Sebelum saya memula bicara, peringatan untuk pembaca saya bukanlah doktor bertauliah atau mempunyai apa-apa kelayakan untuk memberi nasihat tentang perubatan dan kesihatan. Saya sekadar berkongsi pengalaman dan pendapat dari lubuk hati saya berasaskan pengalaman dan ilmu yang terbatas.
Baru sebentar tadi menjengah ruangan forum yang telah lama jugak saya tinggalkan dek kerana kesibukan (yang x berapa sibuk) yang tidak mengizinkan saya menjengah forum berkenaan. Dari situ rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman semasa pertama kali mengandung dan melalui pengalaman morning sickness.
Alhamdulillah, saya tak mengalami morning sickness yang teruk sampai bau yang bukan2 pun saya tak boleh terima. Cuma saya mengalami simptom2 gastrik. Tak boleh lambat makan. Tapi bila dah loya, masuk angin, yang boleh diterima tekak adalah limited.
Dah masuk fasa yang teruk saya semakin kurang makan sampai satu peringkat tekanan darah rendah dan kepekatan darah menurun. Saya mula memikir cara nak maintain makanan berzat tanpa menjejaskan selera makan saya. Akhirnya saya tukar pemakanan saya. Saya makan sayur mentah atau celur dan makan dengan sos atau mayonis. Lauk pauk saya makan dengan nasi macam biasa. Tapi saya lebihkan lauk berbanding nasi. Kadang-kadang saya goreng tempe dan ratah begitu sahaja. Tak selera makan, saya minum soya untuk dptkan protin. Kalau lapar, saya celur sayur, mkn dgn mayonis.
Seingat saya, saya kurang makan makanan ringan. Bukan sbb tak suka. Tapi macam tak suka. Alhamdulillah, dengan pemakanan begitu, berat saya bertambah dengan cantik dan tidak berlebihan. Tiba di hujung kehamilan, selera makin bertambah tapi tak boleh makan banyak sebab "space" limited.. haha... tapi melantak juga makan ice-cream... sikit-sikit tapi selalu... nasib x effect apa-apa kat baby. Alhamdulillah baby saya selamat dilahirkan secara normal tanpa apa-apa komplikasi dengan berat 3.48kg... kus semangat...
Cerita-ceriti kehidupan seorang insan yang masih bertatih mengharung kehidupan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan sus...
-
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, aku nak jual kuih raya. Kuih raya ni kalau ikut tekak aku dan family aku me...
No comments:
Post a Comment