Sunday, June 20, 2010

Nostalgia Musim Buah-buahan

Malam tadi tadi idea nak posting pasal musim buah. Zaman kanak-kanak aku dulu, selain hari raya musim buah yang sering datang seiring dengan cuti sekolah adalah saat yang paling dinanti-nantikan kami sekeluarga. Kenapa? Sebab arwah atuk ada kebun buah kat kampung.

Bila tiba musim buah kami anak-beranak akan pulang ke kampung kalau ianya datang dalam musim cuti sekolah. Sampai di kampung aktiviti utama kami bertiga (mak, aku dan adik lelakiku) adalah memanjat pokok buah-buahan seperti rambutan, maggis, etc. Abah memang kurang minat memanjat-manjat nie. Jadi dia hanya tunggu di bawah untuk mengutip buah-buah yang telah di petik untuk disumbat ke dalam but kereta Volkswagon kami yang comel waktu itu... (:nostalgia sungguh VW tu.. next post citer sikit psl VW tu). Atuk pun turut sama mengutip buah-buahan. selain mengutip durian yang telah gugur untuk di bawa balik...

Ada jugak ketikanya parents aku tak dapat balik kampung. Tapi aku mesti balik jugak ikut atuk balik kampung naik bas. Masa aku lum sekolah memang setiap kali musim buah aku akan balik ikut atuk. Masa tu tak pandai memanjat lagik... yang tukang panjat sepupu aku yang rumahnya sebelah rumah atuk. Atuk pulak akan memetik buah menggunakan galah dari bawah sambil aku jadik tukang kutip masuk dalam guni. Nanti balik JB panggil teksi sampai rumah. Kadang-kadang kami naik bas jek balik JB. sampai bas stand (masa tu kat tgh bandar JB lagik) mak akan jemput atau kami balik naik teksi sampai rumah.

Korang ada tak pengalaman musim buah-buahan di zaman kanak-kanak dulu?

1 comment:

Lynn Nasir said...

salam,

lamanya tak ke sini. lupa nak link/follow..hehe! nnti saya follow ye? :)

arwah atok saya dulu ada dusun buah-buahan..bila musim buah, tetiba ramai plak sedara dtg menziarah. kesian atok saya..org ingat dia masa musim buah aje :(

PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi.  Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...