Sunday, February 20, 2011

Saya mahu idea ubahsuai rumah dari Blog Martha Stewart

Saya mahu idea ubahsuai rumah dari Blog Martha Stewart kerana saya nak menyusun atur semula rumah saya yang sangatlah huru-hara. Saya bukanlah orang yang kreatif. Tapi saya sangatlah sayang nak keluarkan duit semata-mata nak ubahsuai rumah yang sedia ada nie. Rumah nie dah banyak kali diubahsuai, tapi ianya tetap nampak macam tak kena dimata kami. Saya rasa masalah utama bukan pada rekabentuk rumah. Ianya adalah pada masalah cluttering dalam rumah tu yang melampau. Plastik guna semula yang terlalu banyak. Barang elektrik yang dah tka boleh digunakan keran rosak atau hilang komponen utama dan lain-lain lagi. Surat-surat cinta dan diari lama yang “sayang” nak dibuang, cenderamata kenangan yang juga “sayang” nak buang.

Mungkin saya patut bermula dengan membuang apa yang sepatutnya sudah lama dibuang. Maybe it’s about time untuk saya buat apa yang sepatutnya dah lama dibuat dengan rumah tu. Selama nie saya Cuma berdiam diri bila mak nak buat renovation. Mungkin sebab takde idea, atau saya rasa tak penting sebab saya tak rasa akan duduk lama kat sini. Tapi bila mak ambil keputusan nak pindah Muar for good (tapi ulang-alik jugak balik JB). Saya dah mula kena fikir macam mana nak duduk dalam rumah tu nanti. Mak dah plan nak bawa ke muar segala perabot-perabot dalam rumah tu. Tinggal few items jek yang akan tinggal kat rumah tu. So, akan ada space yang banyak. Saya tak plan nak membeli apa-apa perabot baru. Cuma nak susunatur semula dan baiki apa yang tinggal nanti. Buku-buku lama pun banyak yang dah boleh dibuang atau disedekahkan pada sesiapa yang sudi menerima. Baju-baju lama pun rasanya perlu sort out dan pilih mana yang masih nak pakai dan mana yang boleh orang lain pakai.

Dah selesai semua perkara tadi pertama yang saya akan buat adalah pest controlling.. ya, rumah saya dah jadi sarang anai-anai semula. Dah lebih lima thun sejak last time kami panggil pest control untuk tanam ubat anai-anai dalam rumah kami nie. Hari tu nampak kat frame tingkap makhluk tu dah bersarang semula. Any idea of pest control yang bagus kat JB nie?

Dah siap pest controlling, saya rasa macam nak buat “screening” rumah. Tapi tak tau hb akan approve tak. Ada sesetengah orang tak percaya tang nie. Saya tidaklah obses sangat, sekadar untuk prevention sebelum jadi apa-apa. Bajet untuk screening nie kalau untuk permanent memang mahal. Kalau untuk temporary ramai yang boleh buat dan tak mahal sangat. Cuma kena maintain jek lah ikut masanya. Tapi bila fikir balik, tak perlu sangat kot. Cuma kita kena rajin amalkan sunnah-sunnah Nabi s.a.w. sepanjang hari dan setiap waktu. Amalkan doa-doa yang disarankan setiap kali usai solat, Insya-Allah macam tu pun boleh jadi pendinding diri dan keluarga.

Dah habis semua perkara-perkara tu selesai, siaplah rumah kami nie untuk majlis perkahwinan adik saya bulan Oktober nie… huhuhu… aku nak dapat adik ipar perempuan pulak…..

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

3 comments:

Lynn Nasir said...

as-salam..

sama la kita, byk brg yg syg nk dibuang. hehe..sentimental value :)

sy suka ketika sy marah..byk benda yg hilang dibuang. sbb masa marah tu sy redakan dgn mengemas rumah. hihi! rasa nk marah hari2 supaya rumah cepat kemas.. :p

nur said...

eh.. tersama plak dgn lynn nasir ni.. betul, time marah.. suke kemas rumah dan buang barang2 tak patut..

JOM KE: ALL IN ONE
good luck

juanita said...

Sib baik jumpa blog u.
Byk tips pasal nak hias rumah

PROMOSI SHAKLEE MAC 2018 Bulan Mac ini semua sid Shaklee panas kerusi.  Semua tak boleh duduk diam sebab produk baru set penjagaan kuli...