Dulu-dulu aku tak suka beli karipap kat luar. Kenapa? Sebab rasanya tak sama dengan yang mak aku selalu buat. Karipap mak comel, rapuh, penuh dengan inti kentang dan sardin. Kalau beli kat luar susah nak dapat rasa macam tu.. makan panas-panas.. abah kalau mak buat karipap confirm tak makan nasi dah...
Paling seronok kalau tengok mak memasak kat dapur. ada sahaja ideanya nak menghiburkan kami adik beradik. Kalau mengopek limau abong yang besar tu, mak akan kopek kulitnya elok-elok jadi bentuk perahu, pasangkan roda dan layar untuk kami jadikan permainan. Kalau tepung untuk karipap ada lebihan inti, akulah tukang habiskan untuk di ratah atau makan dengan nasi atau roti. Kalau ada lebihan tepung, mak akan gunting kecil2 dan goreng garing... yummy....
Bila membuat biskut raya atau kek, kami tukang "pre-wash" mangkuk pengadun... colek dengan jari sampai licin mangkuk pengadun mak dulu selepas mak habis masukkan kek dan biskut dalam acuan.... hahaha.....
Bahan-bahan
Kulit Karipap
4 bhgn. tepung
1 bhgn. marjerin
air sejuk(chilled) dgn garam secukup rasa
Inti Karipap
2-3 biji bawang merah
1-2 biji bawang putih
cili padi / lada boh
1 tin kecil sardin / ikan bilis tumbuk / daging cincang / telur pun boleh - ikut suka tekak masing-masing
1 biji kentang sederhana besar
Cara-caranya
Kulit Karipap
Masukkaan tepung dan marjerin ke dalam mangkuk pengadun dan dadu marjerin dengan pisau bersama tepung. Selepas itu gaulkan marjerin dgn tepung menggunakan tangan sehingga rata dan menjadi bread crumb texture.
Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjdai doh. buat bulat kecil dlm 1inch diameter, (lebih kurang, kalau nak kecik sikit boleh kecilkan saiz) dan ketepikan.
Inti Karipap
Tumis bawang merah, bawang putih dan lada hingga naik bau. Masukkan sardin, kentang dan garam secukup rasa. Masukkan air dan biar kentang empuk dengan api kecil. Dah empuk boleh angkat, sejukkan dan mulakan proses membungkus karipap.
Membungkus karipap
Doh yg dah diuli dan di bentuk kecil tadi dicanai nipis dalam 3-4mm (dlm 2 hun pun ok). masukkan inti yang telah disejukkan tadi ikut kesesuaian saiz tepung, lipat dua kulitnya dan rapatkan menggunakan jari sebelum dikelim. Pastikan kelim rapat untuk mengelakkan ia terbuka semasa menggoreng. Kalau kurang pakar mengelim, terap sahaja menggunakan garfe kecil di sekeliling karipap bukaan karipap yang telah dirapatkan tadi.
Nie tukang "tolong" mak dia masak kat dapur...
Sekian,dah boleh goreng untuk makan berbuka nanti.
Cerita-ceriti kehidupan seorang insan yang masih bertatih mengharung kehidupan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Aku adalah anak susu ibu dari awal lahir sampai umurku 2 bulan.. lepas tu mak aku try untuk terus bagi dengan mengepam sampai ke titisan sus...
-
PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi. Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...
-
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang akan tiba tak lama lagi, aku nak jual kuih raya. Kuih raya ni kalau ikut tekak aku dan family aku me...
4 comments:
me suka karipap pusing!!!
tiba2 rasa nak buat karipap pakai resepi ni.
Ya Allah Ya Tuhanku... kuatkan la komitmen karipap ku ini.. ehehe
trylaa.. resepi mak ku mmg simple.. ku punya blog nie kurang gambo sbb x dapek upload.. "bilalah nak dpt kamera sendirik..."
nk salinnnn
Post a Comment