Hehe.. nie kes tak puas komen kat blog Mommy Lyna tang posting yang nie.... Mommy Lyna bercerita tentang Abiy buah hatinya.. aku dah baca few of her posting yang mengulang-ulang perkara yang sama. Aku rasa dia mengulanginya dek kerana sikap isteri-isteri di sekeliling beliau yang selalu mengadu keluh-kesah mereka sebagai isteri di rumah dan sikap-sikap suami mereka di rumah.
Aku pulak macam mana? Aku baru 2 tahun berumahtangga. Baru nak merasa asam garam rumahtangga. Baru nak belajar bertatih mengharungi badainya. Tapi personally, aku bersetuju 100% dengan setiap yang diutarakan Mommy Lyna. Kenapa? Sebab apa yang telah terjadi, aku akan berbalik kepada konsep Qadha' Qadar yang telah ditetapkan. Aku bukanlah sempurna, begitu juga my other half. Tapi kami telah dijadikan untuk saling menyempurnakan.
Cerita-ceriti kehidupan seorang insan yang masih bertatih mengharung kehidupan...
Monday, June 28, 2010
Sunday, June 27, 2010
Resepi karipap mak....
Dulu-dulu aku tak suka beli karipap kat luar. Kenapa? Sebab rasanya tak sama dengan yang mak aku selalu buat. Karipap mak comel, rapuh, penuh dengan inti kentang dan sardin. Kalau beli kat luar susah nak dapat rasa macam tu.. makan panas-panas.. abah kalau mak buat karipap confirm tak makan nasi dah...
Paling seronok kalau tengok mak memasak kat dapur. ada sahaja ideanya nak menghiburkan kami adik beradik. Kalau mengopek limau abong yang besar tu, mak akan kopek kulitnya elok-elok jadi bentuk perahu, pasangkan roda dan layar untuk kami jadikan permainan. Kalau tepung untuk karipap ada lebihan inti, akulah tukang habiskan untuk di ratah atau makan dengan nasi atau roti. Kalau ada lebihan tepung, mak akan gunting kecil2 dan goreng garing... yummy....
Bila membuat biskut raya atau kek, kami tukang "pre-wash" mangkuk pengadun... colek dengan jari sampai licin mangkuk pengadun mak dulu selepas mak habis masukkan kek dan biskut dalam acuan.... hahaha.....
Bahan-bahan
Kulit Karipap
4 bhgn. tepung
1 bhgn. marjerin
air sejuk(chilled) dgn garam secukup rasa
Inti Karipap
2-3 biji bawang merah
1-2 biji bawang putih
cili padi / lada boh
1 tin kecil sardin / ikan bilis tumbuk / daging cincang / telur pun boleh - ikut suka tekak masing-masing
1 biji kentang sederhana besar
Cara-caranya
Kulit Karipap
Masukkaan tepung dan marjerin ke dalam mangkuk pengadun dan dadu marjerin dengan pisau bersama tepung. Selepas itu gaulkan marjerin dgn tepung menggunakan tangan sehingga rata dan menjadi bread crumb texture.
Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjdai doh. buat bulat kecil dlm 1inch diameter, (lebih kurang, kalau nak kecik sikit boleh kecilkan saiz) dan ketepikan.
Inti Karipap
Tumis bawang merah, bawang putih dan lada hingga naik bau. Masukkan sardin, kentang dan garam secukup rasa. Masukkan air dan biar kentang empuk dengan api kecil. Dah empuk boleh angkat, sejukkan dan mulakan proses membungkus karipap.
Membungkus karipap
Doh yg dah diuli dan di bentuk kecil tadi dicanai nipis dalam 3-4mm (dlm 2 hun pun ok). masukkan inti yang telah disejukkan tadi ikut kesesuaian saiz tepung, lipat dua kulitnya dan rapatkan menggunakan jari sebelum dikelim. Pastikan kelim rapat untuk mengelakkan ia terbuka semasa menggoreng. Kalau kurang pakar mengelim, terap sahaja menggunakan garfe kecil di sekeliling karipap bukaan karipap yang telah dirapatkan tadi.
