membina insan yang dah diamanahkan pada aku sekarang nie. Quite exciting, tapi takut tak tertanggung amanah yang besar itu.
5. Aku suka makan macam2. Tapi lately aku terpaksa layan selera orang lain dari layan tekak aku. Sebenarnya bosan dengan Malay food dan nak try mende lain, tapi ada orang x berapa pandai makan, so...layan....
6. Aku masih ada cita-cita yang tertangguh. Masih jauh lagi perjalanan itu rasanya. Harap sebelum umur pencen aku dah mencapainya.
7. Aku tak kisah anak aku nak jadi apa bila dia dah besar. Bagi aku yang paling penting dia membesar menjadi seorang insan yang soleh dan mendoakan aku dan bukan sekadar seorang manusia. Tak perlu jadi "orang besar-besar" tapi biarlah berjiwa besar.
Rule No. 3:
Pick another 15 blogger to receive this award:

Wednesday, March 31, 2010

Siapa kata Tanah Melayu tiada penulis buku motivasi...

Petikan daripada buku Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri, tulisan Pendita Za'ba

"Tiap-tiap orang diwajibkan beramal dan beribadat sendiri dengan usaha dan tenaganya - tidak pernah disuruh ia mengira dirinya itu mesti bergantung kepada doa orang sahaja atau kepada fidyah penebus yang dibuatkan orang sahaja bagi mendapatkan kejayaan dan keselamatannya di akhirat kelak! Tuhan tiada pernah menyuruh kita mesti berharap kepada sedekah tahlil dan bacaan-bacaan Qul Hua'llah dari orang apabila mati kelak!!..."

Sekali baca, macam mu'tazilah dan muhammadiah pun ada.. tapi kalau difikirkan secara umum ada kebenarannya. Kalau nak harapkan orang doakan kita mestilah ada yang kenal kita dan baik dengan kita. Kalau nak ada yang bersedekah untuk kita, mestilah kita kena tinggalkan harta untuk diwasiatkan supaya disedekahkan, setidak-tidaknya, kita sendiri selalu bersedekah sewaktu hidup supaya orang ingat untuk mengirim sesuatu buat kita bila sudah kembali ke "sana" nanti. Selebihnya dah banyak dibicarakan dalam banyak buku motivasi tulisan penulis hari ini dari dalam dan luar negara.

Aku mengagumi beliau kerana pemikirannya yang melangkaui zamannya. Macam Dr. Mahathir juga pada zamannya. Cuma bezanya beliau seorang ilmuwan. Pertama kali mengaguminya bila aku harus memilih seorang tokoh untuk dibentangkan ketokohannya dalam masa 3 hari. Kiranya masuk pertandingan bidan terjun jugaklah masa tu kat UiTM. Dapat tempat ke berapa pun aku dah tak ingat. Tapi yang pasti aku rasa puas hati sebab aku dapat belajar suatu yang baru, dan dapat beritahu orang lain apa yang aku baru temui yang orang lain belum tahu masa tu. Sebelum pertandingan tu aku tak pernah tahu yang idea penubuhan Universiti seumpama UIA telah dicetuskan lebih awal oleh Za'ba lama dahulu. Frankly, aku sebenarnya bukan pandai sangat tang puhlic speaking nie... tapi dah kena suruh, gagahkan jugaklah diri... boleh buat dan impress orang, aku dah cukup puas hati walaupun tak menang.

Thursday, March 25, 2010

Posting terakhir untuk hari ini... :apa kes?

Sesi melangut sambil menerjah blog kengkawan di alam cyber dah makin hampir ke penghujung. Sekarang adalah sesi menung memikirkan apa nak masak dengan ayam kampung tua yang diborong oleh bonda tercinta. Buntu jugak kepalaku nak pikirkan apa nak digayakan dengan ayam tua tu.. Nak cakap lepas makan ayam goreng tua tu malam tadi ku tak sampai hati sebab dia yang beli, kite orang laki bini paka t telan jek apa yang mampu. hb ku yg kurang gigi tu tolak kat aku mana part yang di luar kapasiti mesin pemprosesan dia. Haku jugak lah jadi SWM kat rumah nie.. layan... nampak gaya, masak sup jek lah.. boleh makan dengan mi atau kue tiaw yg ada dalam peti ais tu... redha jek laa.. tapi sedap gak mlm2 makan mi sup ditambah rencah sambal kicap.. best3x.. (dah terbayang mi sup panas dengan sambal kicap...) x sabar pulak nak masuk dapur... tunggu...

Monday, March 22, 2010

Ibuku dan susunya...

Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan susu terakhir yang dahbercampur darah.. then terus stop. Sebab masa tu kurang info tentang cara penghasilan susu ibu. Hari ini setiap kali mak aku tengok aku menyusukan anak aku, dia mesti melahirkan kekesalan dia kerana tak dapat menyusukan aku macam mana aku menyusukan anak aku.. Tapi aku tetap rasa mak aku dah buat yang terbaik masa tu untuk aku.

p/s: Terima kasih mak... Diah tetap sayangkan mak..

Masalah sosial.. umumnya..

Suatu ketika dahulu, masalah sosial banyak berkait dengan remaja. Tanpa kita sedar, hari ini remaja dah makin dewasa. Yang dewasa makin tak berakhlak, melahirkan anak-anak yang tak terbela dan tak terdidik. Tekanan hidup yang menuntut kepentingan material didahulukan daripada kepentingan spiritual. Apa pilihan yang kita ada?

Dulu kita selalu tengok anak-anak orang susah lebih berjaya kerana mereka bekerja di sekeliling rumah dan ada banyak masa untuk memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak mereka. Bagi golongan lebih berada, kebanyakan ibubapa makan gaji. Tapi pada waktu itu kebanyakan ibu adalah suri rumah sepenuh masa (kalau bekerja pun bekerja dari rumah) anak-anak masih dalam ruang lingkup pengawasan keluarga dan masyarakat sekeliling.

Kemajuan dan kemakmuran negara telah membolehkan mobiliti sosial berlaku dan meningkatkan taraf hidup serta kos sara hidup kita. Tapi ia juga terpaksa dibayar dengan meninggalkan anak-anak di rumah pengasuh dan di tangan pembantu rumah. Masa untuk anak-anak semakin terhad sehingga kita sendiri tak kenal perangai sebenar anak-anak kita. Saya sendiri yang baru menjadi ibu selama 8 bulan seperti tidak terkejar perkempbangan anak saya. Banyak perkembangan anak saya, saya pantau dari laporan pengasuh yang juga sepupu ibu saya. Dia jugalah yang banyak mengajar tentang pengurusan bayi selain dari ibu saya sendiri. Sokongan sosial sebegini saya dapat secara percuma kerana saya masih ada saudara yang berdekatan selain ibubapa saya dan suami sendiri.

Dahulu masyarakat kita duduk di sekeliling komuniti yang rata-rata kita kenali. Sekarang keadaan sudah jauh berbeza. Kadang-kala jiran sebelah rumah pun kita lupa nak tegur. Tambah lagi jiran baru yang kadang-kadang kita tak sempat nak berkenalan. Mungkin itu hikmah kenapa ibubapa kita dahulu suka memadankan jodoh dengan saudara yang dekat atau rakan taulan yang hampir. Lebih mudah utnuk bertanya khabar anak-anak, dan lebih mudah untuk mengelakkan perceraian dalam rumahtangga kerana ibubapa mertua sama-sama mendamaikan berbanding kalau sesama besan tidak saling mengenal pastilah masing-masing nak memenangkan anak sendiri dari nak mendamaikan antara suami isteri.

Bila waktu paling sesuai?

Aku sebenarnya masih menuntut tapi sekarang nie dah lama pembelajaran aku tertangguh dek keadaan dan kemalasaan aku yang tak terbendung. dengan kehadiran si kecik menambah lagi tahap kebuntuan aku tang bila aku nak mula ke kelas semula? Kalau melihat pada situasi semasa, aku rasa macam nak tunggu mak aku pencen jek. So, weekend aku leh pi kelas dan mak aku boleh babysit anak aku. Harapan aku masa tu anak aku dah behave better supaya senang neneknya mengurusnya di rumah semasa ketiadaan aku...

"Ya Allah, mudahkanlah perjalanan perancanganku ini...."

Anakku suka menggigit...

Aiman dah genap 8 bln. Macam-mcam perangai barunya yang mengisi hari-hariku. Tapi satu perangainya yang buat semua orang tak tahan ialah perangainya yang sangat suka mengigit dengan gigi barunya yang dah 6 batang tu (2 gigi kapak yg besar dan 4 gigi depan sebelah bawah. Kalau mengigit barang-barang tu tak perlu ceritalah. Yang buat tak tahan tu suka mengigit anggota badan orang lain. Tangan, lengan, paha, bahu. Terutamanya bila dia tak dipedulikan, dia akan perlahan-lahan merangkak kepada individu yang dia mahukan perhatian itu lalu mengigit mana anggota badan yang dia boleh capai.. Kadang-kadang for no reason pun dia boleh mengigit. Dia gigit macam nak makan jek gayanya (read: gigit dan sentap). Manalah tak sakit. Tapi kalau dengar orang mengerang sakit, pandai lak lepaskan...

p/s: apa aku nak buat dengan peel dia yang satu nie...???

PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi.  Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...