Petikan daripada buku Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri, tulisan Pendita Za'ba
"Tiap-tiap orang diwajibkan beramal dan beribadat sendiri dengan usaha dan tenaganya - tidak pernah disuruh ia mengira dirinya itu mesti bergantung kepada doa orang sahaja atau kepada fidyah penebus yang dibuatkan orang sahaja bagi mendapatkan kejayaan dan keselamatannya di akhirat kelak! Tuhan tiada pernah menyuruh kita mesti berharap kepada sedekah tahlil dan bacaan-bacaan Qul Hua'llah dari orang apabila mati kelak!!..."
Sekali baca, macam mu'tazilah dan muhammadiah pun ada.. tapi kalau difikirkan secara umum ada kebenarannya. Kalau nak harapkan orang doakan kita mestilah ada yang kenal kita dan baik dengan kita. Kalau nak ada yang bersedekah untuk kita, mestilah kita kena tinggalkan harta untuk diwasiatkan supaya disedekahkan, setidak-tidaknya, kita sendiri selalu bersedekah sewaktu hidup supaya orang ingat untuk mengirim sesuatu buat kita bila sudah kembali ke "sana" nanti. Selebihnya dah banyak dibicarakan dalam banyak buku motivasi tulisan penulis hari ini dari dalam dan luar negara.
Aku mengagumi beliau kerana pemikirannya yang melangkaui zamannya. Macam Dr. Mahathir juga pada zamannya. Cuma bezanya beliau seorang ilmuwan. Pertama kali mengaguminya bila aku harus memilih seorang tokoh untuk dibentangkan ketokohannya dalam masa 3 hari. Kiranya masuk pertandingan bidan terjun jugaklah masa tu kat UiTM. Dapat tempat ke berapa pun aku dah tak ingat. Tapi yang pasti aku rasa puas hati sebab aku dapat belajar suatu yang baru, dan dapat beritahu orang lain apa yang aku baru temui yang orang lain belum tahu masa tu. Sebelum pertandingan tu aku tak pernah tahu yang idea penubuhan Universiti seumpama UIA telah dicetuskan lebih awal oleh Za'ba lama dahulu. Frankly, aku sebenarnya bukan pandai sangat tang puhlic speaking nie... tapi dah kena suruh, gagahkan jugaklah diri... boleh buat dan impress orang, aku dah cukup puas hati walaupun tak menang.
Cerita-ceriti kehidupan seorang insan yang masih bertatih mengharung kehidupan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan sus...
-
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, aku nak jual kuih raya. Kuih raya ni kalau ikut tekak aku dan family aku me...
No comments:
Post a Comment