Nie tukang "tolong" mak dia masak kat dapur...
Sekian,dah boleh goreng untuk makan berbuka nanti.

Thursday, June 24, 2010
Zaman kanak-kanak...
Apa yang paling lekat di hatiku sebagai kanak-kanak?
1. Pengalaman bersama arwah atuk, mak dan adikku Nazir.
2. Pengalaman berhari raya di kampung bila aku dan adik pusing satu kampung berdua selepas sembahyang hari raya untuk berhari raya ke rumah sanak-saudara.- petang pusing seround lagik dgn mak abah... kdg rumah yang sama sampai dua kali datang....: muka tembok...
3. Pengalaman berjalan ke rumah sanak saudara dengan atuk. Kenapa? Sebab dengan atuk merasa naik keretapi, naik bas, naik bas sangkut, naik teksi... best... dengan mak abah naik kereta jek...
4. Pengalaman main beramai-ramai dengan sepupu-sepupu di kampung bermain segala jenis permainan yang budak bandar tak pernah main... lagi best kat kampung dari kat bandar tau....
5. Last but not least... hadiah dari Abah.... priceless...
p/s: Che'dah, Lop, Azam, Aja, Adik, Abg Mie, Zaki, dll... ramai noo... our memories bind us together like brothers and sisters....

Monday, June 21, 2010
Sedikit Tips untuk Ibu Hamil
Sebelum saya memula bicara, peringatan untuk pembaca saya bukanlah doktor bertauliah atau mempunyai apa-apa kelayakan untuk memberi nasihat tentang perubatan dan kesihatan. Saya sekadar berkongsi pengalaman dan pendapat dari lubuk hati saya berasaskan pengalaman dan ilmu yang terbatas.
Baru sebentar tadi menjengah ruangan forum yang telah lama jugak saya tinggalkan dek kerana kesibukan (yang x berapa sibuk) yang tidak mengizinkan saya menjengah forum berkenaan. Dari situ rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman semasa pertama kali mengandung dan melalui pengalaman morning sickness.
Alhamdulillah, saya tak mengalami morning sickness yang teruk sampai bau yang bukan2 pun saya tak boleh terima. Cuma saya mengalami simptom2 gastrik. Tak boleh lambat makan. Tapi bila dah loya, masuk angin, yang boleh diterima tekak adalah limited.
Dah masuk fasa yang teruk saya semakin kurang makan sampai satu peringkat tekanan darah rendah dan kepekatan darah menurun. Saya mula memikir cara nak maintain makanan berzat tanpa menjejaskan selera makan saya. Akhirnya saya tukar pemakanan saya. Saya makan sayur mentah atau celur dan makan dengan sos atau mayonis. Lauk pauk saya makan dengan nasi macam biasa. Tapi saya lebihkan lauk berbanding nasi. Kadang-kadang saya goreng tempe dan ratah begitu sahaja. Tak selera makan, saya minum soya untuk dptkan protin. Kalau lapar, saya celur sayur, mkn dgn mayonis.
Seingat saya, saya kurang makan makanan ringan. Bukan sbb tak suka. Tapi macam tak suka. Alhamdulillah, dengan pemakanan begitu, berat saya bertambah dengan cantik dan tidak berlebihan. Tiba di hujung kehamilan, selera makin bertambah tapi tak boleh makan banyak sebab "space" limited.. haha... tapi melantak juga makan ice-cream... sikit-sikit tapi selalu... nasib x effect apa-apa kat baby. Alhamdulillah baby saya selamat dilahirkan secara normal tanpa apa-apa komplikasi dengan berat 3.48kg... kus semangat...

