Suatu ketika dahulu, masalah sosial banyak berkait dengan remaja. Tanpa kita sedar, hari ini remaja dah makin dewasa. Yang dewasa makin tak berakhlak, melahirkan anak-anak yang tak terbela dan tak terdidik. Tekanan hidup yang menuntut kepentingan material didahulukan daripada kepentingan spiritual. Apa pilihan yang kita ada?
Dulu kita selalu tengok anak-anak orang susah lebih berjaya kerana mereka bekerja di sekeliling rumah dan ada banyak masa untuk memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak mereka. Bagi golongan lebih berada, kebanyakan ibubapa makan gaji. Tapi pada waktu itu kebanyakan ibu adalah suri rumah sepenuh masa (kalau bekerja pun bekerja dari rumah) anak-anak masih dalam ruang lingkup pengawasan keluarga dan masyarakat sekeliling.
Kemajuan dan kemakmuran negara telah membolehkan mobiliti sosial berlaku dan meningkatkan taraf hidup serta kos sara hidup kita. Tapi ia juga terpaksa dibayar dengan meninggalkan anak-anak di rumah pengasuh dan di tangan pembantu rumah. Masa untuk anak-anak semakin terhad sehingga kita sendiri tak kenal perangai sebenar anak-anak kita. Saya sendiri yang baru menjadi ibu selama 8 bulan seperti tidak terkejar perkempbangan anak saya. Banyak perkembangan anak saya, saya pantau dari laporan pengasuh yang juga sepupu ibu saya. Dia jugalah yang banyak mengajar tentang pengurusan bayi selain dari ibu saya sendiri. Sokongan sosial sebegini saya dapat secara percuma kerana saya masih ada saudara yang berdekatan selain ibubapa saya dan suami sendiri.
Dahulu masyarakat kita duduk di sekeliling komuniti yang rata-rata kita kenali. Sekarang keadaan sudah jauh berbeza. Kadang-kala jiran sebelah rumah pun kita lupa nak tegur. Tambah lagi jiran baru yang kadang-kadang kita tak sempat nak berkenalan. Mungkin itu hikmah kenapa ibubapa kita dahulu suka memadankan jodoh dengan saudara yang dekat atau rakan taulan yang hampir. Lebih mudah utnuk bertanya khabar anak-anak, dan lebih mudah untuk mengelakkan perceraian dalam rumahtangga kerana ibubapa mertua sama-sama mendamaikan berbanding kalau sesama besan tidak saling mengenal pastilah masing-masing nak memenangkan anak sendiri dari nak mendamaikan antara suami isteri.
Cerita-ceriti kehidupan seorang insan yang masih bertatih mengharung kehidupan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan sus...
-
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, aku nak jual kuih raya. Kuih raya ni kalau ikut tekak aku dan family aku me...
No comments:
Post a Comment