Thursday, August 19, 2010

Performance Drink for Giveaway 3 Hari

Sebenarnya, setiap kali datang bulan puasa, aku akan pasang azam untuk qadha' solat yang aku pernah tinggal semenjak aku akil baligh hinggalah ke hari nie (aku ni dulu liat nak solat-qadha solat tu wajib yek) sekurang-kurangnya untuk seminggu (nie kira pukul rata satu hari satu waktu). Tapi setiap tahun aku tak pernah dapat capai target aku. Kalau dapat pun sikit sangat. Aku kagum dengan sorang kawan aku yang takkan miss qadha solat dia setiap kali tertinggal solat. "Ya Allah kuatkan jiwaku."

Tapi aku tak pernah lagi tak habis qadha puasa setakat nie sehinggalah tahun nie bila pertama kali aku berpuasa sebagai ibu. Tak salahkan sesaper. Salah aku jugak leka. Dah dekat nak Ramadhan baru sibuk nak ganti dengan alasan takut lost count... padahnya... lagi 10 hari kena fidyah....pergh.... hangus...

Sejak berpuasa aku tak pernah bercerita tentang puasa atau apa-apa yang berkaitan dengan puasa. So, hari ini rasa nak share something tentang puasa yang aku dapat dari immediate superior aku tentang puasa. All the credit back to him dan semua sumber kitab yang dia guna untuk gather all the info.

Sejarah Ramadhan
  1. Ramadhan: Ertinya panas terik
  2. Bulan di turunkan Al Quran dan disebut(syahru ramadhana)
  3. Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
  4. Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
  5. Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
  6. Di pilih untuk ibadat puasa.
  7. Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
  1. Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
  2. Bulan penuh keberkatan
  3. Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
  4. Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
  5. Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
  6. Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
  7. Bulan menambah rezeki
  8. Memberi berbuka banyak pahala
  9. Bulan keampunan :

  • Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa, juga doa pada sepertiga malam.
  • 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
  • 10 hari pertengahan - pengampunan,  
  • 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Entry ini adalah untuk Giveaway 3-hari anjuran My Super Kids sempena minggu ke-2 Ramadhan. Sila tinggalkan komen anda untuk membantu saya memenangi minuman cegah dehidrasi Performance Drink bagi membantu saya kekal cergas berpuasa!

Salah satu tujuan utama saya menyertai giveaway ini adalah untuk memenangi hadiah di bawah selain sesuka hati cari alasan nak buat posting baru....

SATU CANISTER MINUMAN CEGAH DEHIDRASI PERFORMANCE DRINK SHAKLEE worth RM66.


Giveaway ini akan berakhir pada hari Jumaat, 20 Ogos 2010 jam 12.00 tengah malam. Pemenang akan diumumkan selepas tarikh tersebut.

Anda juga boleh sertainya, sila lawati blog My Superkids entry Performance Drink for Giveaway 3 Hari untuk menang!

1 comment:

alehkayong™ said...

salam ramadhan salam perkenalan,
n3 yang penuh pengisian.
semoga semua amalan baik kita diterima Allah.

PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi.  Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...