Sunday, June 20, 2010
Nostalgia Musim Buah-buahan
Malam tadi tadi idea nak posting pasal musim buah. Zaman kanak-kanak aku dulu, selain hari raya musim buah yang sering datang seiring dengan cuti sekolah adalah saat yang paling dinanti-nantikan kami sekeluarga. Kenapa? Sebab arwah atuk ada kebun buah kat kampung.
Bila tiba musim buah kami anak-beranak akan pulang ke kampung kalau ianya datang dalam musim cuti sekolah. Sampai di kampung aktiviti utama kami bertiga (mak, aku dan adik lelakiku) adalah memanjat pokok buah-buahan seperti rambutan, maggis, etc. Abah memang kurang minat memanjat-manjat nie. Jadi dia hanya tunggu di bawah untuk mengutip buah-buah yang telah di petik untuk disumbat ke dalam but kereta Volkswagon kami yang comel waktu itu... (:nostalgia sungguh VW tu.. next post citer sikit psl VW tu). Atuk pun turut sama mengutip buah-buahan. selain mengutip durian yang telah gugur untuk di bawa balik...
Ada jugak ketikanya parents aku tak dapat balik kampung. Tapi aku mesti balik jugak ikut atuk balik kampung naik bas. Masa aku lum sekolah memang setiap kali musim buah aku akan balik ikut atuk. Masa tu tak pandai memanjat lagik... yang tukang panjat sepupu aku yang rumahnya sebelah rumah atuk. Atuk pulak akan memetik buah menggunakan galah dari bawah sambil aku jadik tukang kutip masuk dalam guni. Nanti balik JB panggil teksi sampai rumah. Kadang-kadang kami naik bas jek balik JB. sampai bas stand (masa tu kat tgh bandar JB lagik) mak akan jemput atau kami balik naik teksi sampai rumah.
Korang ada tak pengalaman musim buah-buahan di zaman kanak-kanak dulu?

Monday, June 14, 2010
Aku dan Dunia Penyusuan Susuibu
Sajer nak cerita tentang hal nie since aku dapat invitation untuk MBFPC setelah aku mohon untuk join few month ago. Yang buat aku nak bercerita sebab ramai yang curious and sibuk sangat membebel pasal kenapa aku very into breastfeeding. Bagi aku breastfeeding adalah hak individu. Kami yang memperjuangkannya kerana di luar sana ada yang mengutuk kami walaupun kami tak pernah paksa derang breastfeed anak-anak derang. Kami hanya menyampaikan maklumat, tak pernah memaksa sesiapa pun untuk breastfeed. Yang buat kami lebih annoyed bila waktu kami mengepam susu di pajabat dipertikaikan sedangkkan pekerja lain yang mengular, tidur etc. tanpa produktiviti dengan jangka waktu lebih lama dari waktu kami mengepam tidak pernah dipertikaikan. Ini lebih kepada luahan emosi yang dah berkurun dipendam kerana nak cerita, orang akan kata, aku pun ada gak masalah macam tu... so no point rasanya nak bercerita sangat. Bila dah rasa nak meletup kat dalam nie, kena let go jugak untuk ketenangan hati dan perasaan aku sendiri...
Sekian, wassalam...
Sekian, wassalam...
Monday, June 7, 2010
Cerita Liwat Anwar... boleh caya ke tak?
Sajer nak bukak citer nie following posting pedofilia yang lepas. Kenapa? Sebab kebarangkallian Anwar pernah meliwat dan diliwat ada. Begitu juga dengan beribu-ribu lagi manusia lain di luar sana (termasuk anak-anak kita,, na'uzubillah).
Tapi, oleh kerana perbuatan meliwat ini adalah bersifat di luar tabi'i dan jarang-jarang di dengari berlaku di kalangan politikus di Malaysia berbanding seks luar nikah yang dah terlalu "normal", maka ia dijadikan modal untuk menjatuhkan kredibiliti beliau suatu ketika dahulu dan juga sekarang. Tetapi bagi aku secara peribadi, kredibiliti dan peribadi beliau jatuh di mata aku bila beliau menggunakan segala sumber yang ada sama ada salah atau betul untuk menjadi seorang perdana menteri Malaysia. Aku sangat-sangat bangkang tindakan beliau bersekongkol dengan DAP yang bagi aku sangatlah pro komunis yang bertopengkan demokrasi. Tak percaya? DAP kononnya adalah parti berbilang kaum. Tapi aku hanya nampak CINA jek dalam parti tu. Yang Melayu, MELAYU jek kat dalam tu dan jadik dummy derang untuk promote DAP among Malay. OK stop pasal DAP. Balik pada kes liwat Anwar.
Aku percaya kat luar sana mesti ada ramai individu yang bersetuju kalau aku kata gangguan seksual di asrama-asrama sekolah kita telah banyak berlaku sejak dahulu lagi. Cuma yang diganggu takut nak ke hadapan sebab tiada bukti fizikal dan kalau ada adalah saangat memalukan untuk membuat pengakuan apatah lagi buat servikal test kat klinik untuk further report ke pihak polis. It is a taboo at the moment. Mungkin kes terpencil seperti ini yang dijadikan modal untuk menjatuhkan kredibiliti beliau suatu ketika dahulu. Sebab bila ada kes yang sinonim dengan pengalaman sendiri, mungkin orang-orang yang ada pengalaman di liwt ni akan kata, it's posible (mungkin mereka diliwat oleh public figure and respected people). Lagi satu kes liwat nie bukan boleh dibuktikan dengan mudah kalau tak immediately buat test lepas kena liwat. kalau terus mandi sebab nak hilangkan trauma etc.. bukti boleh musnah. nak harap bukti kat tempat kejadian, anything can happen lepas tempat tu ditinggalkan. It can be clean up afterward. Orang yang bijak takkan terkena dua kali di tempat yang sama. Tapi dalam kes nie, aku hairan jugak macam mana orang bijak macam dia boleh terkena lagi sekali. Pelik tapi benar.

Di mana nilai seks?
Sebenarnya dah lama nak cakap soal nie. But it's a little bit controversial.. rasa macam tak berani.. Akhirnya, hari nie nekad nak luahkan gak.. Aku pernah dengar statement yang seks adalah satu-satunya nikmat syurga yang diturunkan ke dunia, i.e. Sewaktu Nabi Adam kesunyian di syurga, Allah menganugerahi Hawa dan diNIKAHkan dengan Nabi Adam. Mungkin dari kisah itulah maka ianya diibaratkan nikmat syurga.
Secara peribadi, aku bersetuju dengan pendapat itu. KENAPA? Kerana dalam agama Islam seks itu adalah hubungan suci yang perlu ada LESEN besar untuk mendapatkan nikmat itu, walaupun di syurga, Nabi Adam dan Hawa dinikahkan lebih dahulu. Itulah LESENnya. Tapi hari ini martabatnya telah dijatuhkan oleh manusia sendiri bila mana manusia itu sudah lebih dahsyat perilakunya dari haiwan.
Haiwan ada yang berkahwin dengan adik-beradik, anak sendiri kerana itu fitrah haiwan yang tak berakal. Haruan makan anak kerana Allah jadikan fitrahnya begitu. Tapi haiwan tak seksa anak, tak tanam anak hidup2, tak bertindak di luar fitrah yang Allah ciptakan. Tapi manusia, semakin berkembang tamadun manusia, evolusi kehidupan manusia semakin di luar batasan kemanusiaan manusia yang ada peradaban, agama dan tamadun.... semput... sakit hati, hairan, kadang aku rasa manusia makin sakit dan mereka menjadikan dunia yang kita huni makin sakit..

Subscribe to:
Posts (Atom)
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan sus...
-
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, aku nak jual kuih raya. Kuih raya ni kalau ikut tekak aku dan family aku me...